Bila Bapaknya Tak Reti Menjahit ..

Ada yang ingat saya sebagai House Husband pandailah menjahit .. tetapi ikhlas nak beritahu .. saya memang tak berapa nak reti jahit menjahit ni. Anda sendiri boleh lihat cara jahitan saya dalam post mengenai - Bila House Husband Menjahit ... haha .. memang fail sebenarnya.

Baru-baru ni, saya ada kongsikan tentang anak saya yang bongsu iaitu Maira yang dah boleh jahit menjahit sendiri. In Sha Allah, setakat nak jahit benda koyak tu boleh kot .. tapi asal jangan baju dan seluar bapak dia sudahhhh .. hahaha...

Bila Bapaknya Tak Reti Menjahit ..

Sebenarnya, Maira (umur 6 tahun) dah suruh saya jahitkan bahagian yang koyak pada anak patungnya ... tapi saya buat tak tahu je. Haha .. malas dan sah-sah saya tak mahu libatkan diri dengan mata kurang nampak untuk masukkan benang dalam jarum. Lagipun, ini kerja profesional orang perempuan kat rumah .. keh keh keh ... lalala.

Jadi, saya biarkan.

Tup tap, saya tengok anak saya si Maira dah jahit anak patungnya sendiri. Hari tu dah jahit dah .. tapi tak kemas. Kali ini, selepas diberikan tutorial ringkas oleh isteri saya, maka diulangi balik ... dengan misi untuk menjahit bahagian terkoyak dengan lebih sempurna. Al maklumlah, anak patung tu beli dari kedai bundle .. bukannya beli baru ... so, memang dah jangka akan jadi begitu.

Lihat kegigihan dan tekunnya Maira menjahit ..  semua gara-gara saya, bapaknya yang tak reti menjahit .. hoho.
Hmm .. mungkin dah besar sikit .. bolehlah si Maira ni jahit baju bapaknya pula .. ekekkekek .. huhuhu .. ini sebenarnya niat saya .. lalala.

Moga Maira akan menjadi anak yang baik buat kedua ibu bapaknya .. in Sha Allah.



4 comments.. read them below or add one

Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof June 14, 2016
pandai dah dia menjahit dari bapanya ye..dah besar nanti boleh la tolong ibu menjahit pulak...pandai dia..
Cik Ash Cik Ash June 14, 2016
pandainya dia jahit...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.