Tips Dapatkan Kos Iklan FB Murah

Hari ini saya menerima satu email, tajuknya 5 Tips Untuk Dapatkan Kos Iklan Murah. Saya ingatkan kos iklan di media massa atau media cetak, rupanya apa yang dikatakan adalah kos iklan murah di Facebook. Tips tersebut dikongsikan oleh saudara Khairi Ariff, seorang bintang baru dalam online marketing di Malaysia. Kepakarannya tentulah mengenai pengiklanan berbayar di Facebook.

Beliau telah mengasaskan LikeMethod Tribe, yang baru-baru ini menjadi trending di laman sosial Facebook. Kalau orang yang galak menggunakan pemasaran Facebook, tentu dah mengetahui mengenai group LikeMethod Tribe ini. Ada banyak perkongsian hebat dan bermanfaat untuk orang berniaga online di dalam LikeMethod Tribe. Lepas tu, ia disokong oleh ramai otai-otai pemasaran, termasuklah juara-juara affiliate Malaysia.

5 Tips Dapatkan Kos Iklan FB Murah

LikeMethod Tribe - Tips Dapatkan Kos Iklan FB Murah
Saya secara peribadi tak kenal siapa pun Khairi Ariff ini. Namanya muncul di email disebabkan saya suka langgan banyak tips dan panduan pemasaran online dari otai-otai dan pakar di Malaysia termasuklah Wazeen Azizan (Kursus Shopievo), Muaz Hadi (Infokerjaya), Aqif Azizan (WriteToWealth), Firdaus Azizi (Sifu Facebook Ads), Wan Mus (Sifu Adwords), Najib Asaddok (Pakar Affiliate), Faisal Abdullah dan ramai lagi yang tak mampu saya nak senaraikan.

Walaupun saya tak kenal, tapi saya tetap ambil ilmu yang disampaikan kepada saya sebagai peluang untuk belajar benda baru. Dan kerana sifat saya yang suka berkongsi apa yang telah saya terima, maka saya terbitkan 5 tips dapatkan kos iklan FB murah untuk bacaan anda. Manalah tahu, kot-kot anda boleh dapat sesuatu dan dimanfaatkan sebaiknya.

Panduan dan Tips Untuk Dapatkan Kos Iklan Murah

Mari lihat dan baca apa yang telah disampaikan oleh Khairi Ariff ini:
Tips Dapatkan Kos Iklan FB Murah
Berikut adalah perkongsian mengenai 5 tips untuk dapatkan kos iklan yang murah di Facebook:

    1. Letak Budget Untuk Adset Maksimum RM10 Sehari
    Kenapa? Sebab kalau letak daily budget tinggi-tinggi, selalunya FB akan makan duit anda dengan sesuka hati

    2. Pastikan Anda Launch At Least 2 Iklan Dalam 1 Adset
    Kenapa? Anda nak tengok iklan mana yang boleh bagi kos yang lebih rendah. Biasanya saya akan tukar salah satu benda saja dalam iklan tu. Contoh jika saya promote Like Method.
    • Iklan 1: Saya guna gambar logo Like Method
    • Iklan 2: Saya guna gambar artis pakai baju Like Method
    Dari situ saya akan tengok, iklan mana yang boleh bagi kos lebih rendah & pause iklan yang lagi satu tu.

    3. Tutup Iklan Pada Masa Cuti Umum
    Kenapa? Sebab pada masa cuti, selalunya orang tak banyak membeli dan kurang online.
    Anda hanya akan bazirkan duit sahaja.

    4. Gunakan Gambar Iklan Yang Berwarna-Warni
    Kenapa? Sebab gambar merupakan benda yang paling penting dalam FB Ads.
    Jika anda gunakan iklan yang berwarna terang, ia akan menarik perhatian prospek anda untuk klik iklan tersebut

    5. Target Android Smart Phone Sahaja
    Ikut dari pengalaman saya, biasanya placement android smart phone memberikan kos iklan yang paling rendah

    Saya (Khairi) harap ianya membantu!

    Jadi bagaimana? Adakah apa yang disampaikan itu merupakan ilmu dan pengetahuan baru anda tentang kos iklan di Facebook?

    Nak sertai LikeMethod Tribe dan dapatkan lebih banyak ilmu, panduan, tips, trick yang sempurna, terbukti, dan berkesan daripada Khairi Ariff? Join sekarang di sini - LikeMethod Tribe

    0 comment... add one now

    Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

    Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.