Langkau ke kandungan utama

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

Jika anda mahu membeli tayar, maka pastikan anda baca info mengenai tayar baru ini untuk elakkan anda dari ditipu oleh bengkel dan kedai yang menjual tayar kenderaan. Sudah banyak kes pelanggan ditipu oleh penjual, bengkel dan kedai menjual tayar. Ada tu siap naikkan banner promosi harga tayar murah walhal tayar yang dijual adalah tayar lama yang dah expired.

Tayar yang sebegitu sebenarnya bahaya untuk digunakan. Saya ada kongsikan tips untuk elak ditipu oleh penjual dan bengkel kedai tayar. Anda boleh baca dan jadikan ia sebagai panduan untuk mengelakkan diri anda daripada terbeli tayar yang boleh membahayakan keselamatan anda. Seandainya terpaksa juga beli, pastikan anda beli dengan nilai yang sepatutnya. Jangan biarkan mereka kaut untung mudah dalam keadaan anda terdedah kepada bahaya.

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui
Untuk itu, saya syorkan anda baca panduan dan info di bawah ini mengenai tayar baru. Ia berkaitan spesifikasi dan butiran mengenai tayar baru yang anda boleh peroleh dengan membaca kod yang tersedia pada tayar baru tersebut. Paling tidak, anda harus dan wajib tahu samada tayar baru yang bakal anda beli itu sudah lebih tarikh luput pengeluaran atau penggunaan.

Berikut ialah senarai kod yang patut kita semua tahu - untuk Malaysia.

1. Kod Tayar Kenderaan


Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui
Contoh '195/55/R1687V' bermaksud:

195 = Lebar; 55 = Tinggi; R = Radial; 16 = Saiz/Rim; 87 = Had Maksimum Bebanan; V = 240km/j

Simbol huruf pada akhir kod tayar baru bermaksud had kelajuan maksimum tayar tersebut boleh dicapai. Maksud simbol huruf tersebut adalah seperti di bawah ini. Penggunaannya adalah mengikut jenama tayar.

  • S = Maksimum Had Laju 180 km/jam
  • T = Maksimum Had Laju 190 km/jam
  • U = Maksimum Had Laju 200 km/jam
  • H = Maksimum Had Laju 210km/jam
  • V = Maksimum Had Laju 240 km/jam
  • Z = Maksimum Had Laju 240 km/jam
  • W = Maksimum Had Laju 270 km/jam
  • Y = Maksimum Had Laju 300 km/jam

Untuk sesetengah tayar, terutama tayar di negara yang mempunyai empat musim, ada tambahan kod disertakan iaitu M+S selain daripada kod tayar untuk penggunaan khusus jenama kereta tertentu seperti Ferrari, BMW dan lain-lain. Untuk info lanjut boleh rujuk sini - https://www.kwik-fit.com/tyres/information/writing-on-my-tyres

2. Tarikh Luput Tayar

Tarikh Luput Tayar Kenderaan
Di sisi tayar selalunya selepas kod tayar, anda akan nampak 4 angka seperti di atas. Ia tercatat di sisi tayar baru anda.

Contoh - 1315 ..
Indeks ini menunjukkan bahawa tayar baru tersebut dikilangkan pada minggu ke-13 tahun 2015.

Untuk info dan panduan anda, tempoh penggunaan tayar adalah selama lima (5) tahun dari tarikh tayar dikeluarkan atau dikilangkan. Selagi ia tidak terlebih daripada tempoh ini, tayar baru tersebut dianggap selamat dan boleh lagi digunakan.

Kenapa Tempoh Tayar 5 Tahun Sahaja?

Kenapa 5 tahun? Tayar baru yang berusia lebih daripada lima (5) tahun sebenarnya masih boleh digunakan tetapi keadaan tayar telah menjadi keras dan sangat tidak selesa untuk pemanduan. Malah, dalam satu aspek lain, penggunaan tayar lebih 5 tahun usianya dari tarikh kilang adalah tidak selamat dan boleh mendatangkan bahaya. Tayar yang lebih usia 5 tahun, getah tayar sudah tamat tempoh dan penggunaannya boleh dianggap sebagai luput (expired).

Seandainya anda ingin menukar tayar kenderaan anda kepada tayar baru, pastikan tahun pengeluarannya adalah tahun terkini, contohnya berakhir dengan XX16 (2016). Dan seandainya anda membeli tayar baru yang tahun keluaran tercatit lebih daripada tahun semasa, anda boleh minta diskaun antara 20-30 peratus harga asal.

Satu lagi tips daripada saya, jika anda menggunakan kenderaan sudah lebih daripada 4-5 tahun, sila periksa tayar kenderaan anda terutama bunga tayar - adakah ia semakin menipis atau masih tebal. Cuba buat gantian tayar secara rotation - tayar belakang tukar ke depan, tayar kiri tukar ke kanan setiap 6 bulan atau 1 tahun, untuk memanjangkan jangka-hayat tayar anda, dan supaya sesaran tayar lebih baik.

Untuk pelbagai tips mengenai penjagaan kereta dan kenderaan anda, boleh dapatkan panduan ini - Tips Jaga Kereta Sendiri - Jimatkan Kos



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…