Yeay, Saya Menang Penginapan Y5 First World Hotel Contest WhatsApp Nescafe 7 Eleven

Tak sangka. Alhamdulillah, saya berjaya menang dalam Kontest Jom WhatsApp dan Menang Nescafe-7 Eleven. Saya ada ceritakan dalam blog tempoh hari ... dan nampaknya usaha borong minuman kesukaan sekeluarga ini telah membolehkan saya menang hadiah mingguan berupa penginapan satu malam bilik Deluxe di Y5 First World Hotel Genting Highlands.

Saya menerima berita pengumuman sebagai salah seorang pemenang mingguan peraduan ini menerusi WhatsApp. Yelah .. nak join pun kena WhatsApp ... maka, mestilah keputusannya pun diterima menerusi WhatsApp tu kan. Nasib baik saya dah simpan nombor WhatsApp tu, jadi memang mudah saya nak tahu ia bukan scammer yang cuba nak perdayakan saya.

Menang Hadiah Penginapan Y5 First World Hotel Contest WhatsApp Nescafe-7 Eleven

Menang Penginapan Y5 First World Hotel Contest WhatsApp
Pada bulan Oktober 2017, saya dapat tahu ada banyak kontest dan juga promosi berkaitan produk Nescafe ni. Jadi, saya ambil peluang untuk menyertai mana-mana kontest yang saya fikir boleh menang dengan mudah. Alhamdulillah, saya menang hadiah mingguan penginapan ini.
Menang Penginapan Y5 First World Hotel Contest WhatsApp Nescafe-7 Eleven

Saya gunakan teknik dan tips yang pernah saya kongsikan di facebook satu ketika dulu. Jika anda tak follow saya di facebook ... haha memang rugilah tak dapat nak praktikkan apa yang saya buat skarang ni sehingga boleh menang hadiah kontest WhatsApp dan Menang Nescafe- 7 Eleven ni. Tips tu saya peroleh dari rakan saya di Parit Buntar yang kehidupannya asyik menang kontestttt je .. sampai boleh buat duit, sara hidup dan berniaga hasil hadiah kontest yang dimenangi .. hebat kan?

Seronok oo dapat menang kontest ni.

Saya pun dah lama tak menang apa-apa kontest, dan tengok-tengok bila join kontest ni .. menang pula hadiah mingguan. Cuma ...

Cuma malangnya saya tak dapat nak redeem hadiah yang dimenangi disebabkan syarat dan terma untuk menginap di bilik deluxe Y5 First World Hotel tu kena tempah pada bulan Januari 2018. Uhh dah la tak boleh tempah hujung minggu dan cuti .. kena tempah pada minggu dan hari biasa. Ater .. ? Camner? Setakat boleh beritahu saya menang je la dalam blog .. tanpa nak kongsi saat menikmati hadiah mingguan yang menang ni nanti.

Apa nak buat.... huhuhu .. bukan rezeki nak merasa duk hotel di atas puncak Genting Highlands.

Kalau ikutkan, selama lebih 40 tahun saya hidup ... baru 2 kali kot saya naik ke Genting, dan baru sekali saya pernah menginap di hotel atas tu bersama famili. Itupun ad-hoc je.

Rezeki menang, tapi bukan rezeki untuk rasai kemenangan. :)

Post a Comment

14 Comments

  1. Tahniah!... nyesal pulak tak join hari tu...

    ReplyDelete
  2. Tahniah.. Ala boleh reshare x tips menang contest tuh..

    ReplyDelete
  3. tahniah!

    https://cukaipendapatan.wordpress.com/2017/11/20/siapa-yang-perlu-pengecualian-cukai-lebih-banyak-tuan-rumah-atau-penyewa/

    ReplyDelete
  4. alhmdulillah..tahniah.bukan senang nk menang tu

    ReplyDelete
  5. Tahniah tuan. Rezeki..Teman juga yang terpaksa keluar duit sendiri setiap kali cuti sekolah.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm .. ada juga kos lain kena tanggung tu. Tapi itulah, saya tak dapat pergi.

      Delete
  6. apa pun tahniah, menang contest..hehe

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, tahniah!

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.