4 Mitos Pasal Buah Durian Ramai Dok Percaya

Cerita pasal durian lagi. Aha, kali ini saya nak kongsikan sedikit fakta hangat berkaitan buah durian ini yang sejak dua menjak ni dah jatuh harga. Bila dah jatuh harga, maka ramailah penggemar buah durian yang rasa seronok sakan. Yelah, durian dah harga murah, memang pulun la makan buah ni.

Tapi, bukan semua orang suka makan buah durian. Malah, terdapat rakan-rakan saya yang tidak sukakan buah ini. Cium bau pun tak boleh... hehe.

Mitos atau 'Fakta' Tidak Benar Mengenai Durian

Mitos atau 'Fakta' Tidak Benar Mengenai Durian
Orang yang suka buah durian, memang tak ada masalah dengan buah ini. Tetapi mereka yang tak suka buah ini, kadangkala memberikan beberapa alasan dan sebab kenapa mereka tak suka. Ada yang betul, ada yang tidak betul.

Selalunya pula, kisah-kisah tak betul atau mitos mengenai buah durian ini yang sering tular dan jadi popular. Benarkah? Meh lihat beberapa mitos berkaitan buah durian ini.

Oh ya, sebelum tu. Saya sukacita nak beritahu, ianya merupakan perkongsian dari seorang doktor perubatan, Dr. Rushdan Noor yang kongsikan beberapa fakta menarik mengenai raja buah ini di Facebook. Berikut adalah kepercayaan yang salah ataupun mitos mengenai durian.

Durian Punyai Kandungan Kolesterol Tinggi

Jika dilihat di dalam jadual fakta nutrin buah durian di atas jelas menunjukkan bahawa sebenarnya buah durian tidak mengandungi kolesterol di dalamnya. Ianya merupakan perkara tidak benar apabila ada yang mengatakan buah durian ini tinggi dengan kolesterol.

Durian Panas & Perlu Diambil Dengan Manggis Yang Sejuk

Durian Panas & Perlu Diambil Dengan Manggis Yang Sejuk
Tidak ada istilah buah sejuk dan panas di dalam perubatan moden. Ianya tidak disokong oleh kajian saintifik. Tabiat mengambil buah durian bersama dengan manggis mungkin disebabkan oleh kedua-dua pokok durian dan manggis mempunyai musim buah yang sama.

Makan Durian Tingkatkan Nafsu/Tenaga Seks (Libido)

Tidak ada bukti saintifik yang menyokong dakwaan bahawa durian meningkatkan tenaga seks.

[Dah Baca? ] Durian Batu Kurau, Cuma Rm5 Sekilogram

Ambil Durian Bersama Beer Boleh Membunuh

Tidak ada bukti kajian saintifik yang menyokong dakwaan. Meminum alkohol sudah sememangnya memudaratkan, tetapi mengambil alkohol bersama dengan buah durian tidak menambah kemudaratan alkohol jika durian tidak diambil berlebihan.

Pengambilan durian dan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kembong perut dan rasa tidak selesa di bahagian perut sebab organ hati perlu bekerja lebih kuat untuk menjalankan metabolism ke atas lemak dan gula yang terkandung di dalam alkohol dan durian.

[Dah Baca?] 5 Tips Untuk Kenal Musang King Tulen

Saya harap perkongsian daripada doktor Rushdan Noor ini sedikit sebanyak menyangkal beberapa mitos mengenai buah ini, yang menjadi kegemaran kebanyakkan rakyat Malaysia.

Pun begitu, menikmati buah ini yang mempunyai rasa manis dan berlemak biarlah berpada-pada. Jangan diambil keterlaluan. Apatah lagi kalau anda seorang pengidap diabetes seperti saya. 

Post a Comment

0 Comments