Semak Penyata Akaun & Baki Semasa Tabung Haji Secara Online. Mungkin ramai yang mahu semak penyata akaun dan mengetahui baki semasa simpanan di Tabung Haji (TH). Apatah lagi setelah pihak TH umumkan hibah pendeposit dan juga hibah haji untuk tahun kewangan berkaitan.

Selain pergi ke kaunter Tabung Haji, anda sebenarnya boleh menyemak penyata akaun dan baki semasa dalam simpanan TH secara online. Ada beberapa cara semakan online boleh dilakukan, salah satunya adalah menerusi e-THiJARI yang dikendalikan oleh pihak TH sendiri.

Semak Penyata Akaun & Baki Semasa Tabung Haji Secara Online Menerusi e-THiJARI

Bagaimana nak membuat semakan penyata dan baki akaun simpanan Tabung Haji secara online menerusi e-THiJARI?

Ok. Mudah sahaja. Anda ikuti langkah-langkah yang saya kongsikan ini.

Langkah 1 - Pendaftaran
  1. Pergi ke mana-mana cawangan Tabung Haji untuk dapatkan nombor pin.
  2. Login ke e-THiJARI. Paparan seperti di bawah akan kelihatan. Jika anda pertama kali menggunakan sistem ini, sila daftar dahulu dengan klik 'daftar di sini'. Anda diingatkan sekali lagi agar mendapatkan nombor pin dari mana-mana cawangan TH. Masukkan butiran yang dikehendaki.
  3. Klik simpan, dan sistem akan keluarkan paparan samada anda berjaya daftar atau tidak.


Langkah 2 - Login
  1. Selepas pendaftaran anda berjaya. Anda akan dibawa ke laman login seperti ditunjukkan di bawah yang menyertakan imej pilihan yang telah anda pilih semasa pendaftaran. Jangan masukkan id pengguna dan kata laluan jika imej dipaparkan adalah bukan imej pilihan anda.
  2. Jika anda telah mendaftar sebelum ini, anda hanya perlu klik login pada paparan awal dan klik 'log masuk'. Anda kemudian diminta untuk masukkan kata laluan (password) yang anda masukkan semasa pendaftaran kali pertama. Klik 'hantar'.

Langkah 3 - Semakan Baki Akaun TH
  1. Setelah anda daftar masuk, pilih menu Deposit dan pilih 'pertanyaan baki'. Anda akan diminta memilih daripada senarai nombor akaun TH anda, dan klik 'semak'. Baki akaun akan dipaparkan seperti ditunjukkan di bawah ini.

Langkah 4 - Semakan Penyata Akaun
  1. Sama seperti langkah 3, anda perlu pilih menu yang ada pada bahagian Deposit. Pilih untuk semakan penyata akaun anda. Paparan di bawah akan kelihatan. Pilih nombor akaun TH, dan bulan untuk penyata.


Menerusi semakan penyata akaun, anda boleh lihat berapa jumlah bonus atau hibah yang telah anda terima - hibah pendeposit dan juga hibah haji. Ia dicatatkan secara berasingan di dalam penyata akaun ini. Penyata ini boleh anda cetak untuk simpanan dan rujukan anda.

Cara Lain Buat Semakan Akaun Tabung Haji

Cara lain untuk membuat semakan penyata akaun dan baki semasa Tabung Haji; selain menerusi kaunter TH dan juga e-THiJARI:
  1. Maybank2u Secara Online
  2. Mesin ATM dan CDM bank-bank berikut:
    • Bank Islam Malaysia Berhad
    • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
    • Maybank Islamic Berhad

Semoga dengan perkongsian info ini akan memudahkan anda untuk buat semakan penyata akaun TH anda selain ketahui status baki semasa terkini dalam akaun.


Jangan lupa untuk kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

2 Komen

Senang la kalo gini....mulai bilan ni nak cuba la kaedah en azwans.com ajar cara menyimpan tabung hj

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.