Satu penghormatan besar bagi diri saya. Tak sangka rezeki saya semakin melimpah ruah setelah balik dari Majlis Sepetang Bersama Blogger - SBB2016. Selain mendapat beberapa tawaran pengiklanan dan advertorial, ada pihak yang telah melihat saya sebagai satu watak penting dalam membentuk komuniti online yang bertanggungjawab. Paling bermakna, ia datang dari satu badan yang dihormati di Malaysia iaitu JAKIM.

Saya bukan ustaz, saya juga bukan lulusan dalam bidang syariah, dan jauh sekali memiliki pengetahuan mendalam dalam bidang agama. Saya bukan sesiapa pun. Apa yang saya terima hari ini kebanyakkan adalah anugerah dan pemberian rakan-rakan blogger. Mereka yang memotivasikan saya untuk terus menjadi seorang penulis blog dan online influencer - berkongsi ilmu pengetahuan dan informasi kepada semua.

Dijemput Sebagai Tetamu Jemputan Dalam Program MyHalal JAKIM-RTM 

Dijemput Untuk Porgram MyHalal
Ini sesuatu yang diluar jangkaan saya. Saya tidak pernah pun berfikir akan berada di satu platform di mana ilmu dan pengetahuan yang saya ada memberikan satu impak baik untuk masyarakat.

Sebaik sahaja pulang dari SBB2016, saya dikejutkan dengan menerima satu mesej di laman fanpage blog saya iaitu di http://www.facebook.com/bloghasrulhassan. Ia datang dari seseorang yang bertugas di Bahagian Media JAKIM, yang bertanggungjawab menerbitkan rancangan MyHalal disiarkan oleh RTM.

Dijemput Sebagai Tetamu Jemputan Untuk Program MyHalal JAKIM-RTM
Saya dijemput sebagai salah seorang tetamu jemputan untuk program TV RTM MyHalal - Viral Sepanjang Zaman. Paling membuatkan saya rasa terharu dan bangga ialah kerana diberikan kesempatan bergandingan dengan Ustaz Zahazan yang saya fikir semua orang kenal.

Memang menarik sekali jemputan ini. Namun, atas sebab-sebab tertentu, saya tidak dapat menghadirinya. Apakan daya, saya ada aral melintang untuk hadir sebagai tetamu jemputan.

Terpaksa Menolak

Saya dengan rasa berat hati terpaksa menolak jemputan ini, dan pihak mereka faham dengan masalah yang saya perlu hadapi. Apatah lagi, saya tinggal di Nibong Tebal. Andai program siaran langsung ini dilakukan di penghujung jalan taman ini, mungkin ia bukan satu masalah buat saya.

Ini bukan rezeki saya, in Sha Allah .. jika ada peluang lain, saya ingin sekali menyumbang ilmu dan pengetahuan yang ada.

[Baca] Mahu tahu rahsia untuk mendapat rezeki melimpah-ruah? Dapatkan ebook ini - http://bit.do/formularezeki

Info Program MyHalal TV1

MyHalal merupakan program terbaru kerjasama RTM dan JAKIM untuk memberikan info tepat lagi benar berkaitan dengan segala perkara yang membabitkan Halal Jakim. Ia masih baru, dan setakat post ini ditulis ia baru diterbitkan sebanyak 4 episode, dengan episode paling menarik mengenai Kod E Halal Jakim yang ada dalam label pembungkusan.

Anda boleh tengok di page MyHalal TV1.

Rancangan MyHalal Jakim - RTM ini bersiaran setiap Rabu di saluran TV1 jam 6:30 petang.

Terima kasih kepada pihak Halal Jakim dan RTM yang menyedari kehadiran saya di dunia digital Malaysia.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Terima kasih. Jemputan biasa je ... tak lebih hebat dari Syira sendiri yang dah ada buku sendiri .. kan kan?

      Padam
  2. Alhamdulillah syukur...tahniah bro HH...in sha Allah lepas ini ada lagi undangan lain...amin...

    BalasPadam
  3. Tahniah bro. Tak apa, insyallah akan ada rezeki lain yang akan datang.

    BalasPadam
  4. Sally dapat tajuk "Menu Antarabangsa"...seram sejuk rasa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement