Borang Permohonan Rumah Kos Rendah di Selangor

Borang Permohonan Rumah Kos Rendah Selangor. Sebelum ini, saya ada kongsikan mengenai peluang untuk memiliki rumah kos rendah buat negeri Perak. Kali ini, saya nak kongsikan pula informasi mengenai peluang untuk memohon rumah kos rendah di negeri Selangor. Rumah kos rendah di negeri Selangor dikategorikan sebagai Rumah Selangorku Kategori A.

Rumah Selangorku Kategori A ini adalah untuk pemohon warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, pemastautin di negeri Selangor serta mempunyai pendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM3,000 sebulan.

Borang Permohonan Rumah Kos Rendah Selangor

Contoh Projek Rumah Kos Rendah di Selangor

Syarat Permohonan Rumah Kos Rendah Negeri Selangor

Antara syarat lain untuk membuat permohonan rumah kos rendah di negeri Selangor di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor adalah pemohon dan isteri/suami pemohon belum memiliki rumah samada menerusi projek kerajaan atau swasta. Permohonan hanya dibenarkan untuk satu keluarga satu permohonan sahaja. Pindah milik rumah hanya dibenarkan selepas 5 tahun.

Rumah Selangorku Kategori A berkeluasan 700kps dengan anggaran harga jualan RM42,000 seunit.

Borang permohonan untuk memiliki rumah kos rendah di bawah kelolaan kerajaan negeri boleh dimuat-turun menerusi pautan disediakan di bawah, atau anda boleh terus cetak dengan klik kekotak anak panah pada bucu atas dalam paparan di bawah ini.



Alternatifnya, anda boleh muat turun menerusi laman web Lembaga Hartanah dan Perumahan Selangor di sini - Borang Mohon Rumah Kos Rendah Selangorku

Dan di bawah ini adalah kod kawasan daerah dan mukim untuk dijadikan panduan untuk anda ketika mengisi borang permohonan di atas.
Kod kawasan untuk permohonan rumah kos rendah negeri Selangor

Peringatan Penting

Setiap permohonan adalah sah laku selama 2 tahun. Jika sebelum ini ada pemohon yang menolak tawaran yang diberikan, maka anda perlulah tunggu sehingga tempoh 2 tahun tersebut itu tamat sebelum membuat permohonan semula.

Jika permohonan dibuat dan didapati adalah tidak layak, pemohon boleh mengemukakan rayuan dan mengemaskini data lengkap dengan dokumen sokongan yang dikehendaki.

Hanya permohonan untuk rumah kos rendah atau Rumah Selangorku Kategori A sahaja boleh memohon menggunakan borang yang disediakan di atas. Untuk kategori B, C dan seterusnya, permohonan perlu dilakukan secara online di laman web berikut - http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/

Permohonan Perlu Dihantar Sendiri

Borang yang telah lengkap mestilah dihantar sendiri oleh pemohon di Pejabat Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (Kaunter Bahagian Perumahan, Podium Selatan) yang beralamat seperti berikut:

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
Bahagian Perumahan,
Tingkat 5, Podium Selatan,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Anda dikehendaki membaca dan lengkapkan segala butiran diperlukan dan menyediakan segala dokumen yang dinyatakan di dalam borang permohonan rumah kos rendah Selangor. Kegagalan anda berbuat demikian, akan menyebabkan permohonan anda ditolak serta-merta.

Untuk senarai projek perumaham rumah kos rendah - Rumah Selangorku Kategori A, anda boleh semak di sini - Projek List LPHS

Jika anda gagal untuk memohon, cuba cara ini pula - Rahsia Memiliki Rumah Lelong

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.