6 Tips Mudah Untuk Halau Lipas Dalam Rumah

6 Tips Mudah Untuk Halau Lipas Dalam Rumah. Sebelum ini, saya pernah kongsikan satu petua atau tips untuk hapuskan cicak dalam rumah, in Sha Allah kali ini saya nak kongsikan pula satu petua House Husband untuk halau lipas yang selalu berkeliaran dalam diam di dalam rumah.

Ok, Satu perkara atau fakta hangat mengenai lipas yang perlu anda tahu - Menurut satu kajian, di dalam perut lipas terdapat sejenis cacing halus dan lembut. Cacing ini memang tak dapat anda lihat dengan mata kasar, yelah .. saiz lipas pun besar mana sangat pun, ye tak ... apatah lagi cacing di dalam perutnya.

Tips Serta Petua Untuk Halau Lipas Dalam Rumah

Jika anda memukul atau pijak lipas menggunakan surat khabar ataupun penyapu, kemungkinan besar cacing yang terdapat di dalam perut lipas itu akan terkeluar. Pastinya cacing yang sedang kelemasan ini akan merayap untuk mencari tempat (perumah) yang baru.
Tips Untuk Halau Lipas Dalam Rumah
Ketahuilah bahawa cacing yang sangat halus ini sukar dilihat dan ia punyai keupayaan untuk masuk ke dalam tubuh melalui pori-pori kaki. Lebih merbahaya jika ada luka di kaki yang memudahkan ia untuk masuk ke dalam sistem bendalir badan contohnya pembuluh darah .. huhu.

Jadi, tips paling penting untuk halau lipas dari dalam rumah ialah ... jangan sesekali anda memukul lipas sehingga penyek samada dengan memijaknya, menggukan penyapu mahupun suratkhabar. Khuatir nanti, cacing itu akan masuk ke dalam tubuh badan anda .. uhhh ....

6 Tips Untuk Halau Lipas Dalam Rumah

Cubalah beberapa tips berikut ..
Tips Untuk Halau Lipas Dalam Rumah

  1. Ambil sebuku sabun mandi dan potong dadu. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini pada setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja selama beberapa hari dan lihat hasilnya.
  2. Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari selepas terkena lemon itu. Selepas beberapa hari, apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
  3. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang terdapat banyak lipas. Kemudian secara perlahan-lahan lipas akan mati.
  4. Seterusnya, Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
  5. Jika terlalu banyak lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek, kemudian campurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti bergedel dan letak di tempat banyak lipas.
  6. Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang dan jangan lupa untuk tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.
Orait. Banyak petua dan tips di atas yang boleh anda cuba untuk halau lipas di dalam rumah. Boleh cuba mana satu yang sesuai, atau boleh je cuba semua petua dan tips yang diberikan.

Info Fakta Mengenai Lipas

Anda perlu tahu, di Malaysia terdapat sehingga 4000 spesies lipas yang punyai ciri-ciri berbeza tetapi tidak ketara. Anda mungkin nampak lipas di dalam rumah itu datangnya dari satu spesies, walhal ia tergolong dari beberapa spesies yang lain. Lazimnya, anda boleh nampak perbezaan ini menerusi belang di tubuhnya, ada kepak atau tidak, badan kasar atau licin, saiz kecil atau besar .. berwarna gelap atau sedikit terang.

Sebenarnya lipas mempunyai satu tabiat yang buruk semasa makan. Lipas yang sedang makan akan melakukan ‘regurgitasi’ iaitu memuntahkan balik apa yang dimakan di tempat ia sedang menikmati makanan. Maka, semasa mereka makan, lipas akan meninggalkan bakteria-bakteria yang berbahaya berserta dengan najis-najisnya sekali yang dilumuri pelbagai jenis kuman.

Maka penting sekali untuk anda, saya dan kita semua memastikan rumah agar bebas daripada lipas.

Lipas membiak dengan banyak di dalam telurnya antara 6-16 ekor dalam setiap sebiji telur. Apabila matang, telur akan menetas dan mengeluarkan banyak anak-anak lipas. Biasanya, lipas akan menyimpan telurnya dan melekatkannya pada perabot, pakaian, dalam almari dan tempat-tempat yang kurang terusik sehinggalah telur tersebut menetas.

Jadi, selain anda halau lipas-lipas tadi, anda kena pastikan bahawa tak ada telur lipas yang tersembunyi. Kalau tidak nanti, mungkin sia-sia anda amalkan petua tadi, dan lipas terus-terusan merayap dalam senyap di dalam rumah anda.


{ 9 comments.. read them below or add one }

Illya LeYa Illya LeYa October 11, 2016
Terima kasih atas tips dan petua ini ye abg HH...
Nurzakiah Hanum Nurzakiah Hanum October 11, 2016
great sharing
nanti nak cuba
Hasrul Hassan Hasrul Hassan October 11, 2016
Paling mudah guna daun pandan tu je. Tapi satu nasihat saya, jangan stick pada satu petua. Kalau cara A tak jadi... guna cara C.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan October 11, 2016
Terima kasih sebb sudi membacanya dari awal sampai habis.
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah October 11, 2016
Boleh nak cuba cara ni juga. Mana tahu berkesan kan.
Hawa Hassan Hawa Hassan October 12, 2016
Tip 1 tak menjadi tuan...lipas rumah saya makan sabun mandi tu.Lepas tu lari ke tempat lain pula. Tak mati. Sedap kot sabun tu. Hehe.
Sarah Sarah October 12, 2016
perkongsian yang best . TQ
Azlan Yussof Azlan Yussof October 18, 2016
Terbaik tips nie..Sekarang mmg ada masalah lipas kat rumah.. sembur2 pun masih ada..mana die datang tah..huhuhu..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.