Bazaar Malam Kuala Kangsar. Saya tak sedar kewujudan tempat ni. Rupanya ada bazaar niaga malam di kawasan Lembah, Kuala Kangsar. Secara kebetulan, saya telah singgah di Kuala Kangsar pada hari Ahad jam 9 malam semasa pulang dari kampung halaman di Batu Gajah ke Nibong Tebal.

Saya tak sangka ada banyak Bazaar Malam yang menjual pelbagai barangan menarik, termasuk pakaian, permainan kanak-kanak, karpet, peralatan rumah, hiasan rumah, malah makanan best-best di Bazaar Malam Lembah Kuala Kangsar ni.

Cari Barang Murah di Bazaar Malam, Lembah Kuala Kangsar

Cari Barang Murah di Bazaar Malam, Lembah Kuala Kangsar
Cari Barang Murah di Bazaar Malam, Lembah Kuala Kangsar
Uhhh ... bila dah berada di lokasi menarik Kuala Kangsar ni, maka saya layanlah dulu shopping cari barang murah di Lembah Kuala Kangsar. Saya dapat tahu daripada pengunjung yang datang, banyak barang dijual dengan harga menarik di bazaar-bazaar ini.

Saya yang memang kaki shopping (kalau ada duit) ... jenguk-jenguklah apa yang menarik. Tak sangka juga, pasaraya Sakan pun turut terlibat dalam bazaar ini. Jadi, bolehlah tengok permaidani dan karpet cantik di situ.

Ronda punya ronda, saya sekadar melihat-lihat sahaja. Tak nampak ada barang yang berkenan di hati. Ada anak saya beritahu bahawa mereka nakkan 'kuda melompat' ... dan kebetulan ada dijual di bazaar malam Lembah ini. Hmm .. bila saya tengok harga yang dijual, saya fikir ... ada baiknya saya survey dulu di tempat lain. Lagipun, barang mainan sebegini rasanya dah tak sesuai untuk anak-anak saya yang sudah bersekolah rendah .. uh.
Cari Barang Murah di Bazaar Malam, Lembah Kuala Kangsar


Cari Barang Murah di Bazaar Malam, Lembah Kuala Kangsar

Saya tak pasti bila waktu operasi bazaar malam ini. Al maklumlah, saya datang sini pun tanpa dirancang. Saya nampak bazaar ini menarik untuk pengunjung dan juga pelancong .. jadi, saya ambil keputusan untuk ambil gambar dan bercerita di dalam blog.

Kalau anda kebetulan ada di kawasan sekitar, bolehlah cuba jenguk-jenguk kawasan Lembah Kuala Kangsar ni  .. lokasinya betul-betul di tepian sungai.

Di siang hari, kawasan Lembah popular dengan tempat makan. Anda boleh dapat pelbagai macam juadah lauk pauk yang tak mudah ditemui di tempat lain terutama ikan bakar ikan sungai. Jika saya berada di Kuala Kangsar, lokasi nak makan tengahari yang ada pilihan banyak, memang saya akan pilih kedai-kedai makan yang ada di Lembah Kuala Kangsar ini.
Cari Barang Murah di Bazaar Malam, Lembah Kuala Kangsar
Cari Barang Murah di Bazaar Malam, Lembah Kuala Kangsar


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

4 Komen

murah jugak.. tapi jauhnya, kalau kat sabah payah nk dpt harga macam ni, baik shping tmpat2 macam ni zaman ekonomi mrundum ni.. semua barang mahal..

Reply

mmg kena cari murah... tp kena pandai pilih juga...

Reply

Ya, sekarang memang kebanyakan harga barang dah naik .. terasa perit dengan ekonomi yang tidak tentu ini. Maka, ramai cari barang murah.

Reply

Ya, kena bijak memilih. Disebabkan tempat ini kekal wujud, maka saya ambil keputusan untuk survey harga di tempat lain .. kalau sini lebih murah, nanti boleh datang dan borong apa yang patut.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.