Syukur alhamdulillah, seronok dan bangga juga bila melihat anak-anak berjaya dengan baik dalam akademik di sekolah. Sebagai ibu bapa, tentunya kejayaan dicapai anak-anak menjadi kenangan manis.

Alhamdulillah, anak-anak saya termasuk anak sulong saya Amri, berjaya dalam akademik dengan keputusan yang baik. Malah, mereka turut mendapat pujian dalam aktiviti lain di dalam dan di luar kelas.

Tanggungjawab Menjadikan Anak Cemerlang

Tanggungjawab Menjadikan Anak Cemerlang
Tips Lahirkan Anak Cemerlang

Ibu bapa mana yang tidak mahu anak-anak jadi cemerlang ye tak? Saya dan isteri pun tidak terkecuali. Kalau boleh, kami nak lihat anak-anak berjaya seawal usia supaya nanti apa yang mereka peroleh di waktu itu boleh dijadikan panduan untuk kejayaan akan datang.

Zaman sekarang, anak-anak perlu lebih berdaya saing. Dah ramai anak-anak generasi terkini yang semakin bijak dan pandai. Peluang untuk meneruskan pengajian di tahap yang lebih tinggi juga semakin sengit. Bukan setakat disebabkan oleh keperluan untuk menjadi pelajar dan murid cemerlang dalam akademik, tetapi lebih daripada itu.

Anak Cemerlang Akademik
Anak Cemerlang Akademik

Anak-anak perlu anda kemandirian, perlu ada sahsiah yang baik, perlu cemerlang dalam bidang ko-kurikulum dan mesti menonjolkan diri untuk lebih diberikan peluang. Persaingan dalam pendidikan bukan setakat kecemerlangan akademik.

Dulu, kita lihat ramai anak-anak yang awalnya cemerlang dalam peperiksaan ... diberikan tempat pengajian terbaik, namun akhirnya kecundang akibat tidak dapat sesuaikan diri dengan persekitaran yang berbeza. Kemandirian rendah menjadikan mereka lemah, yang akhirnya terjebak kepada perkara-perkara yang tidak baik.

Aspek penerapan nilai-nilai murni, keperibadian mulia dan pengetahuan kukuh mengenai agama sudah menjadi satu keperluan penting yang perlu disejajarkan dengan pencapaian lain. Dan ianya perlu bermula sejak dari awal, malah daripada tips pakar ia mesti dilakukan seawal anak dalam kandungan si ibu lagi.

Dulu Cemerlang Kemudian Kecundang

Saya sendiri dapat tahu ada di antara pelajar cemerlang akademik di sekolah rendah, apabila masuk ke sekolah menengah .. mereka kecundang dan gagal. Ada yang dibuang asrama, ada yang dibuang sekolah, ada dikenakan tindakan disiplin dan macam-macam lagi. Agak mengejutkan juga apabila mereka masuk ke sekolah menengah, menjadi gangster dan pembuli.

Ini sebenarnya adalah cabaran untuk ibu bapa.

Ibu bapa bukan sekadar memberikan kemudahan pendidikan terbaik, tetapi mesti kekal menjadi seorang pendidik dan pengajar di luar sekolah. Tak boleh lepas tangan soal pendidikan anak-anak terus kepada guru-guru atau pengasuh.

Salah Guru dan Pendidik Formal di Sekolah?

Acapkali kita tengok ada golongan ibu bapa yang salahkan guru dan sekolah jika anak-anak mereka tak berapa cemerlang atau terlibat dalam kes disiplin di sekolah. Walhal, pembentukan anak-anak ini sejak dari awalnya adalah terletak pada tanggungjawab ibu bapa.


Guru di sekolah cuma golongan yang ambil alih sementara sahaja. Mereka adalah golongan yang mencari kelebihan pada anak dan menggilap sebaik mungkin supaya lebih menyerlah, dan pergunakan kelebihan pada anak itu untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan serta kemahiran untuk menjadi insan yang lebih baik.

Corak awal diri anak-anak itu adalah dari ibu bapa. Guru di sekolah cuma cantikkan sahaja corak itu menjadi lebih sempurna, lebih cantik, lebih kemas dan boleh dibanggakan kelak.

Jom, mari sama-sama kita pastikan anak-anak kita cemerlang dunia dan akhirat. Bentuklah mereka dengan keperibadian dan kemahiran terbaik sejak dari awal usia. In Sha Allah.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tanggungjawab mendidik anak bukan mudah. Ia satu tanggungjawab yang besar..

    Untuk mendidik anak, kalau tahu suruh dan mengarah saja memang tak menjadi. Pendidik atau ibubapa perlu bagi contoh yang baik kepada anak-anak.

    Sebab budak2 ni lebih mudah ikut atau terpengaruh dengan benda yang mereka nampak berbanding yang disuruh..

    Seperti contoh, saya ada seorang kawan, yang memarahi anaknya merokok. walhal dia sendiri merokok.. maka anaknya sering merokok secara tersembunyi..

    BalasPadam
  2. Perlu ada tanggungjawab bersama sama ada ibu bapa dan guru barulah anak tidak menyimpang ke jalan yang sesat... Kalau nak harapkan cikgu sahaja pun tidak cukup...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement