Komen Pasal Aloha Chicken, Pizza Baru dari Pizza Hut

Nak komen sikitlah pasal Pizza baru dari Pizza Hut... huhu. Baru-baru ni saya dan famili berkesempatan untuk makan di Pizza Hut. Ada dua pizza baru di Pizza Hut iaitu Island Tuna dengan Aloha Chicken.

Hmm ... sedap juga. Patutlah pizza ni dimasukkan ke dalam senarai pizza favorites Pizza Hut. Aloha Chicken 'dihiasi' dengan rol ayam, salami ayam, potongan nanas, dan keju mozzarella. Saya rasa ... sebab guna keju mozzarella yang buatkan pizza baru Aloha Chicken ini rasa sedap menyelerakan.

Komen Pasal Aloha Chicken, Pizza Baru Pizza Hut

Komen Pasal Aloha Pizza Baru Pizza Hut
Selalu kalau makan dine-in di Pizza Hut, ambil set yang ada .. mesti tak habis. Kadang bawa balik air, kadang bawa balik pizza. Tapi alhamdulillah, kali ini ... semua melayan pizza ni tanpa banyak bunyi ... krik .. krik je ... yang dengan cuma kunyahan pizza ni dalam mulut.

Memang sedaplah rasa Aloha Chicken, pizza baru dari Pizza Hut ni.

Island Tuna satu lagi pizza baru dari Pizza Hut, tetapi .. uhh tak kenalah dengan tekak kami anak beranak. Rasa tuna tu tak boleh nak masuk dalam deria rasa.

Set pizza yang kami ambil adalah set jimat Pizza Hut, bayar dalam RM30 untuk set tersebut. Walaupun suggestion makan adalah untuk 2 orang, tapi cukup je makan berlima .. huhuhu. Memang kami pilih untuk betul-betul jimat ni .. haha

Uhh tetiba rasa meleleh air liur teringatkan Aloha Chicken Pizza Hut yang berkeju sedappp ... panas-panas dipadankan dengan Iced Lemon Tea.
Komen Pasal Aloha Pizza Baru Pizza Hut


4 comments.. read them below or add one

Mrs. A Mrs. A October 07, 2016
Alahai! terlambat baca nih! kalau tak lunch tadi boleh makan kat Pizza Hut.
Berita Online Berita Online October 07, 2016
abam bila nk belanjer kami
Hasrul Hassan Hasrul Hassan October 07, 2016
Saya pun bayar pakai duit tabung. Kalau tak ... dah ambik pakej jimat 4 orang makan la .. hahahaha
Hasrul Hassan Hasrul Hassan October 07, 2016
Sedappp ooo .... memang best pizza Aloha Chicken ni.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.