hasrulhassan.com
Cabaran Duit Raya 2014

22 June 2011

6 Tips Untuk Hapuskan Cicak di Rumah


Salam.
Sejarah - zaman kecik-kecik dulu, saya memang suka tembak cicak. Bukan men tembak cicak dengan getah tapi lebih advance skit. Masa duduk kat Kem Batu 10, Kuantan dulu, saya dan konco-konco buru cicak dengan senapang! Ye .. senapang buatan sendiri - guna kayu atau papan yang memang mudah nak cari kat blok - lebih-lebih lagi jika ada 'orang baru' masuk kem.

Senapang tu memang berbentuk senapang, pastu diikat dengan getah dan dilaraskan dengan penyepit baju kayu untuk lepaskan 'peluru'. Time tu kami guna peluru jarum. Lekat atau gam atau buat cara mana pun untuk lekatkan jarum peniti pada lidi. Peluru ni lebih kurang macam arrow la. So, nak lagi drastik .. panaskan dulu jarum tu. Dan pemburuan cicak pun bermula. Senang nak cari kat celah-celah blok. Selalu kerja pemburuan ni dibuat pada hari Khamis - masa tu percaya .. bunuh cicak dapat pahala (ada nas ke?).

Tapi itu dulu, sekarang saya nak bagitahu mengapa cicak tu ujud kat tempat kita, lebih-lebih lagi di rumah. Artikel saya publish ini berkenaan cicak.

Kenapa ada cicak di rumah? Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya tolong sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak.



TIP (1) Kalau nak hapuskan cicak, Hapuskan Serangga. Cicak akan lari ke tempat lain sebab takda rezeki kat rumah kita.

Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah semut, anai-anai dan lipas.

TIP (2) Kalau nak hapuskan cicak, Jaga Kebersihan Rumah supaya kurangkan serangga. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.

TIP (3) Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok. Jangan nak spray mata sendiri atau terhidu air spray. Ia sangat bahaya ...

TIP (4) Basuh dan keringkan kulit telur ayam dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. Kulit telur jika termakan boleh tercekik. 

TIP (5) Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah.

TIP (6) Bela kucing. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-penak sekejap je setelah hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi sarang kutu di dalam rumah. Nanti cicak hilang .. kutu pulak yang merayap!
Selamat mencuba.

p.s. BAHAYA untuk kanak-kanak. Pastikan kanak-kanak tidak hadir semasa melakukan aktiviti ini.

7 komen:

  1. aaa...tips ini lah yg sy tunggu2..thanks yaa..huhu..

    ReplyDelete
  2. owhhh~ diorg cari sumber makanan rupanya kt rumah kita.. =.=

    thanx 4 the information~~ ^_^

    ReplyDelete
  3. dulu kcik kcik slalu terebe cicak ngan getah

    ReplyDelete
  4. biasanya cicak ni banyak kat rumah kampung kan..sb rumah sy xde cicak..tp kt kampung, banyak betul cicak kt siling..

    ReplyDelete
  5. tips yang bagus....terima kasih

    ReplyDelete
  6. erm,nice tips..dulu maen senapang kayu tu pakai terung belanda yang kecik..xpnah la pulak pakai jarum,hikhik~

    ReplyDelete

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

Berminat untuk beriklan? Boleh buat tempahan di sini - Pengiklanan

Copyright 2010-2014 HASRULHASSAN.COM™. Originally by Templateism | Memberi Untuk Bermanfaat | Read Disclaimer