Langkau ke kandungan utama

Rumah Harga RM80K di Putrajaya Untuk Kakitangan Awam Rendah

Rumah RM80K di Putrajaya untuk Kakitangan Awam. Pucuk dicita ulam mendatang ni. Untung kakitangan awam sebab ada pihak yang ambil berat tentang kebajikan mereka. Dan difahamkan, pihak berwajib, iaitu Cuepacs mensasarkan pembinaan sekurang-kurangnya 20,000 unit rumah dengan harga permulaan RM80,000 seunit.

Menurut laporan akhbar Kosmo bertarikh 12 April 2017, pihak Cuepacs telah berjaya mendapat persetujuan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan sebidang tanah di Putrajaya bagi pembinaan rumah mampu milik di bawah harga RM100,000 khusus untuk kakitangan awam.

Rumah RM80,000 Seunit di Putrajaya Untuk Kakitangan Awam

Paling menarik perhatian saya ialah harapan Cuepacs untuk melihat pembinaan rumah tersebut dengan keluasan bermula dari 800 kaki persegi dijual pada harga permulaan RM80,000 seunit.

Menurut Kosmo, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda (gambar) berkata, pihaknya berharap Putrajaya menjadi model kepada pembinaan rumah mampu milik khususnya kepada penjawat awam yang tidak layak untuk membuat pinjaman bank.

Sasaran Untuk Kakitangan Awam Gred Bawahan

Rumah RM80K di Putrajaya Kakitangan Awam
Hmm .. ini bermakna tumpuan pada pembinaan rumah berharga RM80K di Putrajaya itu nanti adalah untuk golongan sasaran kakitangan awam dengan gred gaji rendah yang memang amat sukar untuk mendapatkan pinjaman bank bagi pembelian rumah.

Yelah, di zaman sekarang era tahun 2000, memang sukar mahu mencari dan mendapatkan rumah dengan harga di bawah RM100,000. Jika ada pun, keluasannya agak kecil dan rata-rata kurang selesa buat sebuah keluarga yang melebihi 4-5 orang.

Saya menyokong usaha ini. Walaupun golongan sasarnya tidak menyeluruh kepada seluruh rakyat, namun apa yang dilakukan oleh Cuepacs ini menampakkan mereka sangat prihatin dengan kebajikan kakitangan awam.

[Khas] Sukar Nak Dapat Loan Rumah? Klik Sini Untuk Ketahui Rahsianya

Ia satu tindakan dan usaha yang baik; yang bukan sekadar meminta kerajaan untuk bonus atau elaun tambahan yang mana permintaan seperti ini bersifat pakai-buang. Tidak seperti perumahan yang menjadi antara permasalahan bagi ramai golongan kakitangan awam gred rendah.

Lihat Keperluan Di Luar Putrajaya

Saya juga berharap pihak Cuepacs melihat keperluan ini di luar Putrajaya. Saya lihat banyak tanah-tanah kerajaan yang terabai, tidak dimajukan dan dijaga sepatutnya. Alangkah baik andai tanah-tanah ini turut diusahakan dengan projek perumahan awam.

Ada banyak kuarters lama untuk kakitangan awam yang terbiar tanpa diduduki sehingga ada yang menjadi usang dan hampir roboh. Mungkin pihak Cuepacs perlu menjelajah seluruh negara, dan melihat kawasan-kawasan ini dan buat proposal pada pihak kerajaan untuk segera dibangunkan khususnya untuk projek perumahan untuk kakitangan awam.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. kesianlah mereka yang belum mampu nak beli rumah beharga beratus ribu..jadi bila ada yang mampu milik,harap dapat lah kepada yang memerlukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun harapkan begitu, ramai kawan2 saya yang belum ada rumah sendiri .. usia pun dah susah nak buat loan

      Padam
  2. wah bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best zakiah hanum jika ia benar berlaku nanti .. harap dapatlah direalisasikan rumah dengan harga RM80K ni untuk kakitangan awam.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Nak Tahu Rahsia Gaji RM4500 Sebagai Tukang Cuci Kereta?

Rahsia gaji RM4,500 sebulan sebagai tukang cuci kereta. Mitos? Anda mungkin tidak percaya, tetapi memang kerja sebagai seorang tukang cuci kereta boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan setiap bulan.

Itu adalah antara sebab kenapa salah seorang rakan saya sebaik sahaja habis pengajian di USM sebagai seorang graduan, beliau bekerja sebagai tukang cuci kereta.
Susah Nak Dapatkan Kerja? Kenapa Tidak Kerja Sebagai Tukang Cuci Kereta? Gaji RM4,500 Sebulan! Zaman sekarang nie memang zaman gawat. Ramai dah pekerja yang kena buang kerja. Pelajar-pelajar yang baru keluar IPT dan kolej pun, ramai yang susah nak dapat kerja! Jangan kata pelajar, pensyarah pun ramai yang kena buang kerja! Ini realiti. Cabaran memang getir.

Jadi, memang tak bolehlah nak memilih sangat bila bab cari kerja ni. Saya dulu pun, sebaik sahaja keluar USM, saya buat macam-macam kerja. Saya memang tak memilih, asalkan boleh dapat duit dan boleh sara kehidupan. Janji halal.

Aha .. saya keluar U, semasa zaman gawat tahu…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…