Kos Bela Ikan Arowana Yellow Tail

Siapa yang ada ikuti kehidupan bergambar saya di Instagram tentu sudah sedia maklum bahawa saya ada membela seekor ikan Kelisa atau Arowana dari spesies Yellow Tail. Ia merupakan antara spesies ikan Arowana yang bagi saya mudah untuk dipelihara, berbanding spesies lain dalam lingkungan harganya.

Pada mereka yang mungkin berminat nak tahu, harga seekor anak ikan Arowana adalah berbeza mengikut jenis, spesies dan juga saiz. Ikan Arowana, spesies paling murah ialah Silver Arowana, yang boleh anda beli anaknya dari serendah RM30 seekor. Arowana jenis ini jenis yang tahan dan mempunyai rintang hidup yang tinggi.

Kos Bela Ikan Arowana Yellow Tail

Sebelum saya membela ikan Arowana jenis Yellow Tail, saya pernah memelihara Arowana dari jenis Silver, Australian Pearl Arowana dan Green Pearl Arowana. Australian Pearl saya beli dengan harga RM80 seekor (saiz 3 inci), dan Green Pearl Arowana saya beli dengan harga RM120 (3 inci). Arowana Yellow Tail pula saya baru memilikinya selama 6 bulan lebih, dan saya membelinya di kedai akuarium Kawanku Parit Buntar dengan harga RM120 seekor (3 inci).

Kalau kena gaya memelihara ikan Arowana Yellow Tail, ia akan kelihatan cantik seperti di bawah ini .. fuhh .. ekor dan sirip akan kelihatan kekuningan-kuningan. Manakala warna badannya seperti putih susu. Ia spesies yang dianggap berharga murah di pasaran, berbeza dengan Golden Red Arowana, Golden Arowana, Crossback Arowana atau Chilli Red Arowana yang cecah ribuan ringgit walaupun masih di tahap telur .. huhu
Kos Bela Ikan Arowana Yellow Tail

Bajet AM Pelihara Ikan Arowana

Untuk memelihara seekor ikan Arowana, anda memerlukan benda-benda berikut:
  • Akuariuam bertutup, saiz yang disyorkan mestilah 3 kaki lebih, jangan kurang walaupun anda baru memiliki anak ikan Arowana yang bersaiz 3 inci. Ikan ini cepat membesar, jadi lebih baik terus dapatkan saiz akuarium yang sesuai daripada perlu menukarkan apabila ia telah menjadi semakin 'dewasa'. Nak yang lebih baik, dapatkan akuarium yang panjangnya lebih daripada 5 kaki .. hoho ...Harga akuariuam adalah mengikut saiz, bagi saiz yang saya sebutkan iaitu akuariuam 3 kaki, harganya dalam lingkungan RM50 - RM80 tanpa kaki. Kalau nak beli set akuarium, siap ada kabinet .. harga boleh cecah sehingga RM200 - RM300.
  • Pam bermotor. Carilah pam bermotor yang berkuasa. Jika nak membeli, sila sebutkan saiz akuarium anda kepada penjual, mereka akan berikan pam bermotor yang sesuai .. namun, saya nasihatkan beli yang berkualiti sedikit sebab kadangkala Arowana agresif dan boleh merosakkan pam. Harga dalam RM25 - RM40 seunit.
  • Penapis air. Dapatkan penapis air jenis atas atau top filter iaitu yang jenis air turun dari atas. Elakkan beli yang jenis bottom filter sebab sukar nak dibersihkan. Harga dalam RM12 - RM15 seunit, mengikut saiz.
  • Span penapis. Jenis biasa-biasa dah cukup. Saya biasa beli yang 3 - RM10 je. Siap saya recycle balik .. huhuhu jimat terlebih namanya ni. Harga dari RM3 - RM15.
  • Charcoal. Kalau boleh dapatkan span penapis yang ada sediakan Charcoal atau arang, ia adalah untuk pengawalan pH air. Ikan Arowana kadangkala bersifat sensitif dengan mutu air ... maka elok sediakan benda ni. Ikan Arowana hidup di dalam air yang beralkali iaitu pH 5-8. Ia boleh sakit jika pH air adalah berasid.
  • Lampu. Sekarang dah ada jenis LED yang tahan lama dan lebih terang. Harganya pula ikut jenis variasi lampu LED. Harga sekitar RM15 - RM25.
  • Anti-klorin. Benda ni elok disediakan dan dimasukkan ke dalam air akuarium ketika pertama kali dan sewaktu menggantikan air akuarium. Sebotol dah cukup untuk anda pakai selama 2 tahun .. huhuhu. Kalau saya, saya akan beli yang jenis mahal sedikit yang ada campuran dengan anti-depressed, dan anti-kulat. Harga dari RM3 - RM25 (ikut jenama dan jenis).

Dah .. benda-benda lain saya fikir tak perlu, contohnya termometer, penyukat pH, pemanas air, vitamin atau makanan tambahan.
Kos bela, makanan ikan Kelisa
Makanan ikan Arowana mudah je, ada yang gunakan palet tetapi tidak semua jenis ikan Arowana nak makan palet ni. Kalau nak perkenalkan palet, sila introduce waktu ikan ini masih kecil. Bagi saya, elok bagi makan ikan Arowana dengan makanan semulajadi dia ... contohnya anak ikan, udang, cengkerik, belalang, blood worm (cacing merah/darah) dan ulat roti/gandum. Jika saiz dah besar sikit, boleh berikan ia makan anak katak (bukan berudu ye), anak ikan kap, lipas dan lipan.

Waktu ikan Arowana kecil, cuba elakkan berikan makan haiwan atau serangga yang jauh lebih besar dari saiz mulutnya. Jika nak berikan cengkerik, buang dulu kaki tajam cengkerik sebab boleh mencederakan bahagian dalaman anak Arowana. Kalau saya, saya cuma berikan anak ikan je .. selain jadi makanan, leh anak Arowana main aci nyorok atau kejar-kejar .. hehehe..
Makanan Ikan Arowana

Bajet dan Kos Makanan Ikan Arowana

Harga makanan ini bergantung dengan kedai yang menjual. Secara amnya, bagi 20 ekor cengkerik .. anda boleh beli dengan harga RM2 ... berikan dua hari sekali, jangan terus bagi semua .. masukkan 5 ekor pagi, 5 ekor petang .. pastu sambung balik esoknya.

Anak ikan Kap juga bagus dan mudah. Ikan Arowana hanya akan makan anak ikan ni bila ia benar-benar lapar. Saya beli anak ikan Kap, 20 ekor dalam RM2 .. kalau saiznya besar sedikit ... 20 ekor dalam RM4-RM6.

Jika kedai ada jual lipan, beli seekor dua .. yang ni leh bagi dalam seminggu sekali. Lipan dan udang adalah bagus untuk menaikkan warna ikan Arowana. Harga sekitar RM3-RM5 seekor lipan, manakala udang boleh dapat dalam RM4-RM10 ikut saiz udang .. saya selalu beli anak udang je .. dalam RM2 .. banyak juga .. berpuluh-puluh ekor leh dapat.

Bajet Untuk Starter

Jadi, secara amnya untuk starter, anda mungkin memerlukan bajet sekitar RM200 - RM250 untuk memelihara seekor ikan Kelisa atau Arowana, terutama untuk spesies yang saya sedang pelihara iaitu Arowana Yellow Tail.

Tips Untuk Memulakan Memelihara Arowana

Jika nak jimat, beli je akuarium atau set akuarium second hand sebagai permulaan. Tak perlu beli baru, sebab kalau anda beli akuarium baru, anda perlu lakukan perkara-perkara ini terlebih dahulu (sebelum memasukkan ikan):
  • Isi air akuarium dengan campurkan garam (bukan garam makan). Biarkan terendam selama 1 malam.
  • Bilas bahagian dalam akuarium untuk hilangkan bau gam silikon.
  • Masukkan air 2/3 saiz tangki dan hidupkan pam bermotor untuk oksigenkan air selama beberapa jam. Jangan lupa masukkan ubat klorin atau antiklorin dalam 3-4 titik.
  • Kemudian, masukkan anak-anak ikan contohnya anak ikan kap ... dan biarkan selama beberapa jam. Kalau anak ikan Kap tu hidup dengan gembiranya .. maka, barulah masukkan anak ikan Arowana yang telah anda beli.
  • Sediakan dulu tempat tinggal Arowana anda terlebih dahulu sebelum beli anak ikan Arowana. Jangan beli semuanya dalam satu-satu masa.

Baca memang nampak rumit, tetapi bila anda dah mula memelihara ikan Arowana, baru anda akan tahu. Tak susah pun kalau dah minat .. serius ni.

Usah terikut-ikut dengan mereka yang dah berpengalaman bela ikan Arowana jenis mahal ... cuba dulu dengan membeli dan mendapatkan ikan Arowana jenis murah dan tahan lasak terlebih dahulu ye. Kang mati anak ikan Kelisa atau Arowana yang beli dengan harga beratus dan beribu ringgit .. uh naya je.

1 comment... add one now

Afiq Rayyan Afiq Rayyan July 26, 2016
kalo dh bela arowana, mmg itu la kos yg perlu ditanggung..aku bela tiger barb je bro..org kg panggil ikan aji2..tak tau la nape tp agresif gile..xleh letak skali ngan tetra neon atau yg lagi kecik dr dia..abes kene bunuh..

Jom tgk kat sini.. Raver Si Sotong Vs Hipster Bermisai Lentik

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.