HASRULHASSAN.COM kini mencapai hits sebanyak 21.3 juta pageviews! Ok. Tidaklah hebat mana, tapi alhamdulillah, ia satu pencapaian peribadi saya sebagai seorang house husband dan blogger sepenuh masa yang berdiri atas jenama sendiri. Bukan mudah nak dapat hits sebanyak tu. Untuk sebuah blog yang dah wujud sejak Ogos 2010, saya fikir trafik begitu boleh dibanggakan... huhu.

Dan sejak blog diterima ramai pembaca, pendapatan menerusi menulis blog juga semakin baik. Walaupun ianya tidak mencecah puluh ribu sebulan - seperti yang didakwa sesetengah blogger tapi alhamdulillah, duit income blog boleh tampung perbelanjaan seharian.

Blog Kini 21.3 Juta Pageviews

Blog Kini 21.3 Juta Pageviews
21.3 juta pageviews. Fuh .. dari merangkak nak dapat trafik, blog saya dah boleh dikatakan 'berlari' untuk jana trafik sendiri tanpa kemaskini baru. Untung saya belajar mengenai seni SEO semasa awal ambil langkah untuk jadi seorang house husband dan blogger sepenuh masa. SEO adalah antara teknik menulis blog yang telah memberikan impak sangat positif pada trafik blog ini.

Menerusi SEO, saya boleh menulis sesebuah entri yang dapat menarik perhatian orang untuk klik dan baca menerusi carian mereka di Google. Untung-untung, saya boleh dapat sedikit sebanyak komisen dengan hasil carian mereka itu.

Teknik Untuk Dapatkan Trafik Tinggi dengan Mudah

Tapi sekarang sudah ada teknik dan cara lain untuk mendapatkan trafik yang tinggi. Saya pernah ceritakan dua teknik ini - iaitu:
  1. Menerusi laman sosial Facebook - Group dan Fanpage
  2. Menerusi lynk.my - Laman yang memberikan servis untuk mempromosikan artikel dan blog anda

Facebook - bantu viralkan entri dan blog post anda. Jika topik itu kena dengan situasi semasa pengguna FB, maka mudahlah entri anda menjadi viral dan dikongsikan ramai pihak. Dalam teknik ini, anda perlu ada gambar yang baik, serta pengisian yang mantap. Tak boleh buat sambil lewa ... selalunya entri tersebut berkaitan yang boleh berikan impak positif dalam kehidupan.
Teknik mudah untuk dapatkan trafik blog yang tinggi
Lynk.my - anda mahu trafik tinggi, maka anda bayar. Setiap sen yang anda laburkan menerusi sistem Lynk.my akan memberikan trafik yang diluar jangkauan anda. Malah, di masa yang sama .. anda juga boleh buat duit secara online menerusi sistem Lynk.my itu sendiri. Trafik tinggi untuk blog - anda dapat, income online pun anda akan dapat. Memang best!
[Klik] Jana Trafik ke Blog Menerusi Lynk.my. Pendaftaran adalah Percuma!
Namun, saya lebih suka cadangkan untuk blog bisnes dan perniagaan untuk guna teknik Lynk ni. Ia lebih berbaloi daripada anda promosi blog biasa-biasa anda. Jika anda ada produk nak perkenalkan dan dapatkan trafik untuk promosi produk tersebut, maka saya syorkan anda gunakan Lynk.my ini untuk jana trafik.

Jadi sekarang, saya dah beritahu ada 3 teknik yang boleh berikan trafik tinggi untuk blog anda. Bukan trafik biasa-biasa ye .. tapi trafik yang luar biasa .. sehingga puluh ribu pageviews sehari ... hanya untuk satu atau dua blog post. Memang seronok anda melihat entri berjaya mencanakkan pageviews blog anda.

Pun begitu, saya sukacita juga nak maklumkan bahawa .. tanpa follower ... blog anda juga tidak mudah untuk dikenali. Mungkin boleh dapat trafik tinggi menerusi 3 kaedah tadi, tapi .... blog anda akan kekal sebagai blog anda, dan bukan sebagai satu jenama yang boleh bantu anda untuk pergi lebih jauh sebagai seorang penulis blog.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement