Bahana Kalau Tak Tahu Jaga Kereta Sendiri

Untung mereka yang kerjanya sebagai seorang mekanik. Sah-sah kereta sendiri akan sentiasa berada di dalam keadaan tip top. Abang dan adik ipar saya, mereka ada pengalaman sebagai seorang mekanik. Kalau tengok kereta pertama mereka ... memang tak sangka boleh bertahan sampai 5-6 tahun. Yelah, tengok fizikal macam kereta yang layak untuk dijadikan besi buruk je. Tapi bahagian enjin ... perghhh .. power.

Saya beruntung ada dua orang yang saya kenal yang mahir selok belok penjagaan kereta. Dari bahagian dalam sampailah ke bahagian enjin. Setiap kali ada masalah dengan kereta, samada kereta sendiri atau kenderaan rakan taulan, saya pasti akan rujuk abang dan adik ipar saya. Kadang, benda yang simple je pun saya akan tanya mereka .. contohnya bagaimana nak reset cermin kereta automatik.

Bahana Kalau Tak Tahu Jaga Kereta Sendiri

Sebenarnya, semua pemilik kereta harus tahu cara untuk jaga kenderaan sendiri. Paling tidak, mesti tahu cara nak matikan alarm yang gagal berfungsi dengan baik, cara nak tukar tayar, cara nak ketahui masalah kenapa lampu enjin menyala, dan macam-macam lagi ... yang kalau kita tak berapa nak ambil tahu, akan membuatkan kita terpaksa membayar kos yang mahal (walaupun masalahnya kecil).

Tentu anda ada baca mengenai kisah kereta Axia yang wife saya beli - Masalah Perodua Axia Advance Version Yang Baru Dibeli ... kalau tidak pengalaman dari abang dan adik ipar saya ... tentu masalah yang ada ambil masa lebih lama untuk settle dari sepatutnya. Dari situ, saya mula ambil tahu serba sedikit mengenai penjagaan kenderaan sendiri.

Saya banyak mendengar kisah dan cerita tentang pemilik kereta yang kena tipu oleh penguasaha bengkel yang tidak bertanggungjawab, yang pandai ambil kesempatan atas masalah orang lain. Kalau anda seorang yang ada pengetahuan sedikit sebanyak mengenai kereta atau kenderaan anda, kemungkinan besar anda boleh elak dari kena tipu ... kalau tidak banyak, sedikit ...

Tapi, baik mencegah dari terkena bahana ditipu. Maka, kena ambil tahu sedikit sebanyak cara yang betul untuk menjaga kereta atau kenderaan sendiri.

Bahana kalau tak tahu jaga kereta sendiri ..
  • Kena tipu dengan bengkel kereta
  • Kena keluarkan modal lebih untuk repair kereta
  • Guna alat ganti tiruan, tetapi membayar harga alat ganti tulen
  • Kenderaan cepat rosak
  • Kenderaan cepat nampak lusuh
  • Usia kereta jadi singkat, tapi pinjaman belum habis bayar
  • Tak tahu masalah kereta sendiri
  • Kemalangan mudah berlaku


Tahukah anda, boleh dikatakan hampir separuh pemilik kereta tidak pernah memeriksa angin tayar spare yang ada. Apa yang mereka tahu adalah angin tayar yang sedang digunakan, itupun tidak mengikut psi atau tekanan yang betul .. asal rasa keras je .. dah ok...huhuhu. Walhal, angin tayar untuk perjalanan dekat dan jauh adalah berbeza, belum lagi lihat pada muatan dalam kereta ...

Penjagaan kusyen kereta juga penting. Kalau tidak dijaga dengan baik, ia akan jadi cepat lusuh, cepat rosak dan paling bahaya .. ia menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman merbahaya. Bukan takat benda yang tidak nampak akan menjadikan kereta sebagai tempat pembiakan, lipas, malah tikus pun boleh bersarang di dalam kereta jika kita ambil mudah tentang cara kita 'simpan' dan jaga kereta kita.

Kalau anda mahu ilmu pengetahuan ekspress penjagaan kereta, maka saya syorkan anda mendapatkan panduan di bawah:

[Baca] Mudahnya Menjaga Kereta

Ia merupakan panduan dalam bentuk ebook yang boleh anda simpan dalam handphone anda, atau anda cetak untuk rujukan mudah. Mungkin ada perkara yang anda telah tahu, tetapi bukan semua anda telah tahu. Jadi, kalau benar sayangkan kereta anda yang merupakan liabiliti ini ... maka jaga elok2 menerusi panduan ini.

{ 7 comments.. read them below or add one }

Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar May 31, 2016
secara jujurnya..saya telah berada di dalam industri automotif bertahun lamanya. nak dekat 10 tahun. dan saya bekerja menghasilkan "jantung" kereta. tapi saya tak tahu nak repair kereta. hahaha. segala-galanya saya serahkan pada mekanik. teruk kan? ahahaha.
PeRdU cINta PeRdU cINta May 31, 2016
Betul...PC cuma pandai tanggalkan wiper cermin kereta je nak ganti...pasang semula kelam kabut...setuju tidak banyak serba sedikit kena belajarkan Bro HH...dan kena tipu tu memang ada pengalaman berlaku pada babah PC...blacklist terus kedai tu..
Mrs. A Mrs. A May 31, 2016
Tahu pun, pam tayar keta jer...
Risau pulak kok jadi macam tikus baiki labu.
Bagi Mrs. A baiklah serahkan pada yang pakar
Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof June 01, 2016
betul tu..pernah terjadi pada saya...bila tayar spare pun takde angin..adeh!!
Ismiqbal Abdullah Ismiqbal Abdullah June 01, 2016
adehh... terasa kepada diri sendiri...reti naik jer... isi angin, topup air wiper..haha
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz June 02, 2016
Adoii laaa...hehehe sama jugak ngan saya..reti bawak jer..datang masalah mmg tatau apa2 laa jawapnya..
kak gojes kak gojes June 23, 2016
sy pun buta hurup kalau bab kereta ni

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.