Langkau ke kandungan utama

Iklan Merdeka 2016 Digi - Jangan Jadi Seperti Ah Wong

Iklan Merdeka 2016. Kali ini saya kongsikan sebuah iklan yang menarik daripada Digi Telecommunication. Ia sebuah iklan yang menggambarkan perangai kebanyakkan daripada kita. Dek kerana perangai kita ini, kita tidak pernah merasa gembira akan diri dan orang sekeliling kita. Ini kisah Ah Wong, jangan jadi seperti Ah Wong sebelum anda tonton video iklan Merdeka 2016 ini.

Ada di kalangan masyarakat Malaysia yang bersifat hanya mahu melihat dari kacamata sendiri sahaja, mereka menilai apa yang mereka sebenarnya tidak betul-betul tahu. Hubungan sesama manusia diabaikan kerana kita fikir .. kitalah sahaja yang betul dan benar dalam segala sesuatu.

Jangan Jadi Seperti Ah Wong - Ada Sesuatu Yang Kita Perlu Belajar dari Iklan Merdeka 2016 Ini

Inilah kisah Ah Wong, yang dibawakan dalam iklan Merdeka 2016 dari Digi. Ia satu iklan yang mengingatkan kita semua, bahawa hubungan sesama insan itu perlu untuk mengecap bahagia, mengecap rasa Merdeka yang telah kita saban tahun raikan. In Sha Allah, tahun 2016 adalah Hari Kemerdekaan ke 59 tahun.

Video Hari Kebangsaan / Hari Merdeka 2016 Malaysia dari Digi


Jangan jadi seperti Ah Wong .. sebelum. Tapi jadilah seperti Ah Wong selepas anda menonton video Merdeka 2016 daripada Digi ini.

Kita semua boleh berubah, hanya dengan satu perubahan kecil .. kita mampu untuk merasa bahagia, dan Merdeka sebenarnya.


Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…