Langkau ke kandungan utama

Widget Kedai Amazon Untuk Blogspot

Berminat nak letakkan widget kedai Amazon tak? Widget ini sesuai diletakkan di blog-blog yang sering buat review mengenai produk, ia juga sesuai untuk blog bisnes dan laman web perniagaan. Dengan adanya widget ini, anda memberikan satu pengalaman baru untuk pengunjung blog anda di mana mereka boleh bershopping hanya menerusi blog anda.

Amazon mempunyai syarat agak ketat untuk meletakkan widget mereka di dalam blog dan laman web tertentu. Jika anda dah apply untuk mendapatkan widget kedai Amazon, tetapi masih belum berjaya .. boleh sahaja gunakan widget yang telah saya sediakan ini.

Widget Kedai Amazon

Apa yang perlu anda lakukan adalah salin kod HTML yang disediakan di bawah, dan letakkan di sidebar untuk blogspot anda. Widget ini hanya boleh diletakkan di sidebar atau di dalam post anda sahaja.

Anda boleh lihat contoh-contoh kegunaan widget ini. Saya ada letakkan widget ini dalam blog post saya yang ini - Tips and Review by Hasrul Hassan @ House Husband
Widget Kedai Amazon
Widget Kedai Amazon
Salin kod HTML ini dan letakkan di dalam blogpost atau sidebar blog anda ye.


Senang je ... dan sebagai satu tips untuk mereka yang ada letakkan Adsense, widget ini juga akan bantu iklan Adsense keluar dan meningkatkan nilai CPC (cost-per-click). Saya baru 2-3 hari letakkan widget kedai Amazon ini, dan nilai CPC Adsense naik dari USD0.09 menjadi USD0.29 dalam tempoh tak sampai 24 jam!

Jika anda mahu bina kedai Amazon anda sendiri, boleh terus daftar di sini - https://affiliate-program.amazon.com

Kalau malas nak isi segala borang, termasuk borang cukai semasa pendaftaran tu, boleh je guna kod HTML Amazon yang saya sediakan tu ...

Huhu..


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…