Langkau ke kandungan utama

Cari Homestay Selesa & Strategik di Melaka - Oh My Melaka Homestay

Masih bermasalah untuk memilih homestay yang selesa di Melaka? Mencari lokasi homestay yang paling strategik? Mengapa tidak anda memilih Oh My Melaka Homestay yang menjanjikan anda sebuah penginapana homestay super selesa dengan lokasi paling strategik untuk meneroka negeri bersejarah ini?

Ini sekadar cadangan daripada saya. Pun begitu, anda boleh lihat dulu review ringkas ini mengenai Oh My Melaka Homestay - homestay paling selesa dan strategik di Melaka!

Cari Homestay Selesa dan Strategik di Melaka

Cari Homestay Selesa Strategik Melaka
Sesesetengah daripada kita agak cerewet bila bercakap soal penginapan semasa percutian. Saya sendiri kadang-kala agak memilih soal penginapan ini. Sebabnya ialah, saya selalu bercuti dengan keluarga. Jadinya, bila sebut keluarga .. ia tentulah lebih daripada 2 orang.

Maka itu. saya memerlukan sebuah penginapan yang cukup selesa buat semua, paling tidak untuk anak-anak saya.

Saya lihat Oh My Melaka Homestay memberikan kelebihan dan kemudahan sebuah homestay yang selesa. Homestay ini adalah sebuah rumah 2 tingkat dan berkeluasan 24'x70'. Jadi, dari situ, boleh buat anggaran kasar bahawa homestay ini boleh memuatkan 12 - 15 orang pada sesuatu masa... tanpa sedikit pun menidakkan soal keselesaan penghuninya.

Kelebihan Oh My Melaka Homestay Dari Segi Keselesaan

Cari Homestay Selesa Strategik Melaka
Ruang tamu di bahagian bawah rumah penginapan ini memang sangat luas. Begitu juga ruang dapur untuk memasak. Semua kelihatan kemas serta bersih.

Homestay ini ada 3 bilik yang cukup luas untuk penginapan sebuah keluarga:
  • Bilik 1 - Katil bersaiz queen (x1) dengan penghawa dingin.
  • Bilik 2 - Katil bersaiz queen (x1) dengan penghawa dingin.
  • Bilik 3 - Katil single (x2) dengan kipas angin.
Oh My Melaka Homestay Selesa dan Strategik
Bahagian Dapur Luas Selesa Homestay Melaka
Selain kemudahan bilik tidur yang selesa, Oh My Melaka Homestay juga menyediakan kemudahan berikut untuk para penghuni:
  • TV skrin leper + Saluran satelit Njoi
  • Dapur + peralatan memasak
  • Peti ais
  • Sofa
  • Meja makan
  • Seterika + iron board
  • Tuala + sabun badan + syampu
  • Sejadah + telekung solat
  • Minuman sachet 3 in 1
Kemudahan memang lengkap, dan sangat sesuai untuk penginapan berkeluarga, malah untuk semua - termasuklah backpackers, pasangan baru bernikah, atau sekadar percutian bersama rakan pejabat.

Peta Lokasi Strategik Oh My Melaka Homestay

Berdasarkan kepada peta lokasi Oh My Melaka Homestay, ia merupakan antara homestay yang paling strategik untuk sebuah percutian yang best di Melaka. Ia pilihan yang seharusnya anda fikirkan... tak gitu?

Cuba refer pada peta Google di bawah, lokasi strategik Oh My Melaka Homestay ini.


Berdasarkan daripada peta homestay di atas, lokasi homestay ini boleh dikatakan sangat hampir dengan Tesco Cheng. Jadi, mudahlah buat penginap untuk shopping barangan dapur (jika mahu).

Lokasi Menarik Berdekatan Homestay

Bagi memudahkan anda untuk buat lawatan sekitar Melaka dari homestay ini, saya senaraikan beberapa lokasi tempat menarik sekitar Melaka, dan anggaran masa atau tempoh perjalanan dari homestay ini:

  • Ayer Keroh - Zoo Melaka, Taman Buaya, Bayou Lagoon, MITC, Malacca Wonderland, Coconut Shake Batu Berendam - 10 hingga 15 minit waktu perjalanan
  • Simpang Empat - Freeport A'Famosa Outlet, A'Famosa Resort - 15 hingga 20 minit waktu perjalanan.
  • Dataran Klebang - Pantai Klebang, Coconut Shake Klebang, Kuih Keria Antarabangsa - 15 hingga 20 minit waktu perjalanan
  • Banda Hilir - Dataran Pahlawan, Jonker Walk, Menara Taming Sari, Melaka River Cruise - 20 hingga 25 minit waktu perjalanan 

Hmm .. hampir semua tempat menarik, terutama lokasi untuk lawatan dan tempat shopping berada tidak jauh dari homestay ini, malah masa perjalanannya pun kurang daripada 40 minit.

Cari Tempat Makan Sedap?

Homestay ini juga hampir dengan beberapa tempat makan popular di Melaka. Aha .. kalau anda kaki makan yang sedang bercuti ke Melaka, pasti tidak mahu lepaskan peluang untuk merasa keenakkan masakan Melaka yang unik, antaranya ialah:

  • Asam Pedas Pasar Borong
  • Asam Pedas Hajah Rahmah
  • Coconut Shake Batu Berendam
  • Nasi Ayam Gemas

Kesemua lokasi tempat makan di atas mengambil masa kurang dari 15 minit sahaja. 

Kemudahan Awam Sekitar Homestay

Satu lagi perkara penting bila nak pilih homestay yang lokasinya strategik ialah akses kepada kemudahan-kemudahan umum, contohnya bank, stesen minyak, kedai serbaneka, kedai 24 jam, pasaraya, dan pastinya akses dari/ke Lebuhraya Utara-Selatan.

Oh My Melaka Homestay ada kelebihan ini. Semua kemudahan yang penting adalah dekat dan mudah untuk diakses. Jadi, anda tidak perlu risau (boleh refer pada Google Map).

Harga Penginapan

Tempah Online Homestay Selesa Strategik Melaka
Harga penginapan di Oh My Melaka Homestay pula bermula dari RM230 untuk semalam. Cukup berpatutan untuk sebuah rumah teres dua tingkat dengan kemudahan lengkap 3 bilik tidur. Jika anda datang dan menginap bersama 3 keluarga, setiap keluarga hanya perlu keluarkan bajet dalam RM77 semalam!

Uh berbaloi kot ....

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, boleh hubungi dengan cara berikut:


Testimonial dan Gambar Homestay

Berikut pula adalah beberapa testimoni dan komen penginap di homestay ini...
Rekomendasi Penginapan oleh Penginap Homestay Melaka
Orait, saya jamu mata anda dengan beberapa gambar Oh My Melaka Homestay ini ... homestay yang cukup selesa dan strategik di negeri Melaka .. anda pasti pilih !!
Cari Homestay Selesa Strategik Melaka
Cari Homestay Selesa Strategik Melaka
Cari Homestay Selesa Strategik Melaka
Cari Homestay Selesa Strategik Melaka



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…