Kedai Makan Jual Air RM1, Isi Semula Percuma

Jika anda ke Seri Iskandar, bolehlah cari kedai makan ini yang berdekatan dengan Balai Bomba Seri Iskandar. Berhampiran balai bomba tersebut, ada sebuah medan makan yang menyediakan banyak kedai makan untuk sarapan, makan tengahari dan juga untuk makan malam.

Apa yang menariknya ialah, terdapat sebuah kedai makan di situ yang menyediakan minuman dengan harga cuma RM1 sahaja, dan anda boleh tambah atau refill air dengan percuma!

Kedai Makan di Seri Iskandar, Jual Air RM1, Isi Semula Tanpa Bayaran

Kedai Makan Jual Air RM1 di Seri Iskandar
Saya baru tahu akan kewujudan kedai makan ini semasa saya dan anak-anak menemani isteri saya berkursus di D Hotel Seri Iskandar. Dari mencari tempat makan tengahari, lalu terjumpalah kedai makan ini secara tak sengaja.

Awalnya tu tak tahu pun yang harga minuman sejuk disediakan tu berharga RM1. Lepas dah makan, dah bayar baru sedar. Dan saya pun baru nampak tanda harga yang ada di meja hidangkan air RM1 tu. Ruginya ialah, saya tak tahu pun boleh tambah air secara percuma ketika itu.

Hmm .. apalagi, esoknya tu .. saya pun pergilah lagi ke kedai yang sama.
Kedai Makan Jual Air RM1, Isi Semula Percuma di Seri Iskandar
Kedai Makan Jual Air RM1, Isi Semula Percuma di Seri Iskandar

Bagus betul kan kedai makan macam ni .. boleh tambah air sesuka hati tanpa dikenakan sebarang bayaran. Dah la harga minuman pun cuma RM1 je.

Minuman sejuk yang disediakan pula ada macam-macam, ada air oren, air laici, air merah, air anggur, milo ais .. uhh ...

[Dah Baca?] Rahsia Viral RM10 untuk 45 Udang Celup Tepung

Makanan yang disediakan pun boleh tahan juga rasanya. Apa nak dikira sangat kalau dah boleh minum tanpa had cuma bayar RM1 kan .. huhu .. bolehlah lepak makan lama-lama, tambah air tanpa fikir kena bayar berapa .. ekeke...

Kalau anda ke Seri Iskandar, bolehlah cari kedai makan ni. Ia terletak di medan makan bersebelahan je dengan Balai Bomba Seri Iskandar yang besar gedabak tu.

Post a Comment

4 Comments

  1. tawaran bagus nie..

    di restoren kat Sabah rata-rata air sirap percuma..

    di Sarawak air suam berharga 20 sen segelas.

    jarang-jarang ada yang percuma

    ReplyDelete
  2. Xpernah jumpa lagi kedai bole refill air dgn percuma...
    Selalu restoran fast food ja

    ReplyDelete
  3. Susah nak jumpa kedai jual air singgit lepastu boleh refill . Siap ada air milo pulek tu .... btw jom lawati blog saya http://ibumenyusuhebat.blogspot.my/2018/05/hilangkan-penat-semasa-mengandung-untuk.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun terkejut juga tu. Tapi tak tergamak la pulak nak refill banyak kali .. hahaa

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.