Syoknya Jualan Gudang Kasut Pallas

Ini antara sebab saya dan keluarga bahagia tinggal di Parit Buntar, ada banyak jualan gudang daripada tekstil, pakaian, langsir, tudung, jubah dan macam-macam lagi, termasuklah jualan gudang kasut. Nah .. setiap tahun, kami sekeluarga pasti tidak akan ketinggalan untuk ke jualan gudang kasut Pallas. Ada gudang kasut jenama Pallas yang terletak di Nibong Tebal, yang merupakan pekan terdekat Parit Buntar.

Setiap tahun, kami akan mendapatkan sejumlah kasut dengan harga yang terbaik, terendah menerusi jualan gudang Pallas ini. Stok untuk kasut sekolah anak-anak siap dibeli untuk 1-2 tahun, kadang kalau harganya antara RM1-RM5, kami akan beli dengan banyak untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Syoknya Jualan Gudang Kasut Pallas

Syoknya Jualan Gudang Kasut Pallas
Walaupun harga kasut murah, tapi kualiti tetap terbaik. Cuma biasalah ... ada sedikit kekotoran atau kecacatan minima. Tapi dengan harga yang dah memang tak diperolehi di tempat lain, dari gudang pulak tu ... ia sangat-sangat berbaloi.

Setiap tahun, gudang Pallas ini akan menjalankan jualan besar-besaran sebanyak 2 kali. Ia samada di akhir/awal tahun dan juga di pertengahan tahun. Macam kali ini, saya dan keluarga sempat mendapatkan beberapa pasang kasut untuk persiapan persekolahan tahun 2017 selain membeli kasut untuk hari raya. Harga yang dijual dari semurah RM5 - RM10 sepasang.

[Baca] Jualan Gudang - Berbelanja Cara Jimat

Untuk kasut yang 'canggih' sikit ... ada yang berharga sehingga RM30 sepasang. Walaupun begitu, ia tetap separuh harga dari harga pasaran. Bayangkan ada kasut yang dijual di kedai berharga RM100 - RM200 hanya dijual antara RM30 - RM50 sepasang sahaja di jualan gudang kasut Pallas ini.
Syoknya Jualan Gudang Kasut Pallas
Syoknya Jualan Gudang Kasut Pallas
Tapi tak ramai yang tahu mengenai jualan gudang ini memandangkan promosinya yang terhad. Mungkin sasaran dia tak meluas kot .. Jualan gudang ni berlangsung selama 3 hari sahaja (Jumaat - Ahad). Dan saya dapati ramai yang beli adalah dari kalangan orang-orang yang tinggal berdekatan Nibong Tebal.

Kebetulan Nampak Banner Iklan Jualan Gudang Pallas

Saya dapat tahu pun sebab kebetulan ternampak banner jualan gudang ini di salah satu simpang di Parit Buntar. Kalau jenis orang yang tak layan banner kat simpang-simpang jalan, memang tak akan perasan la...huhuhu...

Alhamdulillah, kami anak beranak dah berjaya borong lebih daripada 10 pasang kasut dari jualan gudang kasut Pallas ni. Rezeki Allah S.W.T menggerakkan hati saya untuk melihat banner iklan ... langsung diberikan laluan untuk berjimat cermat dengan jualan gudang ini.

Kasut sekolah untuk tahun depan dah ada, kasut untuk raya 2016 pun dah ada. Syukur. Anak-anak pun semua suka dan teruja.
Syoknya Jualan Gudang Kasut Pallas
Oh ya, lokasi jualan gudang ini sama setiap tahun. Ia terletak di Nibong Tebal, jalan menuju ke Pusat Pelupusan Sampah Sungai Burung. Agak sukar saya nak berikan panduan jalan, tapi In Sha Allah, nanti saya akan kongsikan tempat ni di masa akan datang.

{ 13 comments.. read them below or add one }

PeRdU cINta PeRdU cINta June 02, 2016
alhamdulillah...boleh berjimat..yang murah tidak semestinya tidak bagus...asalkan cermat in sya Allah boleh bertahan lama..
izzeyda izzeyda June 02, 2016
boleh juga berjimat kan..
Afidah Azmi Afidah Azmi June 02, 2016
dulu besa p..tapi kali ni tak sempat nak p..ada banyak qeja..tu pun jualan gudang pasai cadar patchwork x p..terpaksa suruh org lain belikan
Cik Ash Cik Ash June 02, 2016
siapa peminat kasut palas harus pergi borong ni
Raihanah Ahmad Raihanah Ahmad June 03, 2016
untunglah, boleh jimat banyak tu
Cr. Siti Hazreen Shahrom Cr. Siti Hazreen Shahrom June 03, 2016
menarik! boleh berjimat cermat ;)
Abdullah Idris Abdullah Idris June 03, 2016
Bagi yang bijak berbelanja, jualan murah, jualan penghabisan stok dengan harga yang berkali ganda lebih murah ni, pasti ditunggu-tunggu.

Ada sesetengah orang menganggap jualan murah begini, barangnya tidak berkualiti. Saya sendiri tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan pilihan jika ada jualan murah.
yang baik yang baik June 03, 2016
Menarik sangat, jika jualan masih ada dan berpeluang nak juga ke sana... boleh buat stok :D
Bella Salsabiila Bella Salsabiila June 03, 2016
wow, shoping day haaa nak ramadhan banyak shoping banyak berkah gaya modern

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.