Cari peluang untuk dapatkan duit sampingan? Mungkin ramai lagi yang tidak tahu bahawa di luar sana terdapat banyak syarikat yang memerlukan pekerja sambilan dari rumah untuk menyelesaikan lambakan kerja-kerja. Ini bermakna, ada peluang untuk dapatkan duit sampingan dengan menjadi sebagai pekerja sambilan tanpa perlu temuduga, tanpa perlu kelulusan tinggi, malah tidak perlu hadir ke syarikat.

Segalanya mungkin dengan adanya internet. Menerusi internet, syarikat-syarikat ini menawarkan peluang kerja dari rumah untuk mereka yang berminat.

Peluang Luas Cari Duit Sampingan Dengan Kerja Sambilan dari Rumah

Contoh Kerja Sambilan dari Rumah
Anda tentu tertanya-tanya kenapa wujudnya peluang dapatkan duit sampingan dengan cara ini? Antara sebab kenapa syarikat mengaji pekerja di rumah adalah kerana ia lebih kos efektif berbanding mengaji pekerja tetap.

Fenomena ini bukannya baru, malah dah ada sejak bertahun-tahun dahulu sejak internet diperkenalkan.

Pengalaman Ambil Upah Kerja Sambilan

Ketika saya belajar di USM Minden sekitar tahun 90an, saya dah nampak peluang cari duit sampingan ini. Dengan menggunakan email, saya cari kerja sambilan mudah menerusi forum-forum internet, ruangan chat room, mIRC selain merujuk iklan-iklan yang ada di internet.

Masa tu boleh dikatakan senang juga nak dapat kerja walaupun peluang tu tak berapa nak banyak. Al maklumlah, ketika itu Malaysia baru nak kenal internet .. hahahaa.

Ya, ketika itu memang tak banyak kerja sambilan di internet seperti sekarang, tapi alhamdulillah .. saya pernah ambil upah untuk buat kerja selesaikan tutorial dan tugasan dari lecturer. Upah tak adalah tinggi mana, tapi cukuplah untuk belanja sendiri-sendiri.

Saya dulu ambil upah kerja sambilan dari rumah daripada individu. Mereka yang offer kerja akan email saya tentang butiran kerja. Jika saya terima, saya akan balas dan nyatakan persetujuan selain bayaran yang dikenakan. Bayaran dibuat bila saya serahkan tugasan ... siap print ... siap binding. Bayar cash bila jumpa ...

Tu kerja-kerja mudah macam saya cakapkan tadi - buat assignment, tutorial ... selalunya dari Pelajar Jarak Jauh (PJJ). Dulu pelajar PJJ akan masuk kampus bila cuti semester di USM. Saya pulak memang tak balik rumah/kampung ...

Sekarang ni, penggunaan internet pun dah meluas. Syarikat yang gunakan internet untuk cari pekerja sambilan pun dah banyak. Dunia tanpa sempadan, ada kerja sambilan datangnya dari syarikat luar negara. Jika di Malaysia, ia datang dari merata tempat. Jangan terkejut jika ada kerja sambilan ditawarkan datang dari ceruk nama tempat di Malaysia yang anda tak pernah tahu .. haha. Aneka macam kerja ditawarkan, dan semuanya boleh dilakukan dari rumah.

Selain sebab ia lebih kos efektif, syarikat ini ada banyak sebab kenapa mahu mengupah dan menggaji pekerja sambilan dari rumah.

Sebab Kenapa Banyak Tawaran Kerja Sambilan Dari Rumah?

Mari saya senaraikan beberapa sebab tersebut ehh ...

Ok. pertama sekali mengaji pekerja tetap memerlukan syarikat menyediakan peralatan pejabat serta faedah lain untuk pekerja seperti cuti sakit, epf, socso dan lain - lain. Kebanyakan syarikat ini berdaftar di SSM, menjalankan operasi juga dari rumah. Kalau ada pejabat pun, hanya untuk pentadbiran dan pengurusan.


Ada banyak syarikat kecil yang seperti ini. Operasi mereka meluas, tetapi staff tetap yang ada .. uhh boleh dibilang dengan jari. Kadang cuma ada boss dan seorang pembantu sahaja.

Selain itu, syarikat mempunyai lebih banyak pilihan untuk mengaji pekerja yang berbakat dan berkualiti tanpa perlu risau had sempadan. Menerusi internet, syarikat boleh dapatkan pekerja yang datangnya dari seluruh dunia.

Jenis Kerja Sambilan Dari Rumah

Kerja yang ditawarkan pula lebih kepada kerja-kerja yang berkaitan atau menggunakan komputer. Yelah, kerja pun ditawarkan melalui internet .. ye tak .. huhu. Semua kerja cepat dan pantas dengan adanya internet.
Senarai Kerja Dari Rumah Guna Internet

Cara kerja sambilan dari rumah ini simple je. Pekerja dari rumah hanya perlu siapkan tugasan yang di beri dan email kepada majikan setelah tugasan selesai. Upah kemudiannya akan diberikan dengan persetujuan kedua pihak - samada menerusi online-transfer atau PayPal.

Benda paling best bila nak cari duit sampingan dengan kerja sambilan dari rumah ini ialah ianya fleksibel, tanpa had - boleh buat kerja di mana-mana, dan boleh ambil banyak kerja dari banyak syarikat atau individu.

Ramai yang buat kerja sambilan dari rumah dengan menggunakan internet sebab ia memberikan mereka lebih peluang untuk dapatkan income lebih.

Buat mereka yang memang tak ada kerja tetap, dan menjadikan kerja sambilan dari rumah ini sebagai cara nak cari pendapatan; mereka boleh kerja sendiri ikut kesesuaian masa dan luangkan lebih waktu bersama keluarga.

Tapi, anda kena hati-hati sedikit bila nak cari duit sampingan dengan kerja sambilan dari rumah ini. Kena tahu cara betul bagaimana nak apply dan dapatkan kerja.

Dulu tak macam sekarang. Serius memang banyak beza. Dulu tak banyak scammer macam sekarang ni .. haha .. zaman sekarang ni, kat media sosial nampak wajah wanita jelita, tapi hakikatnya jantan sado yang kesepian .. hahahaa.

Anda nak duit sampingan kerja sambilan dari rumah?

Cuba anda login ke Panduan JDR untuk mengikuti latihan asas dan melihat senarai kekosongan kerja sambilan dari rumah terkini yang ada.

Jangan risau pasal senarai diberikan, sebab ianya telah ditapis dan diselidik. In Sha Allah semua kerja sambilan dari rumah terkini yang disenaraikan adalah sah dan boleh dipercayai.

Terus login ke Panduan JDR di sini (klik) - Login JDR

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement