Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Lahir Maira & Zikri

Selamat Hari Lahir buat kedua-dua anak saya, Maira (7 tahun) dan Zikri (9 tahun). Anak bongsu perempuan saya lahir pada 29 Januari, dan abangnya hero 'dalam hati ada taman' pada 2 Februari. Alhamdulillah, kedua-dua mereka membesar dengan baik, cergas dan sihat. Ini adalah nikmat dan anugerah Allah S.W.T tak ternilai.

Syukur alhamdulillah, tahun 2017 ini dapat kami sekeluarga sekali lagi sambut hari kelahiran Maira dan Zikri.

Selamat Hari Lahir Maira & Zikri

Selamat Hari Lahir Maira & Zikri
Kedua-dua anak saya ini memang rapat sejak kecil. Di dalam rumah, merekalah yang paling kerap bergaduh dan paling mesra sesama sendiri. Mungkin kerana jarak umur mereka yang tidak jauh berbanding abang sulong mereka yang kini sudah pun bersekolah di sekolah menengah Ulul Albab. Nak-nak lagi, bila Amri, abang sulong mereka sudah tinggal berdikari di asrama.

Untuk harijadi Maira, plan nak buat kejutan atau suprise telah dirancang oleh Zikri sejak pertengahan bulan Januari lagi. Memang banyak akal si Zikri ni. Malah, kek harijadi juga adalah idea Zikri yang mahukan Maira dapat kek istimewa berbentuk puteri dalam cerita Frozen.
Selamat Hari Lahir Maira & Zikri
Selamat Hari Lahir Maira & Zikri
Nasib baiklah ada kedai kek yang bagus di Parit Buntar yang terima tempahan buat kek sebegitu. Saya sendiri pun tak tahu rancangan yang telah dirancang oleh Zikri dengan isteri saya. Malah, kek harijadi untuk Maira pun, saya hanya tahu ketika nak mengambilnya di kedai kek. Along Amri pun tak tahu ... uhh ...

Antara Amri, Maira dengan Zikri .. Zikrilah paling excited nak sambut birthday adik perempuannya. Siap main sorok-sorok kek, dan main tutup mata lagi .. hahaha... Zikri tutupkan mata Maira, dan Amri tolong siapkan kek.

Bila Maira dapat tengok sahaja kek harijadi yang dah sedia di depan mata .. ternganga dan terkejut (excited) sebab dapat kek istimewa. Senyum besar si Maira bila Zikri bukakan mata di depan kek.

Saya dan isteri berasa sangat seronok bila lihat kegembiraan anak-anak macam ni. Bukan selalu buat .. sekali dalam setahun.

Selang beberapa hari, tiba masa untuk harijadi Zikri.

Uhh yang ni memang tak ada surprise .. sebab Zikri dah buat request awal-awal nakkan kek berbentuk kereta.

Mahal weihhh kek berbentuk kereta. Kek yang beratnya tak sampai sekilogram tu saya bayar dengan harga RM60 sebiji. Jenuh gak tawar dan minta diskaun .. memang tak dapat. Yelah, bukan mudah pun nak dibuat, kena tempah dan perlukan acuan yang istimewa.
Birthday Zikri sambut agak lewat sebab nakkan Along Amri bersama-sama. Jadinya, kami buat sambutan di sekolah Amri.

Alhamdulillah, kek kereta si Zikri dapat dikongsikan bersama rakan-rakan sekolah Amri yang lain. Seronok mereka dapat makan kek harijadi ... siap bersalaman cium tangan lepas makan kek tu dengan saya .. uhhh ..


Bukan semua ibu bapa dapat peluang untuk buat sebegini dengan anak-anak. Alhamdulillah, rezeki saya dan isteri diberikan Allah S.W.T sangat murah tahun ini. Betullah apa yang dikatakan dalam Al Quran .. jika kita buat baik walaupun hanya sekecil biji sawi, Allah S.W.T akan kurniakan rezeki yang tiada galang ganti.
Selamat Hari Lahir Maira & Zikri
Anak-anak saya ... hari ini mungkin dapat bersama merasai kek unik yang sedap. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Saban hari mereka semakin membesar, dan tidak lama lagi .. pejam celik .. masing-masing akan bawa haluan dalam kehidupan.
[Baca] Tips Didik Anak - Rahsia Amri Mendapat Result 6A UPSR 2016
Saya dan isteri sentiasa mendoakan segunung kebaikan buat anak-anak. Walaupun adakala waktu, anak-anak membuatkan rasa kesabaran terkakis, namun Allah itu Maha Adil. Ujian diberikan untuk ingatkan diri sebagai ibu bapa bahawa anak adalah anugerah dan juga amanah yang perlu dijaga, dididik dan disayangi.

Selamat Hari Lahir buat Maira dan Zikri. Semoga anak-anak Abah akan menjadi insan terbaik dunia akhirat.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. selamat hari lahir maira dan zikri.... wow,,, cantiknya kek dia... :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…