Streamyx Disekat Gara-Gara Tunggakan Bil Dua Bulan

Siapa pernah merasa situasi di mana akaun Streamyx kena sekat sementara? Aha ... kalau tak pernah kena lagi, saya sukalah nak kongsi pengalaman saya ketiadaan talian atau capaian internet disebabkan oleh akaun Streamyx saya disekat. Tanda akaun Streamyx anda disekat mudah sahaja... aha... nak tahu? Kena baca sampai habis post yang saya sediakan ni.

Orait. Sebelum tu, saya nak beritahu anda, anda takkan sedar talian atau line Streamyx anda disekat selagi anda tidak menggunakan internet menerusi pelayar internet contohnya Internet Explorer, Edge, Google Crome, Firefox mahupun Opera atau mana-mana jenis pelayar internet yang lain.

Talian Streamyx Disekat, Bagaimana Nak Tahu?

Anda takkan sedar talian internet Streamyx disekat kerana modem atau router akan berfungsi seperti biasa. Ia akan ada kerdipan seperti tiada sebarang gangguan. Anda hanya akan tahu talian internet Streamyx disekat apabila anda buka pelayar internet dan keluar makluman seperti tertera di bawah ini.
Talian Streamyx Disekat, Bagaimana Nak Tahu?
Apabila talian internet Streamyx atau Unifi disekat, pelayar internet anda akan keluar paparan seperti di atas. Katakan anda taip "https://www.hasrulhassan.com" pada kekotak pelayar internet, dalam kurang seminit, paparan tertulis "Oops! Hold in there." akan tertera. URL pula akan keluar selain daripada apa yang anda taip terdahulu.

Apa Perlu Anda Lakukan Untuk Sambung Streamyx?

Jadi, apa perlu anda buat?

Anda perlu klik butang "Find Out More" untuk ketahui sebab kenapa talian internet Streamyx atau Wifi anda disekat. Dan bagi kes saya ... aha ... saya tunjukkan seperti di bawah - iaitu selepas saya klik butang "Find Out More" yang terpapar tu.
Tunggakan bil menyebabkan Streamyx atau Unifi disekat

Ya, saya terlepas bayar bil Streamyx saya! Kerana saya tak bayar bil, maka paparan di atas keluar. Ohh untuk makluman, minimum payable amount di atas tu adalah selepas saya bayar dua bulan bil tertunggak ye. Jadi, awalnya ia keluar jumlah RM296.45.

Aha .. saya tertunggak bayar bil Streamyx selama 2 bulan, iaitu dengan amaun RM296.45 untuk pakej kombo Streamyx 4Mbps (RM148 sebulan termasuk GST).

Oleh kerana internet adalah sumber saya mencari rezeki, makanya saya memang perlu bayarlah jumlah minimum payable amount yang tertera. Menurut laman web TM, saya perlu jelaskan secara penuh tunggakan yang ada untuk membolehkan talian atau line Streamyx kembali pulih seperti sediakala.

Anda tak boleh nak bayar separuh-separuh .. tak boleh nak bayar sedikit, kena bayar penuh!
[post_ads]
Untuk segerakan proses penyambungan semula talian internet Streamyx, anda perlu membuat pembayaran seperti yang terpapar pada laman web pemberitahuan, iaitu menerusi:
  • JomPay
  • CimbClicks
  • Maybank2u
  • E-pay
  • 7-Eleven
  • Pos Malaysia
  • TM Point


Jika anda membayar bil Streamyx tertunggak menerusi saluran dinyatakan tu, maka proses penyambungan akan berlaku dalam masa 4 jam.

Bayar Guna Kredit

[post_ads_2]
Tetapi dalam kes saya ni, saya tak dapat nak gunakan saluran-saluran dinyatakan tu, aha ..err atas sebab-sebab tertentu. Jadi, saya gunakan saluran lain untuk bayar tunggakan bil internet Streamyx saya, iaitu menerusi laman web TM Unifi (dulunya MyTM).

Saya akses ke laman TM Unifi ini menerusi smartphone saya, alhamdulillah, line Webe saya agak pantas, almaklumlah 4G LTE tanpa had .. ngeee ... maka, tiada masalah saya nak buka laman web tersebut untuk tujuan penjelasan bayaran bil tertunggak. Ohh saya perlu jelaskan bil tertunggak dua bulan Streamyx (amaun penuh) untuk membolehkan talian Streamyx kembali seperti biasa.

Daripada laman web tersebut, dapatlah saya membuat bayaran secara kredit dengan mudah, tanpa perlu keluar dari rumah. Alhamdulillah, setelah pembayaran sebanyak RM296.45 dibuat, dalam tempoh kurang 24 jam, talian internet Streamyx saya sudah seperti biasa.

Saya juga dimaklumkan mengenai butiran pembayaran bil Streamyx yang telah dibuat menerusi SMS dan email.

Tips Untuk Cepatkan Sambungan Semula Streamyx

Mungkin sedikit tips daripada saya, jika nak cepatkan penyambungan, anda boleh terus hubungi pihak TM memaklumkan akan pembayaran penuh bil tertunggak anda, anda perlu nyatakan reference dan juga id transaksi. Anda boleh hubungi pihak TM samada menerusi laman sosial FB atau Twitter rasmi pihak TM atau terus telefon 100 daripada talian tetap atau email help@tm.com.my.

Orait, sekarang anda dah tahu keadaan atau situasi talian Streamyx atau Unifi anda kena sekat oleh TM. Boleh ikuti panduan di atas untuk penyambungan semula talian atau line internet Streamyx atau Unifi anda.

Oh ya, kegagalan anda membayar amaun yang diminta, akan menyebabkan akaun (butiran peribadi termasuk nama, nombor kad pengenalan) disenarai-hitam daripada mendapatkan servis berkaitan internet termasuklah untuk talian telefon dan juga broadband. Nama anda juga akan dimasukkan ke dalam sistem CCRIS dan CTOS.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

4 Comments

  1. minggu ni aku terminate Streamyx dah..nak guna digi infinite plak.tak berbaloi,speed 8mbps bayo RM160..

    ReplyDelete
  2. Nak ty.. KLau dh senarai hitam.. Blh ke smbung balik line streamyx tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Jika dah langsai hutang. Tapi syor saya, lebih baik daftar baru ..

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.