RinggitPlus Banner

Bagaimana Cara Untuk Jadikan Blog Mesra SEO?

AI Trade
Tetiba saya didatangkan dengan idea untuk berkongsi ilmu berkaitan tips blogging dan tips SEO (Search Engine Optimization). Sebelum datang idea ini iaitu cara nak jadikan blog mesra SEO, saya dah ceritakan agak panjang lebar mengenai tips untuk tingkatkan kekuatan SEO sesebuah blog - ramai nampaknya di kalangan rakan blogger yang teruja membacanya, dan telah berkongsi pendapat di ruangan komen.

Kali ini, sebagai menambahkan lagi pemahaman anda mengenai SEO ini, saya nak beritahu anda pula tentang cara-cara untuk menjadikan blog anda sebagai blog yang mesra SEO. Aha .. apabila blog mesra SEO, maka in Sha Allah, mudahlah anda untuk menulis artikel terkini yang mendapat tempat terbaik dalam enjin carian seperti Google.

Cara Untuk Menjadikan Blog Mesra SEO

Cara Untuk Menjadikan Blog Mesra SEO
Cara Untuk Menjadikan Blog Mesra SEO
Kalau ikutkan dari pengalaman saya sebagai seorang penulis blog sepenuh masa sejak dari tahun 2010, tak susah sebenarnya untuk menjadikan blog sebagai blog yang mesra SEO. Tetapi, harus diingat bahawa algorithma pencarian kata kunci dalam enjin carian sentiasa berubah dari semasa ke semasa, jadi ada beberapa teknik SEO yang dulunya terpakai mungkin akan menjadi sangat bahaya jika dipraktikkan kini.

Pun begitu, sepertimana saya ceritakan dalam tips SEO blogspot sebelum ini, ada beberapa perkara asas dalam SEO yang terpakai sejak dulu hingga sekarang. Ia adalah kerana ia adalah teknik-teknik asas dalam kaedah penggelintaran algoritma enjin carian.

Apabila anda sebagai seorang penulis blog yang baru, setelah anda hasilkan blog anda, memilih template sesuai, menerbitkan banyak artikel-artikel berkualiti, pastinya anda mahu blog anda menerima trafik. Trafik untuk sesebuah blog adalah lubuk untuk mendapatkan income secara pasif dan berterusan, terutama sekali menerusi Google Adsense.

Mesra SEO - Sangat Bagus Untuk Jana Income Menerusi Adsense

Jika blog anda belum monetize untuk Adsense, sila berbuat demikian. Mahu tahu cara betul untuk jana income blog menerusi Adsense, saya syorkan anda mendapatkan Panduan Adsense Revive di sini - tempahan Panduan Adsense

Nak buat duit dengan blog apatah lagi dengan Adsense, maka blog anda wajib berada di dalam senireka-bentuk yang mesra SEO. Ini adalah kerana Adsense berkaitan dengan kata kunci yang masuk ke dalam blog anda (trafik). Ia juga adalah berkaitan dengan kata kunci yang ada di dalam blog anda.

Cara paling mudah untuk menjadikan blog mesra SEO ialah dengan menggunakan template blog (blogspot) yang telah dilengkapi dengan segala cirian terbaik untuk optimasi teknik SEO ini. Saya sendiri sering menukar dan mendapatkan template-template rekabentuk blog yang telah tersedia mesra SEO ini. In Sha Allah, ada banyak template rekabentuk blogspot yang percuma yang boleh anda cari, dan gunakan.

Ya, enjin pencari bukan sekadar melihat isi kandungan blog anda, tetapi juga melihat bagaimana blog anda itu direkabentuk. Faktor-faktor tentang menu, info berkaitan penulis, info berkaitan ruangan kontak, jumlah pautan yang ada, serta tataletak widget juga dijadikan faktor sebuah blog mesra SEO.

4 Tips Tentang Cara Menjadikan Blog Mesra SEO

4 Tips Tentang Cara Menjadikan Blog Mesra SEO

Saya berikan empat tips mudah untuk jadikan blog anda mesra SEO.

1. Elakkan Terlalu Banyak Visual - Ia Tidak Bagus Untuk SEO

Sepertimana kita tahu, content is king. Content atau kandungan yang dimaksudkan ialah teks artikel. Jika anda memohon akaun penuh Adsense sekalipun, perkara inilah yang dititik-beratkan dan jadi penentu-sah permohonan akaun anda. Begitulah juga dengan teknik SEO.

Isi kandungan yang bagus biasanya akan disokong dan disertakan dengan gambar serta video. Ia menunjukkan bahawa kandungan blog post tersebut mantab dan menyeluruh. Pun begitu, harus diingatkan bahawa .. jika terlalu banyak visual seperti gambar, enjin carian akan menyifatkan blog anda terlalu sedikit kandungan.

Jika anda mahu hasilkan blog post atau artikel yang menyertakan banyak visual, pastikan anda sokong dengan teks yang padu, mantap dan menceritakan mengenai gambar tersebut. Pastikan juga anda letakkan deskripsi (alt dan title) pada visual berbentuk gambar. Ia juga sebahagian daripada teknik SEO perletakkan kata kunci di dalam sesebuah blog post yang bergambar.

2. Tajuk-Tajuk Dalam Blog Post Menjadikan Blog Mesra SEO

Cuba anda lihat isi kandungan blog saya ini, lihat pada blog post yang telah saya terbitkan. Adakah anda sedar bahawa saya menulis dengan adanya tajuk-tajuk kecil di dalam blog post tersebut? Inilah dinamakan Header Tag (H1, H2, H3) dalam sesuatu blog post.

