Hujung Minggu di SPICE Aquatic Centre Pulau Pinang

Hujung minggu kalau tidak tahu nak ke mana, bolehlah lepak-lepak main air di SPICE Aquatic Centre yang terletak di Relau, Pulau Pinang. SPICE atau nama penuhnya Subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre merupakan jenama baru yang diperkenalkan SP Setia setelah mengambil-alih PISA (Penang Indoor Stadium and Arena) dari Penang Municipal Council.

PISA telah diubahsuai sehingga menjadi serba baru dengan tarikan terkini SPICE Aquatic Centre. Dan yang menariknya ialah, tempat ini secara keseluruhannya telah ditukarkan menjadi sebuah sumber mendapatkan tenaga solar dengan adanya panel solar yang dianggap terbesar di Malaysia. Kos sebanyak RM 4 juta dikeluarkan oleh SP Setia untuk meletakkan solar photo voltanic system yang boleh menghasilkan sehingga 980 megawatt per jam (MWh) setahun.

Hujung Minggu di SPICE Aquatic Centre Pulau Pinang

SP Setia SPICE Aquatic Centre Pulau Pinang
Disebabkan viralnya SPICE Aquatic Centre ini di Facebook, maka kami sekeluarga telah pergi untuk berhujung minggu di situ. Kami bertolak menuju ke Pulau Pinang seawal jam 8 pagi, melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang. Tiba lebih kurang jam 10 pagi dimana Aquatic Centre baru sahaja dibuka.

Berpusing juga kami mencari tempat ini memandangkan banyak kawasan yang dulunya dikenali sebagai PISA ini sedang dalam pengubahsuaian dan pembinaan. Rasanya tiga kali tawaf jugalah ... walaupun menggunakan Waze dan Google Map. Kami akhirnya jumpa selepas bertanya pada guard warga Nepal yang menjaga pintu masuk ke SPICE.
SP Setia SPICE Aquatic Centre Pulau Pinang
SP Setia SPICE Aquatic Centre Pulau Pinang
Dari luar, tak nampak pun besar tempat ni. Tapi bila dah masuk ke dalam ... mak aihh ... ada kolam renang saiz Olimpik dan juga tempat terjun papan anjal. Oh ya, tempat parking luas .. saya parking kereta di kawasan letak kereta di bawah Aquatic Centre ini - dan ianya percuma.

Bayaran Masuk SPICE Aquatic Centre

Tetapi, untuk masuk ke Aquatic Centre, anda akan dikenakan bayaran seperti berikut:

Hari Biasa
  • Dewasa: RM8 (8 pagi - 6 petang) dan RM10 (6 petang - 11 malam)
  • Kanak-kanak: RM6 (8 pagi - 6 petang) dan RM8 (6 petang - 11 malam)

Sabtu Ahad serta Cuti Am (8 pagi - 11 malam)
  • Dewasa: RM10
  • Kanak-kanak: RM8 

Awas! Peraturan Ketat Aquatic Centre

Peraturan amat ketat di sini. Hanya mereka yang mempunyai set pakaian mandi yang betul dan dibenarkan sahaja boleh menggunakan kemudahan yang ada. Nasib baik saya hanya datang untuk usyar dulu tempat ni, manakala isteri dan anak-anak memang telah ada set pakaian mandi/renang yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Spice Aquatic Centre Penang
Spice Aquatic Centre Penang

Kalau nak tahu, mereka akan minta anda tunjukkan baju renang sebelum masuk .... hoho .. jadi, pastikan anda membawa pakaian mandi atau renang yang sesuai, in Sha Allah, saya akan tunjukkan di dalam post ini.

Apa Ada Dalam Aquatic Centre?

Apa yang ada di dalam SPICE Aquatic Centre ini?
  1. Kolam renang saiz Olimpik
  2. Kolam terjunan papan anjal (tidak dibuka kepada umum)
  3. Taman air mini untuk kanak-kanak - Children's Water Theme Park
  4. Cafe
  5. Tempat persalinan pakaian / tandas
  6. Surau
  7. Mini Gym
  8. Kedai dan Pejabat untuk mendaftar kelas renang
Awas dengan gerak geri anda, kerana ia sentiasa diperhatikan oleh 'life-guard' yang sentiasa ada di setiap kolam. Andai anda ada melakukan kesalahan, maka akan peritlah telinga mendengar bunyi wisel .... huhu .. saya ada nampak beberapa pengunjung yang kena amaran dengan wisel sebab:
  • Memasuki kawasan larangan - kolam terjunan
  • Dewasa main air di Children's Water Theme Park
  • Tidak memakai pakaian renang yang dibenarkan
Semasa kami ke SPICE Aquatic Centre ni, pengunjung tak berapa ramai. Jadi, kawasan main air kanak-kanak memang lengang, hanya ada beberapa orang kanak-kanak - kurang dalam 10 orang. Jadi, memang anak-anak saya layan habislah ...
Children Water Theme Park
Begitu juga dengan kawasan kolam renang yang panjang dan besar tu .. fuh saiz Olimpik .. isteri saya cakap .. sekali lap pun dah mengah dibuatnya. Kedalaman kolam rasanya dalam 7 kaki, dan airnya agak suam-suam kuku berbanding dengan air di kawasan Children's Water Theme Park.

Kawasan memang bersih, dijaga rapi ... malah dalam kawasan persalinan dan bilik air pun bersih. Siap ada shower air panas disediakan .. fuh .. memang terbaiklah tempat ni.
Spice Aquatic Centre Penang
Dekat 2 jam juga anak-anak saya main air di sini. Huhuu.. jika anda tidak tahu berenang, tempat ini bukan untuk anda. Anda mungkin hanya boleh menumpang basahkan badan di kawasan kanak-kanak sahaja dengan syarat ada anak anda .. huhuhu.. kalau takde, memang kena halau la jawabnya .. hehehe...

Orait. Itu serba sedikit cerita saya mengenai tempat ini - Setia SPICE Aquatic Centre. Jika nak ke sini, elok fikir dan hadam apa yang telah saya ceritakan dari awal tadi ye.

Enjoy beberapa gambar tempat ini untuk tatapan mata anda. Jika ada apa-apa nak tanya, tinggalkan sahaja komen, atau mungkin share pengalaman anda ke sini, jika dah pernah pergi .. okies?
SPICE Aquatic Centre Pulau Pinang
SPICE Aquatic Centre Pulau Pinang
SPICE Aquatic Centre Pulau Pinang
SPICE Aquatic Centre Pulau Pinang
SPICE Aquatic Centre Pulau Pinang
Children Water Theme Park SPICE Aquatic Centre Pulau Pinang
Children Water Theme Park SPICE Aquatic Centre Pulau Pinang






3 comments.. read them below or add one

sayidah napisah sayidah napisah March 08, 2016
wah bestnyaaa ! harap laa boleh pergi sana one fine day :D
ubai ismail ubai ismail March 08, 2016
baru teringin nak mandi dekat sini.. haha
yang baik yang baik March 09, 2016
bagus juga dapat beriadah bersama keluarga di tempat begini... tidaklah panas sangat, Cuaca sekarang kan tidak menentu.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.