Bijak Temuduga

Sijil Nikah Saya Tak Sah Selepas Lahir Anak Keempat !!

Sijil Nikah 'Tak Sah' Selepas Lahir Anak Keempat, iaitu Setelah Lebih 14 Tahun Berkahwin. Pegawai JPN Tegur Tentang Surat Nikah Asal yang Dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Terkejut saya dibuatnya bila diberitahu oleh Pegawai Pendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara yang surat nikah saya tak sah! Kejadian ini berlaku ketika saya mahu mendaftarkan kelahiran Hasif Najmi, anak saya yang keempat sekitar bulan Mac 2017.

Ini bukan cerita saja nak buat dan disensasikan. Tetapi merupakan satu kisah benar pengalaman saya yang mengejutkan. Tak sangka hampir 14 tahun saya bernikah dengan isteri saya, rupa-rupanya surat atau sijil nikah dalam simpanan kami berdua boleh tidak sahlaku.

Saya Terkejut Diberitahu Sijil Nikah Tak Sah

Sijil Nikah Tak Sah Selepas Lahir Anak Keempat
Seperti biasa, sebaik sahaja anak keempat saya dilahirkan, perkara pertama dari segi undang-undang Malaysia ialah mendaftarkan kelahiran anak dan mendapatkan MyKid. Ia perlu dilakukan dalam masa 60 hari bekerja selepas anak itu disahkan lahir di kaunter pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang berdekatan.

Maka, apabila isteri dan anak saya yang baru lahir didiscaj daripada wad bersalin hospital, jururawat akan berikan dua borang. Borang yang saya maksudkan ini adalah Borang Daftar Kelahiran JPNLM01 dan juga Borang Pengesahan Kelahiran.

Dua borang atau dokumen itu adalah dokumen penting dan wajib ada apabila nak membuat pendaftaran anak yang baru lahir untuk mendapatkan MyKid. Selain daripada borang-borang tersebut, termasuklah kad pengenalan ibu dan ayah .. salah satu dokumen yang penting untuk daftarkan kelahiran anak ialah sijil nikah ibu dan bapa.

Lalu nak dijadikan cerita ...

Saya pun ke Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Parit Buntar, Perak dengan segala dokumen yang diperlukan untuk daftarkan anak keempat saya iaitu Hasif Najmi. Saya buat ni lebih kurang 2 minggu selepas anak saya dilahirkan di Hospital Taiping.

Datang awal petang ke JPN sebab saya fikir ketika itu tentu tak ramai orang di situ. Alhamdulillah, memang tak ramai orang yang berurusan dengan JPN ketika saya datang ke kaunter hadapan untuk ambil nombor giliran.

Pegawai di situ, siap periksa dahulu segala dokumen yang saya bawa sepintas lalu.

Pantas Betul Urusan di JPN Parit Buntar

Tak sampai 30 minit, nombor giliran saya terpapar dan diumumkan. Saya pun terus ke kaunter pendaftaran kelahiran dan MyKid, membawa semua dokumen yang diperlukan termasuklah salinan sijil nikah saya dan isteri berserta salinan asalnya.
[Panduan Mesti Baca] Ketahui Cara Untuk Didik Anak Seawal 3 Tahun Membaca dan Jadi Pintar
Saya nampak Pegawai JPN semak dan periksa borang-borang yang telah diisikan dengan lengkap. Angguk-angguk je Pegawai JPN tu sambil melihat skrin dan menekan kekunci pada keyboard.

Dalam hati saya ... tak ada apa-apa kerisauan pun.

"Nama apa anak?" tanya Pegawai JPN.
"Hasif Najmi" jawab saya dengan tenang.

Kemudian, Pegawai JPN tu buat muka berkerut sambil di tangannya adalah salinan asal sijil nikah saya. Dia hulur pada saya .. dan kata ...

Sijil Nikah Encik Tak Sah Sebab ....

Sijil Nikah Tak Sah Selepas Lebih 14 Tahun Berkahwin
"Encik, sijil nikah encik ni leh tak sah ni ... " kata dia.
"Ehh kenapa? Dah lama saya kahwin encik, sebelum ni tak ada masalah pun. Ni anak keempat saya encik" jawab saya dengan yakin dan sedikit keliru.

"Dokumen rasmi tak boleh ada liquid paper" kata Pegawai JPN tu sambil tunjukkan tempat di mana ada tulisan dipadamkan dengan pemadam pen cecair warna putih. Bahagian saksi di dalam salinan asal sijil nikah saya tersebut ada kesan pemadaman tu.

Alamak. Terus dalam hati saya jadi risau. Takkan ada masalah kot kali ni? Takkan sijil nikah saya tak sah nak daftarkan anak saya yang keempat?

"Isteri punya pun macam ni jugak ke?" tanya Pegawai JPN tu untuk kepastian.
"Ya, sama je. Ini ada salinan .. " saya tunjukkan.

"Encik kena pergi berhubung dengan Pejabat Majlis Agama Perak ni .. minta mereka keluarkan sijil nikah yang lain .. yang ni boleh dikira tak sah ni." kata dia.

