10 Ogos 2017

Budak Lelaki 9 Tahun Mohon Kerja di NASA

Ada tahu pasal kisah seorang budak lelaki berusia 9 tahun memohon kerja di NASA tak? Err tak tahu apa tu NASA? NASA adalah Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat. Yakin betul budak ni sampai menulis surat untuk memohon kerja di situ.

Bagi kebanyakan kita, kisah budak tu mungkin satu jenaka. Tetapi, ia sebenarnya menunjukkan bahawa, dengan kepercayaan dan keyakinan dalam diri, apa pun boleh... kan?

Budak Lelaki 9 Tahun Mohon Kerja di NASA

Budak Lelaki 9 Tahun Mohon Kerja di NASA
Kisahnya, budak berusia 9 tahun ini telah ternampak iklan kerja kosong yang dikeluarkan oleh pihak NASA. Ia menarik perhatian budak ini, dan yakin apa yang dimilikinya boleh mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Iklan dari NASA tu pun memang mengundang. NASA telah mengeluarkan kerja kosong untuk sesiapa yang layak untuk melindungi bumi daripada alien. Uhh pastilah bagi seorang kanak-kanak berusia 9 tahun, ia merupakan satu peluang kerja yang tersangatlah best seperti di dalam filem Hollywood.

Jack Davis, budak lelaki berusia 9 tahun sangat yakin dengan kredibiliti yang dimilikinya. Lalu, dia telah menulis sepucuk surat kepada NASA untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Ya, Jack Davis, telah menghantar permohonannya untuk memenuhi jawatan tersebut, 9 tahun tu. Kalau di Malaysia, baru sahaja darjah 2!

Surat Permohonan Kerja di NASA oleh Budak Lelaki Umur 9 Tahun

Ini surat dari Jack Davis ...
Surat Jack Davis, Budak Lelaki 9 Tahun Mohon Kerja di NASA
Hahaha .. nampak menyakinkan tak surat permohonan kerja Jack Davis ni? 9 tahun kot, dan tengok bagaimana keyakinan dirinya yang tinggi menyatakan kredibiliti dirinya untuk kekosongan kerja melindungi bumi dari alien.

Menurut surat itu, budak lelaki Jack Davis menyatakan dirinya adalah seorang ahli Guardian of Galaxy, dan merasakan dirinya adalah seorang alien, seperti didakwa oleh kakaknya .. hahaha... Pengaruh filem nampaknya agak tebal dalam diri Jack Davis.
[Dah Baca?] Tips Serta Cara Untuk Lulus Temuduga Kerja
Surat tersebut kemudiannya sampai ke Director of Planetary Science Division NASA, Dr. James L. Green.
Budak Lelaki 9 Tahun Mohon Kerja di NASA
Agak mengejutkan juga, apabila Dr James tidak mentongsampahkan surat Jack Davis. Malah, sebagai pengarah, beliau telah membalas surat permohonan kerja oleh Jack Davis. Satu tindakan yang tak disangka, bukan?

Surat Balasan NASA Permohonan Kerja Jack Davis, 9 Tahun

Dan ini balasan Dr. James L. Green ...
Surat Balasan Kerja Budak Lelaki 9 Tahun Mohon Kerja di NASA
Kredit: BoredPanda.com

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

4 Komen Budak Lelaki 9 Tahun Mohon Kerja di NASA

Tak sangka seorang budak begitu berani dan pegawai Nasa sangat profesional..

Kalau di negara ini.. Belum sampai ke peringkat lebih..

Dah dibuang oleh pihak yang rasa lawak..

bagus la cara mereka ni... yg baik harus kita ambil teladan drp mereka...


EmoticonEmoticon