Ampun Maaf Salam Aidil Fitri 1437H

Hari Raya. Saya fikir kebanyakan pembaca mungkin ramai yang telah kembali ke tempat kerja. Cuti hari perayaan pastinya ramai ambil peluang untuk berkumpul di kampung halaman. Rasanya, kebanyakan anda tentu bercuti seminggu lamanya.

Saya dan keluarga, alhamdulillah ... telah pulang ke kampung halaman dari arah utara ke Parit dan juga Batu Gajah seawal puasa yang ke dua puluh lapan. Sempatlah bersahur dan berbuka dengan ayah mertua saya di Kampung Ekor Lambat, Parit, Perak.

Ampun Maaf Salam Aidil Fitri 1437H

Raya kali ini, adalah sederhana sahaja. Tidaklah berbelanja lebih mahupun kurang. Semua ada pakaian baru untuk dipakai di pagi Hari Raya Aidil Fitri. Dan tahun ini, kami memilih warna biru sebagai warna memeriahkan sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1437H. Warna yang saya sangat suka .... huhu .. tanpa sedikit pun memberitahu isteri saya.

Saya dan isteri tiada masalah untuk memilih tempat atau kampung halaman untuk berhari raya, al maklumlah jarak antara Parit dan Batu Gajah tidaklah sejauh mana. In Sha Allah, kalau jalanraya clean and clear, dalam 20 - 30 minit boleh tiba.

Namun, hari raya kali ini ... saya diberikan ujian kesihatan sedikit. In Sha Allah, nanti saya ceritakan di lain post.

Kesempatan yang ada ini, saya dan seisi keluarga - Linda (isteri), Amri (12 tahun), Zikri (8 tahun) dan Humaira (6 tahun) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1437H, maaf zahir dan batin.
Andai ada salah dan silap saya sepanjang berkongsi pengetahuan, ilmu, info, cerita, kisah, tips, panduan dan sebagainya menerusi blog ini dan blog-blog saya yang lain, termasuklah menerusi laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter; saya ingin memohon ampun maaf dari sekecil kesalahan dan kesilapan.

Saya minta ampun maaf, mungkin ada di antara perkongsian dan kata-kata saya yang telah menyinggung perasaan, samada disedari atau tidak selama ini.

Ramai yang tidak mengenali saya in-person, tetapi ini tidak bermakna saya boleh terlepas dari kesilapan, dan tidak bermakna saya tidak perlu memohon kemaafan. Lidah manusia .. kadangkala ringan, apatah lagi jari jemari yang ada masa bertindak menngikut emosi dan hasutan.

Sekali lagi, saya dan seisi keluarga ingin menyusun sepuloh jari meminta dan memohon maaf atas segala silap dan salah. Mohon juga dihalalkan apa yang terambil, dan andai mahu dituntut, boleh terus hubungi saya menerusi ruangan hubungi (contact) yang disediakan. In Sha Allah, saya akan cuba tunaikan.

2 comments.. read them below or add one

Mrs. A Mrs. A July 11, 2016
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat HH serta seisi keluarga.
Maaf zahir dan batin
Hasrul Hassan Hasrul Hassan July 12, 2016
Terima kasih. Selamat Hari Raya juga untuk Mrs. A

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.