Skip to main content

Cara Saya Sokong Kempen Bebas Plastik

Jika anda ikuti blog saya rapat-rapat, tentu anda sedar bahawa saya dan keluarga adalah antara yang menyokong kempen bebas plastik dan bekas polisterin. Walaupun kadang-kadang kami terbabas juga, namun kami tak berhenti dan terus-terusan lakukan sesuatu yang terbaik untuk kelestarian alam sekitar.

Sebagai seorang bekas penyelidik USM yang pernah terbabit dengan beberapa rakan pelajar Masters dan PHD yang buat kajian mengenai kelestarian alam; saya telah nampak dan sedar bahawa bumi kita sudah sangat teruk dirosakkan. Jadi, atas kesedaran yang anda, dan teringat akan peringatan Allah S.W.T akan kebinasaan yang dilakukan oleh manusia, maka saya selagi mampu dan boleh buat cara saya sendiri untuk sokong kempen murni menyelamatkan alam sekitar.

4 Cara Saya Menyokong Kempen Bebas Plastik

Cara Saya Sokong Kempen Bebas Plastik
Perak, negeri kelahiran saya sudah pun memulakan langkah untuk memastikan Perak bersih dan bebas dari plastik dan bekas polisterin. Saya sokong langkah ini, walaupun saya bermastautin di Penang. Seperti negeri Perak, di Penang juga melaksanakan pengasingan sisa pepejal dari punca, dan itulah antara yang saya lakukan di rumah - mengasingkan sisa sampah dan bahan buangan.

Apabila kerajaan Perak mengumumkan bahawa mereka akan laksanakan sepenuhnya larangan penggunaan plastik terutama di pasaraya dan kedai runcit; maka saya mulakan langkah dengan cara saya sendiri.


  1. Isteri saya sudah mula beli makanan di kedai dengan bawa mangkuk tingkat sendiri dari rumah. Jadi, isi lauk yang dibeli tidak lagi gunakan plastik, tetapi mangkuk tingkat. Bila guna mangkuk tingkat, anda bukan sekadar elakkan guna beg plastik, tetapi juga anda boleh dapat harga lebih murah .. huhu .. percayalah.
  2. Bawa plakstik dan bekas bungkus sendiri dari rumah, dan kitar semula penggunaannya. Di rumah saya ada banyak beg-beg kertas dan beg woven, bila nak shopping .. boleh bawa untuk gantikan beg plastik.
  3. Gunakan kotak terpakai. Ini baru sahaja saya gunakan semasa beli belah di Mydin, Parit Buntar. Anda boleh mintak kotak untuk letakkan barang-barang yang dibeli. Jadi, tak perlulah gunakan beg plastik. 
  4. Jika anda ke pasar basah, boleh juga kurangkan guna beg plastik. Dari anda minta plastik untuk setiap barangan yang dibeli, elok anda masukkan sekali dalam satu plastik sahaja. Tapi lebih elok kalau anda bawa plastik sendiri dari rumah (kitar semula) dan juga bakul.

Cara Saya Sokong Kempen Bebas Plastik
Ada banyak cara untuk sokong apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan kelestarian alam sekitar. Benda baik elok sokong.

Hmm .. ada setengah dari kita marah bila kena caj untuk gunakan beg plastik di pasaraya. Dan marah juga pada PBT tempatan naikkan cukai pintu sebab nak uruskan tapak pelupusan sampah. Kita semua tahu nak marah .. marah dan marah ... tapi tak lakukan sesuatu yang boleh berikan manfaat pada orang lain.


Anda tak mahu kena caj guna beg plastik, maka usahalah untuk ganti cara, usahalah untuk bersama dengan kempen kitar semula. Usahalah untuk sokong kempen bebas plastik dan bekas polisterin... ia bukan sebab keuntungan ... tetapi sebab mahu anak cucu anda kelak dapat merasai alam dengan lebih bersih, lebih segar. Jangan sampai semua hutan, semua kawasan lapang dijadikan tapak pelupusan sampah .. hanya kerana mahu tunggu si plastik mengurai dalam tanah.

Comments

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.