Haziqah Nurul Huda Harun; Gadis Lumpuh Jadi Tauke Kuih Bakul, Belajar Dari FB. Hendak seribu daya. Saya tertariklah dengan keazaman seorang gadis bernama Haziqah Nurul Huda Harun, yang berusia 20 tahun. Di saat orang lain merungut soal susah nak dapatkan kerja serta soal harga barangan naik, muncul gadis OKU ini memberikan inspirasi.

Siapa sangka seorang gadis Melayu yang lumpuh boleh menjadi tauke kuih bakul. Uhhh memang hebat ... nak-nak lagi kuih bakul bukanlah sejenis kuih yang mudah dibuat, dan ia pula adalah kuih tradisi masyarakat Cina yang dihidangkan istimewa ketika Tahun Baru Cina.

Haziqah Nurul Huda Harun - Gadis Lumpuh Jadi Tauke Kuih Bakul, Belajar Menerusi Kenalan FB dari China 

Haziqah Nurul Huda Harun - Gadis Lumpuh Jadi Tauke Kuih Bakul, Belajar Menerusi Kenalan FB dari China
Buat anda yang kurang mengetahui tentang kuih bakul ini, saya suka nak kongsikan sedikit fakta menarik mengenai kuih ini. Kuih bakul atau 'nian gao' adalah makanan tradisional wajib bagi kaum Cina setiap kali menjelang perayaan Tahun Baru Cina terutama untuk masyarakat Cina Tionghoa.

Kuih bakul simple je resepinya. Secara asasnya ia adalah kuih yang diperbuat daripada adunan tepung pulut, air dan gula. Namun, walaupun resepinya nampak agak mudah ... ia mempunyai banyak pantang-larang. Ia perlu dikukus agak lama, malah menurut sesetengah resepi kuih bakul, adunan kuih ini perlu dikukus sehingga lebih 12 jam. Ini yang membuatkankan kuih ini tak ramai yang buat, kerana proses nak menghasilkannya mengambil masa.

Itu sebab saya merasakan apa yang dilakukan oleh gadis ini memang patut dijadikan inspirasi, khas buat mereka yang mahu mencari peluang untuk berjaya dalam hidup, terutama dalam bisnes dari rumah.

OKU, Tiada Kelulusan Pelajaran Tetapi Berjaya Jadi Tauke Kuih

Tak siapa sangka, keazaman gadis berusia 20 tahun ini menghasilkan kuih bulan memberikan pulangan lumayan, sehingga ramai menggelarkannya tauke kuih bakul. Apatah lagi gadis Melayu ini adalah insan kurang upaya (OKU), tidak mempunyai kelulusan pelajaran (tidak berjaya habiskan SPM), malah tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana pihak pun.

Paling istimewa beliau mempelajari pembuatan kuih bakul ini dari sahabat Facebooknya yang berasal dari Beijing, China, sekitar tahun 2015.
[Baca] Kerja Dari Rumah Jual Produk Orang Lain - Kos Minima, Untung Besar
Yang paling saya kagumi ialah, dengan kerja dari rumah .. Haziqah menerima tempahan tinggi iaitu 4,000 biji sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini (2017) dan tahun 2016 dia turut menerima tempahan 500 biji kuih bulan dari Singapura dan Qatar.

Proses Hasilkan Kuih Bakul Ambil Masa Lama

Haziqah Nurul Huda Harun - Gadis Lumpuh Jadi Tauke Kuih Bakul, Belajar Menerusi Kenalan FB dari China
Haziqah Nurul Huda Harun - Gadis Lumpuh Jadi Tauke Kuih Bakul, Belajar Menerusi Kenalan FB dari China
Buat Haziqah, proses menghasilkan kuih bakul mengambil masa selama 3 - 8 hari bermula daripada proses mengadun, mengukus sehinggalah proses pembungkusan. Uhh ... memang lama kan? Orang yang ada keazaman tinggi sahaja boleh bertahan ...

Haziqah mengambil masa empat jam untuk menyediakan adunan kuih bulan yang terdiri daripada 70 kilogram tepung secara manual. Selepas adunan dibuat, ia akan diisikan ke dalam acuan sebelum mengukusnya selama 12 hingga 15 jam bergantung kepada saiz kuih.
Haziqah, Gadis Cantik Dari Terengganu Jadi Tauke Kuih Bakul
Selepas siap proses mengukus, kuih berkenaan akan dibiar dan disejukkan selama 3 hingga 5 hari sebelum proses pembungkusan dijalankan. Perghh ... lama tu ... aha .. tu sebab saya jadi kagum ...

Jarang ada orang biasa yang tahan buat sejenis kuih sampai berhari-hari ni. Buat kuih raya yang makan masa dua jam pun dah pinar kepala dibuatnya ... nak-nak lagi dok ngacau dodol .. baru 30 minit dok kacau dodol, dah minta orang lain tolong ganti .. haha .. eerrr ni sayalah, orang lain tak tahulah pulak .. huhu.

Bagaimana Gadis OKU Ini Boleh Memulakan Bisnes Dari Rumah Jual Kuih Bakul?

Bagaimana gadis OKU ini bermula membuat kuih bulan dan berjaya menjadi tauke sehingga kuihnya mendapat tempahan hampir 2,000 setiap hari? Berikut adalah petikan temubual Haziqah, gadis lumpuh yang jadi tauke kuih bakul .. yang hanya belajar menerusi FB kepada pemberita Bernama.


Video Kisah Kejayaan Haziqah Jual Kuih Bakul 


Haziqah atau senang dipanggail sebagai Yaya bermula dengan menggunakan modal RM300, hasil daripada duit raya yang diperolehinya. Kemudian, dia meminjam daripada bapanya untuk membeli barang kelengkapan membuat kuih yang terdiri dari oven serta pengukus.


“Yaya pinjam duit abah untuk beli oven, pengukus berkapasiti tinggi dan alat-alat lain...tetapi apabila dah dapat untung, Yaya ganti balik duit abah dan sehingga sekarang Yaya habis dalam RM50,000 termasuk mengubah suai dapur untuk dijadikan tempat memproses kuih bakul, sesuai dengan keadaan fizikal Yaya”, katanya kepada pemberita Bernama.

Terlantar 2 Tahun

Berkongsi saat getirnya, Yaya berkata, suatu ketika dia pernah menganggap masa depannya hancur apabila tidak dapat menguruskan diri dan hanya mampu terlantar hampir dua tahun.

“Masa tu Yaya tingkatan empat, Yaya diserang demam panas kemudian kedua-dua mata tidak dapat melihat dan doktor juga beritahu gegendang telinga Yaya pecah. Yaya terpaksa berhenti sekolah awal dan ketika itu Yaya terlantar...hanya kepala sahaja yang dapat bergerak.

“Tapi, alhamdulillah berkat dorongan mama dan abah, Yaya bangkit semula dan mereka berdua yang banyak membantu Yaya untuk melakukan fisioterapi di rumah sehinggalah sekarang ini Yaya dapat bergerak menggunakan kerusi roda walaupun kaki sebelah kiri belum pulih dan tak dapat bergerak,” katanya.

Buat Kuih Bakul Kerana Adanya Permintaan

“Sebenarnya kuih bakul ini Yaya hasilkan setiap bulan kerana ada permintaan daripada pelanggan. Selain kuih bakul, Yaya turut menjual kuih bulan yang menawarkan 29 perisa dan ia dijual dengan harga RM6 hingga RM14 mengikut saiz.

Mahu Buka Bengkel Buat Kuih Bakul

“Lepas ini, insya-Allah Yaya nak kembangkan lagi bisnes dan berhasrat untuk buka bengkel serta menggaji pekerja sebab nak buat seorang diri dengan kuantiti yang lebih banyak memang tak mampu,” katanya. Beliau yang tidak pernah mendapat apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak turut berharap agar kerajaan negeri membantunya untuk merealisasikan harapan membina sebuah bengkel bagi memudahkan urusannya.

“Ini sahaja yang Yaya mampu buat untuk masa sekarang...Yaya tak pernah mengikuti mana-mana kursus dan tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Yaya harap sangat ada pihak yang sudi membantu,” katanya. - Bernama.
.
Jadi inspirasi tak buat anda? Saya secara peribadi memang tertarik dengan keazaman dan kecekalan Yaya ni. Dah la masih muda, OKU, lepas tu tak ada pun sijil SPM .. namum mampu berjaya dengan belajar sesuatu yang bermanfaat dari laman sosial FB untuk mencari pendapatan sendiri.
[Baca] Kerja Sambilan di Rumah Untuk Surirumah - Sumber Income Kedua Sara Kehidupan
Nak-nak lagi, ia dibuat atas usaha sendiri tanpa bantuan daripada pihak luar.

Yaya - gadis 20 tahun yang lumpuh jadi tauke kuih bakul, hanya belajar dari FB ... jika Yaya boleh, kita juga boleh .. ye tak? Kurang dah alasan untuk tidak berjaya dengan kerja dari rumah.

Sumber: Bernama

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

4 Komen

Terbaik kisah2 mcm ni..dpt mjadi teladan utk kita lebih berusaha dan berjaya seperti yaya 2..

Reply

Kagum betul sbb nak buat kuih bakul bukan senang ooo .. lagi2 kalau buat manual .. selalu tu buat pakai mesin kat kilang.

Tu kot yang buatkan resepi kuih bakul ni sedap sampai ke luar negara.

Reply

Tabahnya beliau.. Respect sangat. Terharu tengok ;-(

Reply

Memang respek habis dengan dia. Boleh dijadikan teladan buat mereka yang tidak punya cacat cela untuk terus bermalasan.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.