Webe Promotion

5 Tanda Data Peribadi Anda Mungkin Diceroboh (Hacked)

Ketahui 5 Tanda-Tanda Akaun dan Data Peribadi Anda Telah Diceroboh dan Bagaimana Untuk Atasinya.

Adakah anda salah seorang mangsa di mana data peribadi telah dicuri, digodam atau disalahgunakan? Mari semak petanda-petanda ini yang memungkinkan data peribadi anda termasuk nama, alamat, alamat email, nombor telefon, nombor kad kredit/debit atau lain-lain telah menjadi pengetahuan pihak tidak bertanggungjawab tanpa keizinan anda atau telah diceroboh.

Sejak akhir-akhir ini kecoh apabila laman forum terkenal di Malaysia iaitu Lowyat mendedahkan bahawa lebih jutaan data peribadi pengguna di Malaysia telah bocor atau digodam atau dipindah ke pengetahuan pihak yang tidak diberikan keizinan.

5 Tanda Data Peribadi Anda Mungkin Diceroboh

5 Tanda Data Peribadi Anda Mungkin Diceroboh
5 Tanda Data Peribadi Anda Mungkin Diceroboh
Berikutan itu, blogger tech Keith Rozario telah membangunkan sebuah laman sesawang SayaKenaHack.com untuk membolehkan rakyat Malaysia memeriksa samada data peribadi mereka telah diceroboh. Menurut Keith, data susulan yang dipaparkan adalah terhad kepada data pada tahun 2014 yang telah didedahkan sebelum ini menerusi laman Lowyat.

Walaubagaimanapun, laman web tersebut telah disekat oleh SKMM atas permohonan rasmi daripada pihak JPDP di bawah Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Jabatan Perlindungan Data Peribadi atau JPDP adalah badan yang dipertanggungjawabkan di bawah Kementerian Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam menguatkuasakan dan mengawal perlindungan data peribadi di Malaysia dan menumpukan kepada pemprosesan data peribadi di dalam transaksi komersial dan mengelakkan penyalahgunaan data peribadi.

Ketahai 5 Tanda Data Peribadi Anda Mungkin Diceroboh
Jadi, bagaimana nak tahu bahawa data peribadi anda menjadi mangsa kepada pencerobohan dan penyalahgunaan ini? Mari lihat beberapa tips yang saya dapat daripada RinggitPlus untuk membantu anda ketahui tanda-tanda data peribadi anda mungkin dicuri dan disalahguna.

Caj dan Pengeluaran Tanpa Kebenaran Daripada Kad Kredit/Akaun Bank

Sentiasa melakukan semakan penyata bank anda samada akaun simpanan mahupun kad kredit menerusi perbankan online atau menerusi bil fizikal yang sampai ke alamat rumah dan pejabat anda. Maklumkan kepada bank seandainya terdapat transaksi yang mencurigakan untuk kepastian. Jangan buat siasatan sendiri, berikan kepada mereka yang punyai akses penuh kepada akaun bank dan kad kredit anda.

Bil dan Surat Daripada Bank/Telco/TNB/Telekom Hilang

Jangan ambil mudah sekiranya terdapat bil yang tidak sampai ke tangan anda. Ia mungkin ada seseorang telah memeriksa peti surat anda, dan mengambil butiran diri anda di dalam bil atau surat tersebut untuk tujuan tidak baik. Sangat penting anda kemaskini alamat terkini anda untuk mengelakkan bil dan surat penting seperti ini berada di tangan orang lain. Sama juga konsepnya jika anda menggunakan email dalam urusan melibatkan perbankkan. Sila kemaskini email serta alamat surat menyurat anda, termasuklah nombor telefon terkini.

Akaun Media Sosial Diberikan Amaran Terdapat Aktiviti Luar Biasa

Jika anda sering akses internet di tempat-tempat awam (wifi percuma dan sebagainya), sebagai langkah berjaga-jaga .. sila kemaskini dan tukarkan password anda lebih kerap. Penggunaan internet awam sangat terdedah dengan kemungkinan akaun media sosial anda untuk mudah diceroboh. Akaun media sosial ibarat lombong emas bagi penggodam di mana banyak data peribadi bernilai boleh didapati dengan mudah. Apabila mereka berjaya godam masuk ke akaun sosial milik anda, mereka boleh gunakannya untuk mengakses data lain yang lebih bahaya termasuklah verifikasi nombor akaun kad kredit anda.

Permohonan Pinjaman dan Kad Kredit Tidak Berjaya

Seandainya anda menghadapi kesulitan untuk mendapatkan pinjaman mahupun permohonan lulus kemudahan kad kredit, ini mungkin masa terbaik untuk anda menyemak laporan kredit anda. Lihat pada sebarang percanggahan data yang ada dalam laporan kredit anda. Tanda-tanda biasa adalah apabila ada pertanyaan berkaitan akaun kredit anda daripada sumber tidak diketahui atau pembukaan akaun bank/pinjaman baru yang anda tidak tahu menahu.

Terima Panggilan Daripada Pengutip Hutang Mengenai Hutang Yang Anda Tidak Tahu

Hati-hati jika anda terima panggilan daripada mereka yang menyatakan bahawa mereka adalah pemungut hutang, walhal anda tidak pernah pun terlepas membayar apa-apa bayaran pinjaman yang anda miliki. Awas, kemungkinan besar ada seseorang yang telah menggunakan data peribadi anda untuk menjadi penjamin atau 'orang yang patut dihubungi' dalam permohonan pinjaman dan milikan hutang mereka - tanpa pengetahuan anda.


Apa perlu anda lakukan jika terdapat tanda-tanda penyalahgunaan data peribadi anda? Terutama jika ia berkaitan dengan butiran kewangan, pinjaman dan bank?
  • Buat laporan rasmi ke Bank Negara - penting supaya anda boleh kemukakan dokumen sokongan apabila membuat laporan polis.
  • Telefon Bank Negara untuk pelaporan
    • Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
      Faks: 03-2174 1515
      SMS ke 15888: BNM TANYA [report/pertanyaan]
      Email: bnmtelelink@bnm.gov.my

COMMENTS

BLOGGER: 2
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,124,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,301,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,576,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,34,Kekeluargaan,90,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,301,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,360,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,66,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,494,Semesti,2,SENI,3,Shopping,117,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,181,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,100,Tips Blogging,316,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,108,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™: 5 Tanda Data Peribadi Anda Mungkin Diceroboh (Hacked)
5 Tanda Data Peribadi Anda Mungkin Diceroboh (Hacked)
Ketahui 5 Tanda-Tanda Akaun dan Data Peribadi Anda Telah Diceroboh dan Bagaimana Untuk Atasinya.
https://1.bp.blogspot.com/-uxbQh4_PCtQ/WhTdRv0uvjI/AAAAAAAAoRo/lo5PizIbAMY4bs1dZsylxe7mOdmus7GnwCLcBGAs/s1600/tanda-data-peribadi-diceroboh.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-uxbQh4_PCtQ/WhTdRv0uvjI/AAAAAAAAoRo/lo5PizIbAMY4bs1dZsylxe7mOdmus7GnwCLcBGAs/s72-c/tanda-data-peribadi-diceroboh.jpg
HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/11/tanda-data-peribadi-diceroboh.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/11/tanda-data-peribadi-diceroboh.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy