Salam ...
Adehh ... jom layan dulu kisah nih.

Seorang polis duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju, seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja. Maka polis trafik pun berfikir;

"Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain"

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.

Pemandu wanita sangat hairan apabila ditahan oleh polis trafik tersebut; dan bertanya:
"Apa kesalahan saya tuan? Saya tidak melebihi had laju.. kenapa ditahan?"

"Makcik" polis trafik menjelaskan ...
"Makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain"

"Lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan.

"Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda ..[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah.

Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan timah kasih atas penjelasan itu.

" Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan... adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan

"Oh... jangan bimbang, mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."

Hmm ... sekadar melawak tapi apa yang jelas, bukan setakat memandu laju boleh membahayakan pengguna lain tetapi juga memandu perlahan. Ia akan mengganggu pengguna jalanraya yang lain. Kita sering persalahkan orang yang memandu laju kerana selalunya kebanyakkan kemalangan berlaku disebabkan ini, namun jika anda terlalu perlahan di atas jalan, ia mungkin efek kepada keselesaan dan ketenteraman pengguna lain.

Dan lagi satu .. perlunya kita sentiasa memahami tanda dan isyarat jalan. :)

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement