19 Disember 2016

Dee Cendol - Ada Menu Cendol Unik

Kalau anda tersesat ke Parit Buntar waktu petang, bolehlah cuba singgah pekena Dee Cendol. Dee Cendol antara gerai makanan yang mula mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan, khususnya mereka yang mahu bersantai petang di tepian Sungai Kerian.

Dee Cendol ada macam-macam menu. Antaranya Kerang Rebus, Mee Rebus, Cucur Udang. Pecal, Laksa, Ais Kacang dan banyak lagi. Namun, paling special tentulah Cendol Kacang Merah dan Cendol Pulut. Dan antara yang rare ialah Cendol Nangka, Cendol Tapai dan Cendol Durian.

Macam-Macam Jenis Cendol di Dee Cendol, Parit Buntar

Cendol Kacang Merah dan Cendol Pulut. Dan antara yang rare ialah Cendol Nangka, Cendol Tapai dan Cendol Durian
Dee Cendol dah agak lama dibuka di gerai tepian Sungai Kerian ni. Kalau daripada jalan besar (dari arah jam besar), ikut laluan jalan tepian Sungai Kerian, baru boleh perasan wujudnya kedai ini. Pun begitu, ia agak tersorok sebenarnya ... nasib baik ada kain rentang dan papan tanda yang tunjukkan lokasi sebenar Dee Cendol.
[Baca] Shell-Out Makanan Laut Segar dan Murah di D'Paradise Parit Buntar
Landmark paling jelas ialah tangki air sebelah jambatan menyeberang ke pekan kecil Bandar Baharu, Kedah. Kalau nampak tangki air ni, maknanya anda dah sampai ke Dee Cendol. Pandang je kiri kanan, in Sha Allah akan nampak gerai Dee Cendol yang letaknya di barisan gerai-gerai lain.
Dee Cendol - Ada Menu Cendol Unik
Harga makanan di Dee Cendol boleh dikatakan berpatutan. Cuma yang tak berapa best ialah di tempat makan ini tak ada tempat nak basuh tangan secara khusus. Cuma inisiatif pemilik kedai je yang ada sediakan tong air untuk basuh tangan.

Waktu petang memang layan melepak di Dee Cendol ni. Lagi-lagi tengah panas, uhhh sejuk tekak pekena Dee Cendol. Nak-nak lagi ada menu Cendol yang lain daripada yang lain....huhu .. setakat yang saya tahu, tak ada lagi kedai makan yang sediakan Cendol Tapai, Cendol Durian dan Cendol Nangka macam yang ada di Dee Cendol ni.
[Baca] Parit Buntar, Lokasi Popular Untuk Memancing Udang Galah
Saya lak ... masih belum dapat lagi merasa istimewanya aneka cendol yang ada. Setakat ini, saya cuma dapat merasa Cendol Kacang Merah ... yang lain samada dah habis atau bekalan bahan tu tak ada .. huhu.

Jadi, kalau anda ada kesempatan, bolehlah anda ke sini .. merasa sendiri menu cendol istimewa yang ada.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

4 Komen Dee Cendol - Ada Menu Cendol Unik

cendol tu..sedap nampaknya...ada resipi tak HH? =)

Tak pernah lagi buat Cendol sendiri bang ... so tak ada rresepi .. haha.

assalamualaikum bro...menarik info ni.terima kasih add sy dlm bloglist :)

SEMUA NI DA RASA!!! tolak tepi cendol durian sbb Unni tak makan durian hahahahaha.. memang sedap la, lagi2 kalau mak buat perhhhh terus trsa nk suruh mak buat je skg!! hihih


EmoticonEmoticon