Langkau ke kandungan utama

6 Sebab Suka Guna Seterika Steam Generator Phillips

Kalau anda ikuti kisah seharian saya sebagai House Husband, tentu anda ada perasan yang saya pernah tunjukkan satu gambar seterika Steam Generator jenama Phillips. Seterika ni rasanya sudah dekat 2 tahun digunakan di rumah. Memang terbaiklah. Seterika Steam Generator ni bukan hanya mudah menyelesaikan masalah nak iron baju tetapi juga menjimatkan masa. Saya secara peribadi, memang suka menggunakan seterika Steam Generator, terutama dari jenama Phillips ni.

Seterika Steam Generator jenama Phillips ni, isteri saya beli secara online dengan harga RM700 sahaja. Dah la murah, boleh bayar tiga kali secara ansuran pulak tu. Saya dah lupa kat mana isteri saya beli secara online ni...huhu .. tak silap saya dari Page FB. Seterika ini dibeli dari UK .. dan bukan dari mana-mana pasaraya atau kedai elektrik di Malaysia. Tu yang buat saya tak faham, kenapa harga seterika ini sangat murah .... malah dua kali ganda lebih murah dari yang dijual di Malaysia.

6 Sebab Suka Guna Seterika Steam Generator Phillips

6 Sebab Suka Guna Seterika Steam Generator Phillips
Buat mereka yang mungkin tengah memikirkan nak membeli sebuah seterika baru, saya sangat syorkan anda mendapatkan seterika jenis Steam Generator ini. Tak kiralah jenama apa pun, dan dari mana anda beli; In Sha Allah ia akan banyak membantu anda.

Jimat Masa

Seterika ini menjimatkan masa anda. Anda boleh seterika lebih banyak baju menggunakan seterika ini jika dibandingkan dengan seterika biasa jenis konvensional. Malah, seterika stim biasa pun tak boleh nak lawan .. hohoho ...Dengan adanya stim, proses menyerika baju boleh dilakukan sekali lalu - dan bukan dua tiga kali.

Boleh Seterika Sekali Lalu

Anda hanya perlu letakkan baju dan seluar yang mahu diseterika tanpa perlu diterbalikkan/dikalihkan, atau dengan kata lain ... hanya seterika one side sahaja. Seterika sekali lalu sahaja, dengan bantuan stim .. pakaian yang digosok akan hilang kedutan dan nampak kemas.
6 Sebab Suka Guna Seterika Steam Generator Phillips

Sesuai Untuk Semua Jenis Kain/Pakaian

Dengan teknologi yang ada, ia boleh seterika semua jenis kain dan pakaian yang boleh diseterika. Pakaian dari jenis linen, sutera, kapas, kashmir .. in Sha Allah boleh diseterika tanpa sebarang masalah.

Tapak Tak Berkerak

Kadang bila gunakan seterika biasa, anda akan perasan bahawa tapak seterika akan mudah berkerak .. terutama jika menggunakan seterika dengan lama. Kesan kerak ini seperti kesan terbakar, dan kalau tidak dicuci atau dibersihkan ... kesan tersebut boleh terkena pada pakaian terutama pakaian putih sehingga menyebabkan pakaian kelihatan kekuning-kuningan.

Boleh Seterika Pakaian Tebal

Model seterika Steam Generator yang isteri saya beli ini mempunyai kekuatan tekanan 210 g atau 5 bar. Jadi ia tidak mendatangkan sebarang masalah untuk seterika seluar sekolah atau uniform.

Tapak Lancar

Sesetengah seterika ia akan bawa masalah untuk seterika jenis pakaian tertentu kerana tapaknya yang tidak mesra dan mudah kesat.. hoho .. Tetapi, tapak seterika jenis Steam Generator memang dibuat daripada bahan yang boleh melancarkan boleh menyerika, tak adalah tersekat-sekat, nak nak ditambah ada wap air yang akan bantu untuk bantu lancarkan lagi proses nak hilangkan kedut-kedut di pakaian.
6 Sebab Suka Guna Seterika Steam Generator Phillips
6 Sebab Suka Guna Seterika Steam Generator Phillips
Itulah dia enam sebab mengapa saya sebagai seorang House Husband suka guna seterika ni. Kalau tanya House Wife,  isteri saya tentu lebih banyak sebab dia boleh berikan ... tu sebab dia beli seterika ini secara online dari UK tanpa sebarang keraguan.

Maka, andai anda sedang berkira-kira nak dapatkan seterika baru, bolehlah cuba cari ye. Serius best pakai seterika ni, anda boleh jimat masa dengan sangat banyak, dan lebih banyak pakaian yang kedut boleh dilicinkan dengan sempurna, in Sha Allah semua akan nampak kemas.

Anak-anak yang nak pergi ke sekolah pun rasa best dan seronok nak ke sekolah sebab pakai baju yang kemas dan diseterika dengan baik.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …