Langkau ke kandungan utama

Video Aksi Memancing Naikkan Kerapu Naga di Kolam Marina Island

Sebelum ini, saya ada kongsikan beberapa gambar tempat atau lokasi memancing ikan baru iaitu Kolam Pancing Marina Island. Dan kali ini, saya nak kongsikan dua video best ... aksi pemancing bertarung dan menaikkan ikan Kerapu di Kolam Pancing Marina Island.

Paling best ... rakaman video juga menunjukkan aksi pemancing sedang bertarung untuk menaikkan ikan Kerapu bersaiz Mega, yang merupakan 'jackpot' untuk para pemancing kolam. Dipercayai, ikan Kerapu tersebut beratnya lebih daripada 30 kg. Ikan Kerapu bersaiz mega di Kolam Pancing Marina Island juga dikenali sebagai Kerapu Naga.

Video Aksi Memancing Kolam Pancing Marina Island

Saya memang teruja melihat aksi pemancing yang berjaya menaikkan ikan Kerapu bersaiz besar di kolam pancing yang baru dibuka sekitar Mei 2016 ini. Saya difahamkan kebanyakkan pelanggan yang datang memancing adalah di kalangan anggota tentera laut yang tinggal berdekatan Kem TLDM Lumut.
Video Aksi Memancing Kolam Pancing Marina Island Menaikkan Kerapu Naga
Kerapa Saiz Mega di Kolam Pancing Marina Island

Kalau anda seorang kaki pancing, tentu boleh bayangkan betapa syoknya dapat menarik ikan yang besar, lebih-lebih lagi seperti Kerapu yang memang kaki menjunam, dan suka merembat rakus umpan yang dimakan.

Pasang Impian Nak Mancing Sini Tahun Depan ..

Saya dah pun ada ura-ura nak memancing di Kolam Pancing Marina Island ini. Tapi ... kena tunggu sehingga isteri saya selamat bersalin sekitar bulan Ogos tahun 2017... huhu ...

Apapun, meh layan dua video aksi pemancing yang berjaya menaikkan ikan Kerapu di Kolam Pancing Marina Island ini, dan salah satu video tersebut menunjukkan aksi menaikkan Kerapu Naga ... fuhh besarrrr weihh ...




Komen

  1. Memang syok dapat ikan besar macam ni.

    BalasPadam
  2. hasil yang berbaloi-baloi kan...tahniah!

    BalasPadam
  3. best kalau dapat habuan camni

    BalasPadam
  4. pergh beso kalau la dapat mancing ni sodap

    BalasPadam
  5. memang syok dpt ikan besar ni lagi2 yang jenis melawan

    BalasPadam
  6. besarnya ikan.....berbaloi mancing sini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.