'Kuih Habuk Mak' - Filem Pendek Raya 2018 Traveloka

Makin banyak dah iklan Raya 2018 muncul di sana-sini, lebih-lebih lagi di internet ni. Malah, dah ada beberapa iklan Raya terkini yang ditayangkan di kaca TV. Antara iklan raya terawal muncul ialah 'Kuih Habuk Mak', sebuah filem pendek Raya 2018 daripada Traveloka.

Kuih Habuk Mak - Filem Pendek Raya 2018 Traveloka

'Habuk Kuih Mak' - Filem Pendek Raya 2018 Traveloka
Mungkin ada yang tidak tahu, Traveloka adalah satu aplikasi tempahan hotel dan penerbangan online yang menawarkan harga diskaun menarik. Saya dan isteri antara pengguna tegar aplikasi Traveloka ini. Malah, sebagai seorang blogger, saya juga sering mendapat peluang melakukan review dan advertorial post tentang Traveloka.

Err ... saya tak nak cerita pasal aplikasi tempahan online Traveloka ni. Tapi saya nak kongsikan mengenai video iklan Raya 2018, 'Kuih Habuk Mak' daripada Traveloka. Ia sebuah filem pendek yang mengisahkan kehidupan seorang anak bernama Lan.


Sedikit sinopsis pendek filem pendek raya ini ye ...

Lan, seorang guru muda yang tinggal di bandar meninggalkan rumahnya bagi mengejar cita-cita untuk mendidik anak bangsa di pedalaman.

Sebelum Lan berangkat, Maknya membekalkan kuih raya kegemaran Lan, yang dijaga dengan penuh kasih. Tapi apakan daya, balang kuih yang disayang-sayang ditimpa malang. Yang tinggal hanyalah cebisan kuih untuk Lan nikmati setiap hari ketika berbuka puasa… sehinggalah panggilan video daripada Mak dan Ayah mengubah segalanya.

[Dah Tengok?] Wander With Wonder - Traveloka Chinese New Year Film 2018

Tonton Iklan Raya 2018 - Kuih Habuk Mak dari Traveloka

Nak tahu lebih lanjut kisah filem pendek Raya 2018 'Kuih Habuk Mak' daripada Traveloka ni? Boleh saksikan video tersebut di bawah.


Di akhir filem pendek Hari Raya ini, ada ungkapan menarik yang dikongsikan .. "Di mana ada keluarga, di situlah kita raya".  Menarik kan? Apa pendapat anda?

Post a Comment

0 Comments