RinggitPlus Banner

Post Berkaitan 'Hutan Royal Belum' Catat 17K Trafik Sebulan!

AI Trade
Hari ini saya tujukan post ini khas untuk rakan-rakan blogger yang membaca blog ini. Aha, ada sesuatu yang menarik ingin saya kongsikan. Ia tentang satu post di blog saya yang berjaya menerima trafik yang sangat tinggi, hingga menenggelamkan post-post lain di blog saya.

Post Berkaitan Hutan Royal Belum Catat Trafik Tertinggi

Hutan Royal Belum Catat Trafik Tertinggi
Post yang saya maksudkan ialah post atau artikel berkenaan Hutan Royal Belum. Blog post ini telah berjaya menjadi top post di blog saya selama beberapa bulan ini sejak saya mula terbitkan sekitar bulan Mac 2018.

Sehingga ke saat blog post ini ditulis, statistik di dashboard blogspot menunjukkan yang post Singgah Sebentar di Hentian Royal Belum Amanjaya, Pulau Banding ini telah menerima trafik sebanyak 17,099.
Hutan Royal Belum Catat Trafik Tertinggi
Trafik yang agak luar biasa ni jauh meninggalkan blog post lain, malah telah memecah dominasi blog post berkaitan Hikmah dan 10 Tafsiran Mimpi Kematian yang selama ini mendominasi kemasukan trafik blog.

Yang peliknya ialah, tiada sebarang kata-kunci (keyword) yang ada kaitan dengan post Hutan Royal Belum yang tercatat dalam statistik.

Tak Jumpa Sumber Trafik 17 Ribu Untuk Post Hutan Royal Belum

Jadi, saya hilang punca tentang bagaimana post tersebut boleh menerima trafik sehingga 17 ribu. Angka 17099 ini adalah angka trafik dijana untuk tempoh bulanan (monthly) dari 21 Jun hingga 20 Julai 2018.

Mungkin buat rakan blogger lain, angka atau jumlah trafik sebegini pasti menggembirakan, tetapi buat saya .. saya telah kehilangan satu nilai yang besar untuk blog saya bagi menjana income dari Adsense.

Semua kata kunci berkaitan post tersebut tidak mempunyai nilai klik (cpc) yang tinggi, dan ia adalah satu kerugian besar untuk blog saya yang menjana income menerusi pengiklanan Google Adsense.

Buat sebuah blog yang bergantung sumber income dari iklan Adsense, adalah sangat penting memastikan blog menerima trafik hasil daripada kata kunci yang berimpak nilai cpc yang tinggi. Itu yang menjadi kegusaran saya.

[Pernah Baca?] Tercapai Hasrat Terima Trafik 1 Juta Dalam Sebulan

Apabila post yang kurang mempunyai nilai komersil seperti post Hutan Royal Belum ini menjadi post yang paling menyerlah, maka iklan-iklan yang masuk pun adalah iklan-iklan yang kurang persaingan (untuk bid harga CPC) yang akhirnya menyusutkan income blog menerusi Adsense.

Samada anda percaya atau tidak, sejak post Hutan Royal Belum Amanjaya memasuki carta post paling popular di blog ini, saya terpaksa menunggu sehingga 2 bulan untuk membolehkan akaun Adsense capai USD100.

Nilai CPC Adsense Jadi Rendah Kerana Post Popular

Ini disebabkan oleh nilai CPC yang rendah, serendah USD0.02 bagi setiap klik. Saya percaya nilai CPC yang rendah ini adalah akibat dari post ini menjadi post paling tinggi trafiknya untuk beberapa bulan kebelakangan ini.

Bila post jadi popular, dan tiada pula kata kunci berkaitan post tersebut tersenarai, dannnnn ... kalau ada pun, ia bukan kata kunci yang bernilai CPC yang tinggi ... maka, akibatnya income Adsense juga akan menurun.

Jika blog anda menggunakan Adsense untuk raih income bulanan, silalah lihat anomali seperti ini. Andai Adsense anda mencatat nilai CPC yang rendah, mungkin penyebabnya adalah post paling popular di blog anda.

Mahu jana income menerusi Adsense yang lumayan, pastikan post yang paling popular atau yang paling menerima trafik adalah sebuah blog post yang ada kata kunci yang bernilai tinggi.

Adsense
Saya harap perkongsian ini beri sedikit sebanyak tips dan manfaat untuk rakan blogger lain. Ambil serius mengenai statistik di blog jika mahu blog berikan bonus kepada anda dalam bentuk pendapatan sampingan, selain minat anda untuk berkongsi info dan menulis blog.
Gamaknya dari mana datangnya trafik tinggi ini ya? Tak mungkin disebabkan teknik SEO memandangkan tiada kata kunci yang berkait.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments