Cabaran #3 Diri Aku Sebagai House Husband Sewaktu Ramadhan

Cabaran #3 Diri Aku Sebagai House Husband Sewaktu Ramadhan. Tentu ada yang dah baca mengenai kisah saya yang terpaksa dan perlu menjalani kehidupan tanpa isteri di sisi semasa bulan Ramadhan 2016, ia memang bukan mudah... in Sha Allah, saya nak kongsikan sedikit pengalaman berharga ini buat semua. Cabaran ketiga menjadi seorang house husband, tanpa isteri di sisi semasa Ramadhan ialah ... cabaran untuk menyediakan makanan sahur untuk anak-anak.

Kalau ikut sesetengah orang, mungkin memadai anak-anak diberikan makan nasi dengan telur kicap sahaja. Atau mungkin hanya dihidangkan milo panas, nestum dengan buah kurma sebagai cukup syarat untuk bersahur Ramadhan. Tapi ... ini anak-anak, mereka cepat jemu dengan makanan yang sama. Silap-silap, boleh dijadikan alasan untuk mereka untuk tidak bersahur, lalu tidak mahu berpuasa.

Cabaran #3 Diri Aku Sebagai House Husband Sewaktu Ramadhan

Cabaran #3 Diri Aku Sebagai House Husband Sewaktu Ramadhan
Haha.. saya adalah seorang ayah yang percaya kepada konsep Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. Saya mahu didik anak-anak saya seawal yang mungkin agar selesa untuk bangun sahur dan kemudian berpuasa. Saya mahu mereka belajar bagaimana nak berpuasa. Percayalah, bukan mudah nak didik mereka ini .. namun, kalau tidak dimulakan sekarang .. bila lagi?

Cara yang sama juga digunapakai untuk anak sulong saya. Alhamdulillah, sejak daripada darjah 1 lagi, anak sulong saya berjaya berpuasa dengan baik, malah berjaya berpuasa penuh 30 hari walaupun di usia muda. Seingat sayalah, anak sulong saya, telah berpuasa penuh sejak dari darjah tiga lagi .. alhamdulillah, berkat didikan dan dorongan diberikan oleh isteri saya .. anak saya tu memang susah nak mencari alasan untuk tidak berpuasa (tanpa sebarang ganjaran yang dipinta).
Cabaran #3 Diri Aku Sebagai House Husband Sewaktu Ramadhan
Bulan puasa tanpa isteri .. fuh .. saya perlu bangun seawal jam 4 pagi untuk sediakan hidangan bersahur. Pernah sesekali saya tidak tidur sementara menunggu waktu sesuai untuk memasak dan menyediakan juadah untuk bersahur, apatah lagi bila ada permintaan tertentu dari anak-anak saya.

Ketika isteri saya ada, tak ada masalah sangat. Mereka suka je dengan apa jua yang dimasak oleh isteri saya. Tetapi .. ini bapaknya .. bukan semua menu boleh mereka tala ... hahaha... lagi-lagi kalau bapaknya ini hanya tahu memasak apa yang dia suka .. dan bukan apa yang anak-anak suka .. uhh berat nanang weihhh...

Kadang saya tidur jam 11 malam, bangun pada jam 4 pagi untuk bersahur. Kadang, saya tidur jam 12 malam .. terbangun jam 5 pagi. Bila terlewat, memang kelam kabutlah sikit.

Ada waktu, bila saya mati akal nak memasak .. saya akan ke kedai Mamak berhampiran dalam pukul 1-2 pagi untuk membeli lauk. Tapi biasalah .. anak-anak kadangkala tak berselera nak jamah kari atau ayam masak merah yang sedikit pedas dari kedai Mamak ni, apatah lagi pada waktu sebelum suboh.

Saya selalunya masak menu ringkas sahaja. Janji ada lauk. Telur Dadar, antara menu yang tidak dapat dipisahkan. Kadang mereka berselera, kadang tidak. Bila dah tak jamah apa-apa makanan ketika sahur ni .. hmmm ... faham-faham sahajalah nanti permintaan mereka bila dah siang hari.

Masak Puyuh Lada Hitam cam di bawah ni pun tak jalan habaqq hanggg .. huhuhu
Cabaran #3 Diri Aku Sebagai House Husband Sewaktu Ramadhan
Setakat saya bersama anak-anak ketika Ramadhan, alhamdulillah, anak kedua dan yang bongsu boleh tahan lapar dan dahaga sehingga habis waktu sekolah. Dan tahun ini, setakat entri ini ditulis .. anak bongsu saya .. yang baru prasekolah berjaya puasa penuh untuk sehari ... dan abangnya yang baru darjah dua sudah berjaya penuhkan puasa untuk beberapa hari. Alhamdulillah.

"Hmm .. Na rasa tak lapar pun abah, kenyang sampai sekarang ..." itu kata anak bongsu saya bila saya tanya dia larat ke tak larat untuk berpuasa. Nahh .. berjaya juga berpuasa sehari penuh.

Saya selalu berikan alasan pada anak-anak ...

"Penat abah kejut sahur, masak semua .. takkan nak berbuka dah? Tunggulah lagi sikit nak berbuka ..."

Haha .. Ingatkan Panas Sampai Ke Petang .. kadang usaha didikan ini terkandas juga di tengah jalan. Seperti awal saya cerita, bukan mudah nak didik anak-anak kecil ni untuk berpuasa. Apapun kena mencuba.

Cabaran melalui kehidupan sebagai house husband di bulan Ramadhan telah ditempuhi, dan kini isteri saya telah pun berada di sisi selepas habis peperiksaan akhir peringkat kursus Sarjana di UM. Dengan berbaki lagi dua minggu .. saya lepaskan tugas sediakan menyediakan sahur kepada isteri saya .. lagipun, memang terasa rindu nak makan masakan isteri ni .... huhuhuhu...

Ia satu pengalaman yang kekal di ingatan saya. Dari sini, saya tahu betapa sukar nak bangun awal pagi sebelum masuk waktu Imsak menyediakan menu bersahur. Jika anda seorang suami dan ayah .. cubalah sehari dua untuk ambil alih tugas isteri atau mungkin emak anda menyediakan sahur.... :)

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.