6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

1- Dr Syed Ahmad Murthada



Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa, tidak merokok, kacak dan berpenampilan menarik.

Sumber gambar - Instagram murtadhaalsagoff

2. Dr. Say Shazril

Siapa yang tidak kenal dengan doktor kacak ini? Saya ketahui mengenai doktor ini pun sebab isteri ada beritahu tentang kisahnya yang jadi viral. Doktor kacak Say Shazril kini berkhidmat di hospital Terengganu dan pernah satu ketika dahulu menjadi perbualan hangat gara-gara undangan beliau di salah sebuah stesen radio swasta. Dengan wajah yang tampan dan susuk tubuh yang sasa beliau seringkali menghiasi majalah-majalah dan akhbar dalam dunia modelling. Tapi sayang sekali buat gadis-gadis di luar sana kerana beliau telahpun berumah tangga dengan Dr Azura Abas.

Sumber Gambar - Instagram say_shazril

3. Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Siapa yang tidak kenal pada angkasawan pertama Malaysia ni. Beliau merupakan pakar ortopedik dan pernah bergiat aktif dalam bidang modelling. Telah berumah tangga dengan Dr Harlina dan dikurniakan 2 cahaya mata. Beliau juga aktif dalam menerima jemputan untuk ceramah motivasi dan kerjaya. Malah, nama Dr. Sheikh Muszaphar menjadi idola anak-anak sekolah yang mahu meneroka angkasa lepas.

"Cita-cita nak jadi apa?" .... "Kami nak jadi macam doktor Muzapar" ....

4. Dr. Che Hafiz


Dr Che Hafiz yang berasal dari Kelantan ini dulu merupakan model sambilan dan kini merupakan tunang kepada penyanyi Lufya Omar. Mesti cair para gadis-gadis di luar sana melihat senyuman manis beliau. Saya harap doktor kacak Malaysia ini cepat-cepat mengakhiri zaman bujang... al maklumlah, kacak .. dikenali .. banyak dugaannya sebagai seorang lelaki yang single ni. Ehemmm bertunang belum tentu berkahwin ehh .. weeee ...

Sumber Gambar - Instagram chehafiz007

5. Dr. Al-Hafiq

Dikenali dengan nama afiqvolaris di laman instagram, beliau kini bertugas di hospital Sungai Buloh. Beliau juga aktif dalam bidang modelling pengiklanan di televisyen dan merupakan abang sado yang aktif ke gym. Pasti berdebar-debar hati gadis di luar sana nak pergi checkup.

Sumber Gambar - Instagram afiqvolaris

6. Dr. Afiq Anuar

Dr Afiq Anuar yang berasal dari Kedah ini mampu membuatkan anda cair dengan wajah tampan dan senyuman manis beliau. Beliau sangat aktif di lama twitter dan instagram. Beliau juga merupakan model sambilan untuk iklan di televisyen.

Sumber Gambar - Instagram afiqxyz

Amacam? Kacak tak semua doktor-doktor Malaysia ni? Ada ramai lagi doktor kacak di Malaysia ni, yang boleh membuatkan ramai wanita akan teruja untuk buat check-up ke hospital. Tetapi awas, ada batasan antara doktor lelaki dengan pesakit wanita.

Kalau boleh, jika anda seorang wanita yang perlu melakukan pemeriksaan terutama yang melibatkan bahagian-bahagian sensitif, eloklah dapatkan khidmat dari doktor wanita .. ada je doktor wanita di Malaysia ni, malah mereka pun ramai yang lawa-lawa dan cantik-cantik .. kalau itulah yang dicari untuk menerima rawatan doktor terbaik .. hoho...

Dan nasihat saya, apabila buat pemeriksaan di hospital, tak kiralah doktor lelaki kacak ke, doktor wanita ... pastikan ada orang lain, samada jururawat, pasangan, rakan, ibu atau bapa yang turut menemani.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kacak2 camni segan ciktie nak p jumpa ehh

    BalasPadam
  2. doktor hensem sado betul.. hehe

    BalasPadam
  3. amboi..semuanya sado2 lah..tapi kalau sakit, tetap sakit juga, tak hilangnya sakit tu kalau tengok doktor handsome/cantik ni..hahaha

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam
  4. Sepanjang saya sakit sejak kecil, boleh dikatakan setiap kali admitted, akan dijaga atau dipantau oleh doctr2 kacak.. Paling kacak yang saya ingat sewaktu keluar dari icu, dengan condition masih belum stabil, saya dipantau oleh doctr lelaki muda yg kacak.. tapi kacak2 doctr takde masa nak melting ke, nak terpikat ke.. tgh2 sakit melayan sakit je haha^^

    *saya notice ramai doctr lelaki sado2..

    BalasPadam
  5. Sepanjang saya sakit sejak kecil, boleh dikatakan setiap kali admitted, akan dijaga atau dipantau oleh doctr2 kacak.. Paling kacak yang saya ingat sewaktu keluar dari icu, dengan condition masih belum stabil, saya dipantau oleh doctr lelaki muda yg kacak.. tapi kacak2 doctr takde masa nak melting ke, nak terpikat ke.. tgh2 sakit melayan sakit je haha^^

    *saya notice ramai doctr lelaki sado2..

    BalasPadam
  6. Ramai yang pergi jumpa dengan mereka ni nanti.

    BalasPadam
  7. first and number 5 tu still student lagi.. but 'doctor to be' the exact term

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima encik atas pencerahan tersebut ... saya amat menghargainya.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement