Sukacita dimaklumkan, khasnya untuk semua kakitangan dan penjawat awam, bahawa pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan surat pekeliling berkaitan tarikh pembayaran Bayaran Khas 2017 dan juga tarikh Bayaran Khas Aidilfitri 2018 sepertimana diumumkan dalam pembentangan Bajet 2018.

Di dalam pekeliling tersebut, pihak JPA turut memaklumkan mengenai kategori kakitangan awam yang layak dan tidak layak untuk menerima pembayaran khas 2017 dan pembayaran khas Aidilfitri 2018.

Tarikh Penerimaan Bayaran Khas 2017 dan Bayaran Khas Aidilfitri 2018 Kakitangan Awam

Bayaran Khas 2017 Bayaran Khas Aidilfitri 2018 Kakitangan Awam
Pemakluman tentang pembayaran bayaran khas 2017 dan bayaran khas Aidilfitri 2018 ini dibuat menerusi pekeliling JPA iaitu Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 6 Tahun 2017 dan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 7 Tahun 2017 bertarikh 13 Disember 2017.
Bajet 2018 - Tarikh Penerimaan Bayaran Khas 2017 dan Bayaran Khas Aidilfitri 2018 Kakitangan Awam
Menerusi Bajet 2018, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bayaran Khas Tahun 2017 sebanyak RM1,000.00 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM500.00 kepada semua penjawat dan kakitangan perkhidmatan awam persekutuan yang layak.

Malah, kerajaan juga bersetuju memberi Bayaran Khas Tahun 2017 sebanyak RM500.00 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM250.00 kepada pesara kerajaan yang menerima pencen.

Alhamdulillah, senang hati dan tersenyum lebar rakan-rakan yang menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam ni ye, termasuklah kepada mereka yang sudah pun tamat perkhidmatan dan bersara. Ramai yang lega bila Bajet 2018 ada umumkan mengenai pemberian khas ini, setidaknya ada rasa kelapangan dalam merencana soal kewangan untuk tahun 2018.
[Baca Juga] Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2018
Pemberian bayaran khas 2017 dan bayaran khas Aidilfitri 2018 adalah sebahagian daripada manfaat diberikan untuk kakitangan awam dalam Bajet 2018.

Tarikh Penerimaan Bayaran Khas 2017 dan Bayaran Khas Aidilfitri 2018 Kakitangan Awam

Di dalam pekeliling itu juga, turut dinyatakan adalah tarikh pembayaran bagi kedua-dua bayaran khas ini.

Tarikh Bayaran Khas 2017

Bayaran khas 2017 untuk kakitangan awam akan dibayar pada 8 Januari 2018.


Tarikh Bayaran Khas Aidilfitri 2018

Bayaran khas Aidilfitri 2018 untuk kakitangan awam akan dibayar pada 7 Jun 2018


Dah tahu mengenai tarikh pembayaran-pembayaran ini, maka bolehlah tandakan pada kalendar gaji untuk tahun 2018 nanti. Pastikan juga membuat perancangan kewangan yang baik, supaya apa yang diterima boleh dibelanjakan dengan berhemah, paling penting jangan lupa buat pelaburan untuk masa depan.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Sama-sama ... :) pasti ramai kakitangan awam yang nak tahu ttg tarikh bayaran bonus dgn bantuan khas hari raya ni

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement