Tahniah, Kareef Danial (Mat Dan) & Nadifa Adnan Dapat Anak Lelaki

AI Trade
Tahniah kepada Mat Dan atau nama Islamnya Kareef Danial bersama pasangan Nadifa Adnan kerana menerima cahayamata pertama seorang bayi lelaki yang masih belum dinamakan. Selebriti yang petah bertutur bahasa Melayu loghat Terengganu ini telah berkongsi berita gembira tersebut di instagramnya.

Mat Dan dan Nadifa Adnan Terima Cahayamata Pertama - Seorang Bayi Lelaki

Kareef Danial (Mat Dan) & Nadifa Adnan Dapat Anak Lelaki
Alhamdulillah. Tentu seronok sekali pasangan Kareef Danial (Mat Dan) dan Nadifa Adnan kerana dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat. Mat Dan juga memberitahu menerusi instagramnya yang isteri dan anak berada di dalam keadaan sihat.

Bayi lelaki sulong pasangan ini dilahirkan pada jam 6:43 petang 5 Mei 2018.
Gambar Anak Mat Dan - Nadifa Adnan
Dalam catatan yang sama, jejaka kelahiran Bristol, England itu turut mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat Salam Specialist Hospital dan juga Pusrawi KL yang banyak membantu melancarkan proses kelahiran bayi itu.

Sekali lagi tahniah pada Mat Dan dan Nadifa Adnan atas kelahiran bayi sulong mereka.

[Dah Baca?] Siapa Mat Dan? Ketahui 13 Fakta Mengenai Lelaki Kelahiran Bristol Fasih Berbahasa Terengganu

Seronok kan dapat baby ... hmm alhamdulillah, di usia saya dah jangkau 40 tahun lebih pun dapat merasa menimang baby baru pada awal tahun lepas (2017). Anugerah Allah S.W.T. Tiada siapa menjangkakan apa perancangan yang telah Allah S.W.Y sediakan.
Kareef Danial (Mat Dan) & Nadifa Adnan
Moga pasangan ini, Kareef Danial dan juga Nadifa Adnan akan menjadi pasangan ibu bapa yang terbaik. Semoga kehadiran 'orang baru' ini akan terus mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan ikatan kasih sayang sesama mereka. Amin.

Sumber: Instagram Kareef Danial


Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

3 Comments

  1. Replies
    1. Mesti comel baby pasangan ni kan ...

      Delete
  2. Tahniah Matdan dan pasangan . Semoga anak yg dilahirkan mnjadi anak yg soleh dan berguna. Jom jana pendapatan bersama di sini : https://www.ketamkecil.com/mulakan-bisnes-modal-rendah-elak-kerugian-banyak/

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.