Statistik Blog Ogos 2018

AI Trade
Blog post kali ini adalah untuk memaklumkan mengenai prestasi blog ini sepanjang bulan Ogos 2018. Seperti biasa, setiap bulan saya akan terbitkan satu post khas untuk memaparkan statistik blog ini secara am.

Ia bukan tujuan nak menunjuk-nunjuk tetapi lebih kepada sebagai rujukan dan tanda aras untuk diri saya sendiri sebagai blogger sepenuh masa. Ia juga adalah salah satu cara untuk melihat perkembangan blog ini dari semasa ke semasa selain untuk mendapatkan semangat daripada kalangan pembaca blog ini.

Jumlah Trafik/Pageviews Blog Bulan Ogos 2018

Statistik Blog HasrulHassan.com
Setelah menulis blog secara serius sejak 2010, saya sedar bahawa bukan mudah nak maintain trafik sesebuah blog. Trafik blog adalah nyawa blog. Dan trafik blog adalah sumber income untuk penulis blog sepenuh masa seperti saya .. apatah lagi bila saya bergerak secara freelancer.

Sebelum 2010, saya tak pernah ambil serius pun pasal trafik blog. Al maklumlah, ketika itu  .. saya menulis lebih kepada suka-suka dan banyak konten blog ketika itu adalah konten yang dah tersedia di beberapa direktori artikel percuma.

Ketika itu, saya tak berapa tahu pasal ilmu blogging ni.

Namun, alhamdulillah .. kata orang .. bila kita dah semakin lama dalam dunia blog secara serius, kita nampak apa yang penting, apa yang perlu, dan perkara-perkara yang betul perlu ditulis dalam sebuah blog untuk mendapatkan trafik.

Ok.

Cukuplah sekilas pandang tentang sejarah berblog saya tu. Benda ulang je pun .. hehe .. kalau nak tahu lebih lanjut kisah dunia blog saya, pandai-pandailah anda godek blog saya ini ye. Memang banyak perkongsian berkaitan dunia blog, tips blogging, panduan blogger, tips SEO serta macam-macam pasal blogging yang saya kongsikan.

Berbalik pada statistik blog ini untuk bulan Ogos 2018.

Di bawah ini adalah statistik blog ini sepanjang tempoh dari 1 Ogos hinggalah 31 Ogos 2018.
Statistik blog hasrulhassan.com Ogos 2018
Saya menggunakan Google Analytics untuk analisis prestasi blog saya. Ia menyediakan platform yang cukup bagus untuk menilai segala aspek mengenai trafik blog. Malah, kebanyakan syarikat pengiklanan menggunakan Google Analytics ini untuk rujukan bagi tujuan pengiklanan.

Jika dilihat daripada statistik bulan Ogos 2018, blog ini mengalami penurunan trafik (pageviews) sangat drastik. Ada kehilangan trafik sangat jelas.

Di bawah trafik bulan Julai 2018.
Statistik blog hasrulhassan.com Julai 2018

Anda tahu apa penyebab penurunan sangat ketara ini?

Tak pasti?

Saya beritahu .. hehe ..

Kenapa Berlaku Penurunan?

Pertamanya, ia disebabkan oleh penukaran template blog ini. Sebelum ini, saya menggunakan template blogspot percuma, tetapi sekarang .. template ENSIDE yang saya gunakan dari Soratemplates adalah merupakan template berbayar.

Ini merupakan kali kedua saya menggunakan template premium berbayar.

Keduanya ialah, adanya update algorithma daripada Google itu sendiri. Saya dapati bukan blog saya sahaja mengalami penurunan trafik yang drastik, tetapi juga beberapa blog rakan blogger saya yang lain.

Menurut mereka, blog kehilangan separuh trafik dari kebiasaan.

Disebabkan dua aspek ini, saya tak berapa risau mengenai jumlah trafik (pageviews) yang menurun. Saya berlapang dada, kerana inilah realiti yang perlu ditelan.

Apa yang penting ialah kena berusaha untuk perbaiki apa yang patut supaya trafik blog tidak hilang terus. Kena cari ilmu baru, kena praktik teknik blogging yang terkini dan kena sediakan konten yang benar-benar dapat menarik pembaca dalam jangka masa lama.

Orait.

Peluang Pengiklanan

Selain statistik berkaitan trafik blog, saya juga sudi nak kongsi kekuatan blog ini dari segi in-market segment untuk pengiklan. Di bawah ini adalah top 10 segmen atau topik yang jika diiklankan di blog ini akan mendapat perhatian pembaca - dari segi klik dan juga dari segi 'likely to purchase'.


Post-post blog ini mengenai percutian sentiasa berada di top 10 post paling popular setiap minggu. Ini memungkinkan kenapa in-market segment  berkaitan travel/trips by destination/trips to Asia-Pacific/Trips to Malaysia berada dalam top senarai.

Aha .. nampak tak kegunaan Google Analytics untuk lihat statistik blog?

Baiklah. Harapnya selepas ini, trafik blog akan kembali pulih .. kerana saya dah nampak sedikit peningkatan trafik yang agak baik dalam tempoh dua minggu terawal di bulan September. In Sha Allah.

Capai 27 Juta Hits/Pageviews

Oh ya, untuk info juga, blog ini telah pun mencecah lebih 27 juta pageviews - berdasarkan statistik 'all time' blogger/blogspot.

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog ini. Jangan lupa untuk klik LIKE fanpage blog ini di sini - https://www.facebook.com/hasrulhassancom

Atau terus klik LIKE di bawah ini.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

2 Comments

  1. Tahniah abg HH. LeYa memang sentiasa terinspirasi baca tips2 di blog abg. Masih berusaha utk tingkatkan trafik blog leya sebab lama sangat sebelum ni main² dlm pageviews.

    ReplyDelete
  2. Salam , congratulation, teruskan berkarya,saya pun sedang usaha nk maintain berblogging, kadang cari inspirasi dari rakan blogger lain.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.