Adanya tajuk-tajuk ini, ianya sebenarnya memudahkan pembacaan, selain memberitahu apa yang penting di dalam artikel tersebut. Dan cara penulisan begini sebenarnya sangat bagus untuk memastikan blog dalam keadaan mesra SEO.

3. Mesra Mobile Bermakna Mesra SEO

Blog Mesra Mobile adalah Mesra SEO
Blog anda mesti mesra mobile. Zaman sekarang ramai yang akses informasi menerusi gajet seperti telefon pintar. Enjin carian juga suka dengan blog dan laman web yang mesra mobile ini, itulah sebabnya kebanyakkan laman web sekarang ada versi mobile yang bagus.

Jika blog anda direka untuk optimasikan rekabentuk dalam bentuk mobile, maka ia satu bonus yang sangat besar nilainya pada enjin carian, dan pastinya akan meletakkan artikel-artikel blog anda di tempat serta kedudukan teratas dalam enjin carian - apatah lagi jika carian itu dilakukan menerusi peranti mudah-alih atau gajet.

Blog yang mesra mobile 100% akan memberikan pengalaman yang bagus untuk pembaca. Ia perlu sedap mata memandang, dan mesti kebanyakan fungsi yang ada pada laman sebenar (menerusi komputer biasa) akan ada pada blog paparan mobile ini.

Nasihat saya, untuk menjadikan blog anda mesra SEO 100% sebenar, gunakan template rekabentuk atau ubah rekabentuk blog anda menjadi sebuah rekabentuk yang responsif. Contoh terbaik laman web yang berbentuk responsif ini ialah YouTube. Anda pusing ia ke bawah, atas, kiri dan kanan, ia akan memberikan laman YouTube yang biasa anda nampak jika melihatnya di komputer.

4. User-Experience (UX) Bagus Maka SEO Juga Bagus

Blog Mesra SEO Berikan Pengalaman Bagus Untuk Pembaca
Pengalaman pembaca di dalam blog anda sangat penting untuk menjadikan blog anda mesra SEO. Apa yang dimaksudkan pengalaman pembaca ini? Ia berkaitan dengan cara anda melayan pembaca anda apabila mereka berada di dalam blog.

Contohnya, mereka yang masuk ke blog anda tidak perlu nak pangkah banyak benda sebelum membaca isi kandungan blog anda.

Contoh lagi ... mereka tidak dihadapkan dengan terlalu banyak iklan yang tiada kaitan dengan apa yang mereka mahu tahu dan mahu baca. Nak letak iklan, letak iklan yang ada kaitan atau menambah nilai konten.

Untuk jadikan blog memberikan pengalaman bagus kepada pembaca, blog mesra SEO ada menu mudah untuk mereka klik. Ada capaian kepada blog post lain yang berkaitan dengan apa yang sedang mereka baca. Dan .... blog sangat senang paparkan apa yang mereka cari - loading blog atau masa untuk menunggu artikel keluar mesti cepat.

Rekabentuk blog yang simple, minimalist, tidak sarat, cepat loading adalah ciri-ciri sebuah blog mesra SEO dan disukai pengunjung.
[Baca Juga] Tips Kenalpasti Blog Yang Mesra SEO
Gunakan tips-tips yang telah saya berikan di atas untuk jadikan blog anda sebuah blog yang mesra SEO. Apabila blog anda mempunyai faktor-faktor penarik enjin carian dan juga pengunjung, in Sha Allah .. blog anda tidak akan lekang dengan trafik...hatta di kala blog anda tidak terisi dengan kandungan baru.

Moga bermanfaat, dan kongsikan tips dan cara jadikan blog mesra SEO blogspot ini pada rakan blogger yang lain ye. :)



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

14 Comments

  1. SEO sentiasa berubah yer... tak perasan pula tentang tu. Lagi pun blogging sekadar suka-suka tak kesah sangat dengan seo nie. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, algorithma sentiasa berubah, itu sebab jika dulu ada blog yang dapat trafik hingga puluhan ribu sehari, kemudian hari ini .. nak capai seribu pun dah sukar.

      Delete
  2. Tips yang bagus bang... InsyaAllah akan saya praktikkan pada masa akan datang...

    ReplyDelete
  3. banyak nak kena belajar lagi tentang Ilmu SEO ni..

    ReplyDelete
  4. perkongsian ilmu yang bagus, terima kasih

    ReplyDelete
  5. Tips yang baik HH...Thanks sharing

    ReplyDelete
  6. banyak lagi kena belajar tentang seo ni, tq sbb berkongsi

    ReplyDelete
  7. Bagus baca ni.. refresh ilmu SEO selagi nak kekal lma dlm dunia blog yg kian mencabar. Tq sesangat.. 😊

    ReplyDelete
  8. Bagus baca ni.. refresh ilmu SEO selagi nak kekal lma dlm dunia blog yg kian mencabar. Tq sesangat.. 😊

    ReplyDelete
  9. SEO memang penting bagi blogger..

    Sama ada yang baru atau yang lama, kepentingan SEO dalam artikel tidak harus diabaikan lebih-lebih lagi kalau mereka yang ingin menjana pendapatan secara online.

    ReplyDelete
  10. terima kasih sifu. lepas baca entri ni, saya check adsense ada bayaran 29usd tapi sayang, alamat pos pin code tu alamat lama. alahai, camna lah boleh lupa T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm .. uhh saya ada USD78 pun kena tgk je ... :P

      Delete
  11. terima kasih tuan. sangat bermanfaat utk saya yg nubis kubis dlm SEO ni

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.