Cara Tebus Rebat Tunai Sehingga RM200 Bayar Bil Gunakan TM Rewards Points

Saya baru sahaja tebus rebat tunai untuk akaun Unifi Broadband (Streamyx) secara online. Alhamdulillah, dapatlah rebat tunai sebanyak RM45. Nilai rebat ini nanti akan ditolak dalam akaun bil semasa, jadi bil internet saya akan jadi murahlah sikit berbanding bulan sebelumnya.

Ini merupakan pertama kali saya buat penebusan gunakan TM Rewards points. Saya ambil keputusan untuk tebus bila dah tengok jumlah points dalam TM Rewards dah cecah lebih 10,000 points. Jadi, dapatlah saya tebus rebat tunai untuk kurangkan bil internet Streamyx saya.

Cara Nak Tebus Rebat Tunai Gunakan TM Rewards Points

Cara Nak Tebus Rebat Tunai Gunakan TM Rewards Points
Buat yang tak tahu, kita boleh gunakan TM Rewards points ini untuk dapatkan rebat tunai bagi kurangkan sikit bil bulanan Telekom samada Unifi atau Unifi Broadband (Streamyx) sehingga maksima RM200 setahun.

Setiap 500 points TM Reward melayakkan anda menerima rebat sebanyak RM5.

Tak susah pun nak dapatkan rebat tunai ni guna points yang ada dalam TM Rewards. Klik situ sini .. terus dapat dan akan ditunjukkan dalam bil bulanan. Points TM Rewards terkini pun akan dikemaskini bila dah gunakan points tu.

Di bawah ini, saya tunjukkan cara nak redeem points tu untuk rebat tunai tu ye ..

1. Login ke Akaun Unifi

Login page untuk tebus rewards points rabet tunai
Tak kira anda seorang pengguna line telefon Telekom atau pelanggan Unifi atau Streamyx, anda perlu login menerusi portal baharu ini untuk akses kepada akaun Telekom online anda.

Url untuk login ialah https://unifi.com.my/personal untuk akaun persendirian seperti kebanyakkan pelanggan seperti saya.

2. Lihat Bahagian TM Rewards, dan Klik Butang 'Redeem Now'

Paparan jumlah points TM Rewards
Sebelum itu, pastikan jumlah points terkumpul cukup untuk anda dapatkan rebat tunai tadi. Iaitu setiap 500 points layak untuk rebat tunai sebanyak RM5. Jika anda ada points TM Rewards sebanyak 5000, ini bermakna anda boleh dapatkan rebat tunai sebanyak RM50 untuk digunakan bagi bayar bil bulanan.

3. Paparan Akaun TM Rewards

Cara Redeem Rebat Tunai TM Rewards Points Secara Online
Anda akan dibawa ke laman web TM Rewards seperti ditunjukkan di atas. Anda akan dapat melihat jumlah points yang terkumpul dalam laman web TM Rewards tersebut selain points sebelum ini yang telah expired (tak boleh gunakan dah).

Jika anda lihat akaun TM Rewards saya tu, saya kehilangan hampir 7,000 points sebab tak buat penembusan. Uhh banyak tu. Dan yang tinggal cuma 11 ribu points sahaja yang boleh digunakan.

Jadi, itu sebab saya kongsikan cara nak gunakan TM Rewards points ini supaya nanti anda tak jadi macam saya di mana segala points akan hangus begitu sahaja.

4. Klik 'Use My Rewards Points'

Klik butang di tepi tu tertulis 'Use My Rewards Points. Ia akan paparkan tiga pilihan utama iaitu:
  • Donation for charity
  • Hypp Flicks Plus Voucher
  • TM Bill Rebate
Untuk dapatkan rebat tunai bagi bil bulanan Unifi atau Streamyx anda, klik TM Bill Rebate 'click to view'.
Anda masukkan nilai points yang ingin digunakan. Ia akan paparkan berapa nilai rebat tunai yang anda akan terima, klik untuk pengesahan dan paparan di bawah akan keluar menyatakan anda dah berjaya tebus rebat tunai TM Rewards points.
Cara Tebus Rebat Tunai TM Rewards Points Secara Online
Cara Tebus Rebat Tunai TM Rewards Points Secara Online
Aha, dah siap .. senang je kan untuk tebus points dengan rebat tunai untuk kurangkan bayaran bil. Jadi, bil semasa akan ditolak dengan nilai rebat tersebut.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

4 Comments

  1. Panduan terbaik kep[ada yang banyak rezeki di online..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih HH kongsikan cara-cara ini bolehkan follow untuk tebus point nanti

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian. Saya suka theme blog HH yang baru ni, lebih ringan, simple dan sedap mata memandang, Best !

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.