Adakah anda mahu pelepasan tafsiran cukai sebanyak RM12,000? Jika anda mahukan pelepasan tafsiran cukai ini, maka saya syorkan anda untuk menyimpan di dalam SSPN-i dan SSPN-i Plus sebelum 31 Disember 2017. Anda bukan setakat pelepasan cukai, tetapi memastikan bahawa pendidikan anak-anak anda terjamin di masa akan datang.

Sebelum itu, saya mohon maaf kerana terlewat memberitahu mengenai perkara ini. Sepatutnya saya dah war-warkan pada bulan Oktober 2016 hari tu, tetapi saya asyik terlupa sehinggalah isteri saya menambah simpanan SSPN-i dan SSPN-i Plus untuk anak-anak saya. Ketika itu, baru saya teringata akan promosi akhir tahun pihak PTPTN untuk SSPN-i dan SSPN-i Plus ini. Maafkan saya ... huhu...

Mahu Pelepasan Tafsiran Cukai Sehingga RM12,000 - Simpan Di SSPN-i atau SSPN-i Plus

Promosi SSPN-i dan SSPN-i Plus PTPTN
Jika anda mahukan pelepasan tafsiran cukai sebanyak RM12,000 .. maka, buatlah simpanan dalam SSPN-i dan SSPN-i Plus seberapa segera. Anda masih ada masa dan peluang untuk berbuat demikian.

Dengan simpanan anda sebelum 31 Disember 2016, anda bakal layak untuk peroleh pelepasan tafsiran cukai sebanyak RM12,000 (SSPN-i Plus) dan RM6,000 (SSPN-i). Malah, anda bakal dapat lebih manfaat dari apa yang anda nampak ... :)

Kelebihan Simpan di SSPN-i dan SSPN-i Plus

Berikut adalah kelebihan buat anda jika anda menyimpan di dalam SSPN-i dan SSPN-i Plus:
  1. Patuh syariah.
  2. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.
  3. Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
  4. Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal (kemalangan) sehingga RM 1 000 000.00.
  5. Tiada pemeriksaan kesihatan.
  6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  7. Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.
  8. Layak memohon pembiayaan pendidikan.
  9. Simpanan dijamin oleh Kerajaan.

Daftar dan Buka Akaun SSPN-i Secara Online

Jika anda berminat untuk membuat simpanan, dan mahu info lebih lanjut berkaitan simpanan SSPN-i dan SSPN-i Plus ini, anda boleh terus ke pautan di bawah:
[+] Daftar SSPN-i secara online - Laman SSPN-i
Anda akan terus di bawa ke halaman di bawah, dan terus sahaja klik pembukaan akaun. Anda boleh buka akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus secara online samada untuk anak anda atau diri anda sendiri.
Cara Buka Akaun SSPN-i Secara Online
Anda kemudian diminta untuk isi maklumat yang berkaitan, seterusnya memilih pakej simpanan SSPN-i atau SSPN-i Plus yang disediakan. Terdapat beberapa pelan simpanan yang dikhususkan kepada anda, dan diletakkan di dalam pakej-pakej tertentu.

Pakej Simpanan SSPN-i

Berikut adalah enam (6) pakej simpanan SSPN-i yang telah disediakan. Jumlah komitmen bulanan adalah jumlah yang perlu anda masukkan setiap bulan ke dalam akaun SSPN-i ini.
Pakej Simpanan SSPN-i PTPTN
Pembukaan akaun sangat mudah, dan anda boleh terus masukkan wang simpanan menerusi portal pembayaran yang telah disediakan. Malah, anda tidak memerlukan sebarang dokumen sokongan pun untuk membuka akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus ini.

Peluang Menang Sebuah Kereta Baru

Dan bukan anda akan dapat pelepasan tafsiran cukai sebanyak RM12,000, anda juga berpeluang untuk menang hadiah menarik lagi lumayan menerusi Cabutan WOW SSPN-i.
Pelepasan Tafsiran Cukai Sehingga RM12,000 - Simpan Di SSPN-i atau SSPN-i Plus
Dan berita baiknya lagi, anda juga bakal berpeluang untuk menang sebuah kereta Honda Jazz baru dalam Cabutan SSPN-i suku tahun yang dianjurkan oleh pihak PTPTN. Lihat paster promosi di bawah ini ... mengujakan tak? Anda simpan untuk tabung pendidikan di masa akan datang, samada untuk diri anda mahupun anak anda, dan anda boleh menang sebuah kereta baru dan wang tunai RM2,000!
Cabutan Bertuah SSPN-i dan SSPN-i Plus
Daftar secara online sekarang untuk tidak terlepas peluang ini. Anda boleh terus klik pautan saya berikan di bawah ini, dan terus klik pembukaan akaun. Ia sangat mudah, cepat, dan selamat.
[+] Daftar Online SSPN-i dan SSPN-i Plus
Simpanlah untuk masa depan pendidikan. Anda simpan, anda dapat pelepasan tafsiran cukai dan boleh menang hadiah lumayan sebuah kereta ... uhh ... tak best lagi ke? Tak ada rugi pun .. malah anda untung berganda-ganda.

Simpanlah sekarang di SSPN-i dan SSPN-i Plus.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement