Ajar Anak Sholat Perlukan Kesabaran

Tips Anak Untuk Sholat. Ajar anak untuk mengerjakan sholat bukan mudah. Sebagai ibu bapa Muslim, pastinya mahu melihat anak-anak sudah terdedah dengan kebiasaan untuk bersholat tanpa perlu dipaksa atau disuruh. Cabaran terhebat apabila anak bersikap agak degil, dan tidak mahu mendengar arahan.

Setiap ibu bapa ada pendekatannya sendiri. Bagi saya serta isteri, apa yang kami buat ialah untuk langkah pertama .... perlu paksa anak untuk tunaikan sholat. Walaupun kami berdua menggunakan langkah pertama memaksa anak-anak bersholat, tapi kami tidaklah melakukannya secara kekerasan. Kami tidak marah andai anak kami buat secara salah, atau main-main ketika bersholat. Apatah lagi andai umur mereka masih sekitar 4-6 tahun.

Ajar Anak Untuk Mula Tunaikan Sholat Perlukan Kesabaran

Ajar Anak Sholat Perlukan Kesabaran
Anak-anak hidup dalam dunia yang penuh gembira dan tiada masalah. Mereka perlukan pendekatan yang penuh dengan rasa gembira dan keriangan. Jika ditekan-tekan, anak-anak akan rasa terbeban dan akan jadi makin sukar menerima sesuatu pembelajaran.

Kena berhemah. Apabila ajar anak kecil untuk sholat, ibu bapa perlukan kesabaran.

Wujudkan Suasana Untuk Mudah Tunaikan Sholat

Salah satu cara untuk mudahkan anak untuk bersholat ialah dengan mewujudkan suasana untuk mengerjakan sholat, contohnya ....
  • Tutup TV ketika sudah tiba waktu sholat.
  • Cepat ambil wudhuk apabila azan kedengaran atau sudah masuk waktu untuk menunaikan sholat.
  • Tutup wifi atau akses internet ketika tiba waktu tunaikan sholat.
  • Bentangkan sejadah siap-siap untuk tunaikan sholat.
  • Ibu bapa bersedia untuk bersholat dan ajak anak untuk sama bersholat. Tunggu anak tersebut untuk sertai sekali.
  • Sediakan ruang khas dalam rumah untuk bersholat, terutama untuk sholat secara berjemaah.
  • Jika anak tidak mahu bersholat dengan ibu bapa, cuba ajak anak untuk bersholat bersama adik beradiknya yang lain - terutama yang paling rapat.
  • Sentiasa ajak anak untuk bersholat; jangan jemu untuk ajak.
  • Jadikan amalan sholat itu sesuatu yang seronok untuk dilakukan, contohnya tunjukkan kegembiraan dan kasih sayang selepas selesai tunaikan sholat ... berdoa, cium dan peluk anak-anak.
Tips Ajar Anak Kecil Untuk Bersholat
Selesai sholat dilakukan, ibu bapa boleh berikan sebab kenapa perlu bersholat, nyatakan kebaikan sholat tadi. Cuba kaitkan apa yang si anak belajar di sekolah tentang agama, tentang sholat ... apa yang ustaz dan ustazah ada beritahu.... kadang anak kecil lebih suka dengar cakap serta nasihat cikgu, ustaz dan ustazah di sekolah berbanding ibu bapa.. huhu.

Ibu Bapa Model Buat Anak

Ibu bapa perlu menjadi contoh dan tauladan. Jika ibu bapa pun ambil mudah pasal mendirikan sholat, maka anak-anak juga akan mengikut. Bagi mereka, ibu bapa adalah contoh ikutan paling terdekat dan paling sering mereka lihat.

Seperti saya cakapkan di awal tadi, mesti wujudkan suasana itu. Apabila suasana wujud, anak akan mudah untuk menerima dan memahami mengenai sholat .. lalu proses mengajar dan mengajak anak untuk sholat akan jadi lebih lancar, lebih baik, lebih mesra, lebih seronok ... in Sha Allah.

Tips Tambahan - Doakan Anak Sebut Nama Dengan Kuat

Lagi satu tips yang saya fikir agak berkesan untuk ajar anak tunaikan sholat dan menjadi anak yang baik - Berdoa dengan menyebut nama mereka satu persatu dengan kuat selepas selesai sholat. Biar mereka dengar nama mereka disebut dalam doa, dan biar mereka aware bahawa kita sayangkan mereka dan telah berdoa memohon bermacam-macam kebaikan.

Mungkin agak lucu - berdoa seperti "Ya Allah, panjangkan umur Zikri, berikan kesihatan yang baik, hilangkan kudis di badannya dan jadikan dia lelaki paling kacak yang baik bila besar nanti. Dan makbulkan doanya untuk dapat keputusan peperiksaan yang baik supaya boleh beli mainan helikopter kontrol yang besar ..."

Anak yang dengar akan berasakan seperti ini - Ohh nak minta itu dan ini pada Tuhan, kena doa selepas sholat. Jadi, timbul perasan mahu melakukan sholat dan mahu berdoa.

Tips saya berikan ini adalah bersandarkan kepada pengalaman dan juga pembacaan. Mungkin ia tidak sempurna, tapi boleh dicuba dan dijadikan panduan untuk ajar anak bersholat. Tips di atas walaubagaimanapun sesuai untuk anak-anak awal usia antara 2-6 tahun.

Semoga bermanfaat dan bacalah panduan berikut -Formula Rezeki Murah

1 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.