"Kali ni tak apa, tapi takut lepas ni ada masalah lain .. liquid paper ni tak boleh ni .. dokumen rasmi tak boleh ada ni .. kena minta sijil baru .. " kata dia lagi menegaskan kepada saya.

"Haa yang ni pun ada silap lagi ni .. kalau potong ni, kena ada tandatangan kecil kat tepi ni .. " sambil pegawai tu tunjukkan satu lagi tempat yang boleh menyebabkan dokumen pengesahan pernikahan saya jadi tidak sah.
Sijil Nikah Tak Sah Selepas Lahir Anak Keempat Kerana Liquid Paper

Adui. Banyak masalah rupanya pada sijil nikah saya ni. Uhh dah hampir 14 tahun baru perkara ni timbul. Dan selepas anak keempat nak didaftarkan baru ada Pegawai JPN yang beritahu saya bahawa sijil nikah asli saya ni boleh jadi tak sah kerana ada pemadaman dengan liquid paper.

Takkan Kena Buat Sijil Nikah Yang Baru? Nikah Sekali Lagi Ke?

Tetiba dalam hati saya jadi risau.


Pegawai JPN tu kata kena buat baru. Jadi, kena cari saksi nikah dulu ni nak tandatangan balik ke sijil ni? Uhh masalah besar tu sebab kedua-dua saksi nikah sudah pun kembali mengadap Illahi .. ater? Camner? Takkan kena nikah balik buat sijil nikah lain? Aduh... duh duhhh ..

Saya dah terbayang masalah lain yang bakal timbul nanti bila mengadap Pejabat Jabatan Agama Islam Perak dengan sijil nikah saya dan isteri yang dah berusia lebih 14 tahun ni.
[Dah Baca?] Teknik Halus Pikat Lelaki
Alhamdulillah, proses pendaftaran dapat juga dibuat dengan baik walaupun timbul masalah sijil nikah tadi. Tapi itulah, Pegawai JPN nasihatkan saya untuk pergi ke Pejabat Agama Islam Perak untuk selesaikan isu liquid paper pada sijil nikah saya tu.. takut di masa akan datang akan jadi apa-apa perkara yang tidak diingini.
Sehingga post ini ditulis, saya masih belum pergi ke Pejabat Agama mahupun Pejabat Kadi lagi. In Sha Allah, kalau ada tindakan susulan dari saya untuk isu ini, saya akan ceritakan di dalam blog sebagai panduan dan pedoman.

Alhamdulillah, bila lahir anak keempat ini, saya dilayani oleh seorang Pegawai JPN yang cekap dan bertanggungjawab. Mujur dia beritahu kalau tak ...hmmm .
[Dah Baca?] Cara Menyemak Status Permohonan MyKid Dengan Internet
Inti penting apa yang nak saya sampaikan dalam blog post saya ini ialah:
  1. Kena semak sijil nikah atau apa-apa jua dokumen rasmi agar tiada tanda pemadaman liquid paper.
  2. Liquid paper ditegah digunakan untuk padam kesilapan dalam dokumen rasmi, ia perlu digariskan dan ditandatangani.
  3. Carilah tok kadi, jurunikah yang muda-muda supaya boleh tulis dengan elok butiran yang ada dalam sijil nikah kita ..huhu..
  4. Semak sijil nikah sebaik sahaja diterima atau ketika tok kadi menyerahkannya kepada anda, jangan terlalu excited lepas dah disah nikah.

Semoga bermanfaat buat anda semua, in Sha Allah.

COMMENTS

BLOGGER: 11
Loading...
Nama

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,42,Advertorial,112,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,7,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,3,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,360,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,7,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,24,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,275,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,18,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,46,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,49,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,64,Holiday Tips,2,Homestay,1,Hotel,10,House Husband,632,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,583,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,30,Kekeluargaan,62,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,76,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,240,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,13,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,303,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,12,Pendapat,34,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,46,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,23,petua kehidupan,7,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,49,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,474,Semesti,2,SENI,3,Shopping,101,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,11,Tempat Menarik,167,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,87,Tips Blogging,308,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,50,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,33,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,100,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE: Sijil Nikah Saya Tak Sah Selepas Lahir Anak Keempat !!
Sijil Nikah Saya Tak Sah Selepas Lahir Anak Keempat !!
Sijil Nikah 'Tak Sah' Selepas Lahir Anak Keempat, iaitu Setelah Lebih 14 Tahun Berkahwin. Pegawai JPN Tegur Tentang Surat Nikah Asal yang Dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).
https://1.bp.blogspot.com/-fOM61TVMPKc/WZsDcEKTmgI/AAAAAAAAkDg/qqwmkWnwYFMBx13RV7OUpWI8gB_aGdPswCLcBGAs/s1600/sijil-nikah-tak-sah-selepas-anak-keempat.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-fOM61TVMPKc/WZsDcEKTmgI/AAAAAAAAkDg/qqwmkWnwYFMBx13RV7OUpWI8gB_aGdPswCLcBGAs/s72-c/sijil-nikah-tak-sah-selepas-anak-keempat.jpg
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE
http://www.hasrulhassan.com/2017/08/sijil-nikah-tak-sah-selepas-lahir-anak.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/08/sijil-nikah-tak-sah-selepas-lahir-anak.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy