4 Sebab Bertukar Digi Postpaid ke UMobile Hero Postpaid

Saya dah tinggalkan Digi selepas cukup kontrak setahun menerusi Pakej Digi Postpaid 50 yang memberikan internet kuota sebanyak 3GB. Menerusi pakej Digi ini, saya telah menerima sebuah telefon Lenovo yang kini menjadi hak milik anak sulong saya. Sekarang, saya sudah beralih ke Telco lain iaitu UMobile, yang memberikan lebih kuota untuk internet sebanyak 15GB dengan tambahan 7GB untuk streaming video dengan komitmen RM70 setiap bulan.

Saya nak buat ulasan sedikit kenapa dan sebab saya bertukar dari Digi Postpaid ke UMobile Postpaid. Ada beberapa perbezaan ketara yang ingin saya nyatkan, terutama dari segi kuota internet dan juga coverage. Saya kini menggunakan pakej UMobile Hero Postpaid P70.

4 Sebab Bertukar Digi Postpaid ke UMobile Hero P70

Sebab Bertukar Digi ke UMobile
Berikut adalah sebab kenapa saya bertukar dari Digi ke UMobile
  1. Harga pakej postpaid Digi mahal iaitu RM50 komitmen setiap bulan untuk 3GB mobile data, walhal dalam pakej UMobile, dengan harga serupa anda boleh dapat 5GB high speed internet + 5GB video streaming.
  2. Digi agak teruk dari segi coverage atau capaian di tempat yang selalu saya pergi atau berada - Parit Buntar, Nibong Tebal, Parit, Batu Gajah .. malah di kampung isteri saya di Parit, tiada coverage Digi terutama sekali untuk 4G LTE. 
  3. Digi tidak berikan ganjaran yang menarik kepada saya sebagai seorang blogger. Berbanding dengan UMobile, saya dapat internet percuma untuk streaming video YouTube, HyppTV, iFlix dan banyak lagi.
  4. Pakej Digi 50 Postpaid mengikat saya selama 1 tahun, manakala pakej 70 UMobile yang berikan 15GB internet tiada sebarang ikatan.

Daripada apa yang saya nyatakan, UMobile Postpaid berikan banyak kelebihan untuk saya sebagai blogger. Namun, ada sesuatu yang menjadikan Digi lebih baik ..

Digi Lebih Baik dari Segi Kelajuan Mobile Data

Speed internet atau mobile data untuk Digi adalah lebih laju berbanding dengan UMobile. Dengan menggunakan aplikasi OKKLA Speedtest yang dimuat-turun ke telefon Honor 7 saya, nyata kelajuan yang dicatatkan untuk Digi adalah jauh lebih hebat sehingga 30Mbps berbanding UMobile hanya pada 4Mbps - sama dengan kelajuan Streamyx saya di rumah.
[Baca] Harga Honor 8 di Malaysia. Beli Dengan Diskaun Khas Lazada.
Pun begitu, saya buat masa ini agak berpuas-hati dengan kualiti yang ada pada UMobile dan pakej Postpaid Hero UMobile P70 yang baru sahaja saya langgan.

Saya cuma ambil masa sehari untuk bertukar telco dari Digi ke UMobile tanpa perlu menukar nombor sedia ada. Proses pertukaran dan pengaktifan dilakukan menerusi SMS sahaja. Mudah, cepat, dan tidak cerewet.

Anda pengguna UMobile? Boleh kongsi dengan saya tentang mutu perkhidmatan mereka tak? Boleh komen di bawah ini ..

6 comments.. read them below or add one

Amanda Suria Amanda Suria October 09, 2016
Baru ingat nak tukar DIGI...kena fikir balik ni
Usry Norie Usry Norie October 10, 2016
Saya masih guna Digi dari 2004 shingga kini. dari prepaid ke post paid.
raihanah raihanah October 10, 2016
dah lama saya pakai digi, nak bertukar tapi masih terikat dgn kontrak. ada setahun lagi
Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof October 10, 2016
kita baru tukar ke umobile...best.rugi dlu buang umobile..skrg dah berbalik semula kepada umobile..ngeee..digi tak best...haha
Rossaimi Rossaimi October 10, 2016
U Mobile postpaid memang best. Dah hampir 5 bulan saya melanggan P70 tanpa sebarang masalah. Paling best call unlimited.
Raisha aziz Raisha aziz November 27, 2016
saya ada guna digi sebelum ni.. tapi tertarik dengan promosi celcom... ada dengar mengenai pelan XPAX Magic SIM menawarkan internet burung hantu iaitu internet percuma start dari pukul 1 pagi hingga 7 pagi...sesuailah untuk saya yang selalu berjaga malam...kesempatan nilah boleh download ape jer kat internet tu

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.