Saya nak ucapkan terima kasih pada kakitangan Lexis Suites Penang yang jujur dan bertanggungjawab. Sebab apa? Hmm .. anda kena baca blog post saya dari awal hingga habis ye. Kalau fikirkan post saya ni enak ... maka, jangan lupa untuk share. Orang buat baik, kita kena hargai dan viralkan .. ye tak? Hehehe...

Semuanya berlaku atas satu sebab sahaja - iaitu Jaket Kulit yang saya beli dari Bandung, Indonesia. Inilah baju kulit original yang menjadi hadiah untuk diri saya semasa bercuti dengan keluarga ke Bandung di tahun 2014.

Terima Kasih Kakitangan Lexis Suites Penang

Terima kasih pada kakitangan Lexis Suites Penang yang sudi simpankan baju jaket kulit saya ini sehingga saya datang mengambilnya. Hmm kalaulah kakitangan hotel itu tidak jujur dan amanah, pasti jaket kulit itu ntah ke mana-mana dah.

Saya sebenarnya terlupa akan jaket kulit ni. Saya sangkut di dalam almari ...

Semasa nak check-out, masing-masing terlupa akan jaket kulit kesayangan saya ni. Yelah, mungkin sebab nak balik awal .. jadi, terlupa lihat apa yang masih tertinggal di dalam bilik hotel.

Isteri saya dah pun ingat, tetapi saat-saat nak keluar bilik hotel boleh pula terlupa. Samalah juga dengan saya. Aiyo ..

Ketika otw balik, menghala ke Jambatan Sultan Abdul Halim (Second Penang Bridge) .. saya tanya ..

"Mana jaket kulit abah?" saya tanya pada salah seorang anak.
"Takde pun Bah kat belakang ...." kata salah seorang dari anak saya ...
Sah. Memang tertinggal. Masa tu, saya dah fikir bukan-bukan dah. Adoi .. abislah tak dapat jumpa dah jaket tu. Hmm nak beli baru ... uhh mana sama ooo kualiti yang dijual kat Bandung tu, apatah lagi nak dapat dengan harga yang murah. Jahit tangan weihhh ....

Saya pun telefon pihak Hotel Lexis Suites Penang.

"Hello, Saya Hasrul .. tadi menginap di bilik 711"
"Ya Encik, apa boleh kami bantu?"
"Saya tertinggal satu jaket kulit warna perang kat bilik .. boleh tolong periksa"
"Ok Encik, nanti saya akan beritahu room service untuk tengok bilik Encik, jika jaket kulit tersebut masih ada .. kami akan maklumkan"

Hmmm .. lega sikit tapi belum lega betul-betul ... sebab dia kata dia akan periksa bilik. Andai tak ada? Andai sudah dilarikan orang? Ohh tidakkkkk ...

Dapat Telefon Dari Pihak Hotel

Saya tunggu respon. Masa tu dah nak sampai pun ke destinasi ... iaitu rumah saya yang terletak di Nibong Tebal, Penang.

Telefon berbunyi ...

"Hello Encik, kami ada jumpa jaket kulit Encik .."

Dia berikan deskripsi jaket kulit ... yup .. memang saya punya. Kakitangan hotel pun tanya saya, samada saya nak ambil sekarang atau di lain waktu ..

Saya terus potong ...

"Saya akan datang kembali ke hotel pada 24 Disember 2016 ... boleh simpankan?"

Pihak kakitangan hotel kata mereka akan simpan jaket kulit saya dan berikan pada 24 Disember ... fuh .. masa tu baru rasa lega betul-betul.

Alhamdulillah, saya dapat kembali jaket kulit saya... pada kali ketiga kami sekeluarga bercuti di Lexis Suites Penang. :)
Saya dapat jaket kulit saya dibungkus dalam satu bungkusan yang elok. Diberikan dengan senyum manis seorang kakitangan hotel yang hantar ke bilik. Ya ,, terus hantar ke bilik tempat saya dan keluarga menginap .. tak banyak soal, malah kakitangan hotel ucapkan maaf kepada saya ... haha .. atas sebab apa pun saya tak tahu ...
[Baca] Cibaduyut Bandung .. Syurga Sepatu Kulit
Tapi itulah, terima kasih pada kakitangan hotel yang telah berikan kerjasama yang sangat baik, dan simpan jaket kulit saya tanpa sebarang cacat cela.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

3 Komen

Alhamdulillah, masih rezeki tuan kan

Reply

bagus betul customer service hotel tu..terbaik

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.