7 Sebab Untuk Tidak Beli iPhone SE

7 Sebab Untuk Tidak Beli iPhone SE. Apple baru-baru ini telah mengumumkan kelahiran 'baru' siri iPhone, iaitu iPhone SE. Apakah ciri yang menarik yang ada di dalam iPhone SE ini? Mengapa ada pihak yang tidak berapa seronok dengan kelahiran iPhone SE - disebut iPhone Special Edition. Dan mengapa pihak Apple bersungguh mengatakan bahawa produk ini adalah yang terbaik?

Ok. Saya tak mahu review pasal produk ini dari segi kelebihannya ... sebab saya tidak mempunyai iPhone SE, dan saya juga bukan pengguna Apple tegar. Saya pernah ada iPad Mini tetapi alami kerosakan, sudahpun dihantar ke kedai untuk repair, tetapi  lebih 4 bulan hantar ke kedai tapi masih lagi belum siap dibaiki. Entah apa masalahnya, tidak pula diketahui dengan detail .. asyik postpone sahaja... grrr ....

Lupakan kisah saya yang tak menarik mengenai iPad Mini tu. Dalam post ini saya nak kongsikan beberapa fakta yang mungkin anda tidak sedar tentang iPhone SE ini terutama dari sudut mengapa anda tidak perlu membeli dan mendapatkan produk ini di pasaran.

7 Sebab Untuk Tidak Beli iPhone SE

Sebab Untuk Tidak Beli iPhone SE
Mengapa tak ceritakan pasal kelebihannya? Biasalah, nak tengok kelebihan sesuatu, kena lihat dulu pada kekurangannya .. sebab, sifat manusia yang mahu tahu benda yang tak berapa elok pada sesuatu. Mungkin ini adalah sebab mengapa anda klik, dan baca tajuk post ini.

Sebab-Sebab Untuk Tidak Mendapatkan dan Membeli iPhone SE 2016

Orait, malas nak sembang panjang. Mari lihat sebab-sebab yang memungkinkan anda untuk tidak membeli sebuah iPhone SE baru.
  1. Design memang sama macam iPhone 5/5S, bukankah jenama Apple itu berkaitan dengan inovatif? Kenapa masih gunakan rekabentuk yang sama? iPhone 5 direkabentuk dan dihasilkan pada tahun 2012, dan setelah lebih dua setengah tahun (2016), tiada rekabentuk yang baru untuk iPhone? Ia hanya untungkan pengeluar casing untuk iPhone 5/5S sebelum ini di mana produk yang sama boleh dijual untuk casing iPhone SE.
  2. Paparan skrin hanya 4 inci? Errrr .. bilamana semua orang mencari telefon pintar dengan skrin yang lebih daripada 5 inci kenapa iPhone patah belakang dengan paparan yang lebih kecil? Adakah ia untuk anak-anak yang berjari halus mulus? Puas ke nak tengok video dengan paparan sekecil itu?
  3. Kamera depan hanya 1.2MP? Dalam fenomena orang ramai yang suka selfie, bukankah lebih baik ia dipertingkatkan kepada pixels yang lebih tinggi? Adakah Apple tak alert tentang perkembangan ini?
  4. Kamera belakang (utama) kekal dengan 12MP. Mana inovasi yang diperkatakan? Dan nampak jarak perbezaan pixels antara kamera depan dan belakang, dibandingkan dengan telefon pintar yang lain ..... yang ada 5MP (depan) secara puratanya dan lebih dari 12 MP untuk kamera belakang!
  5. Kapasiti 16GB? Mana cukup untuk sebuah telefon pintar yang punyai kelas tersendiri. Saya masih ingat, pencipta Apple pernah berkata .. bahawa produk Apple adalah untuk kelebihan pengguna, lebih bersifat dekat di hati, itu sebab Steve Jobs berjaya. Adakah kapasiti 16GB cukup untuk storan simpan gambar dan muat turun aplikasi yang best-best? Paling tidak berilah kapasiti storan 32GB! Berbaloi dengan harga? Versi 64GB kena tambah harga yang boleh dikatakan jauh bezanya .. uh alohhh ....
  6. Secara kasarnya iPhone SE cumalah sebuah telefon pintar Recycle dari Apple, dan bukan satu produk yang benar-benar ada kelebihan dari segi inovatif yang difahami ramai orang. 
  7. Secara amnya spesifikasi dan juga keupayaan iPhone SE adalah gabungan dua versi terdahulu - iPhone 5 dan iPhone 6. Cumanya iPhone SE mempunyai paparan dengan saiz kecil, yang kononnya untuk mereka yang mempunyai tangan yang kecil ... errr .. pasaran Asia mungkin?
Ok.. begitulah secara amnya antara sebab kenapa untuk tidak harus membeli iPhone SE. Saya menyenaraikan hanya 7 sebab untuk tidak beli iPhone SE, walhal ada artikel yang paparkan lebih banyak lagi kekurangan dalam iPhone edisi 2016 ini.

[Tawaran Khas] Dapatkan iPhone 6S Dengan Harga Diskaun

SE Stands For?

Paling menarik diperkatakan ialah perkataan SE. Ada yang kata SE stands for Same Edition, atau Smaller Edition atau Similiar Edition; dan nyata walaupun post ini ditulis menunjukkan betapa ruginya mereka membeli iPhone SE, namun masih ada pengguna dan pengikut setia iPhone yang tidak ambil kesah. Mesti ada kelebihannya ... ye tak? Huhuhu...

Tapi secara amnya ialah ...

Kekuatan Jenama Yang 'Menipu' Orang Ramai

Sebab Untuk Tidak Beli iPhone SE
Kekuatan jenama ini yang telah blend-in dalam kehidupan penggunanya. Dengan kekuatan inilah, yang telah menyebabkan ramai pengguna Apple khususnya iPhone 'ditipu' hidup-hidup. Orang ramai percaya dengan jenama ini yang diasaskan oleh seseorang yang menjadi idola seluruh dunia. Dan Apple terus membuat keuntungan dengan produk terkini iPhone yang diibaratkan sebagai produk inovatif terbaik untuk nampak seolah sesuatu yang istimewa. Walhal, apa yang ada dalam iPhone SE adalah semuanya perkakasan bahan kitar semula!

[Tawaran] Beli iPhone 6s Plus Dengan Diskaun serta Ansuran Serendah RM349.92 Sebulan

Saya menulis post ini bukanlah untuk kondem jenama ini, sebab saya tahu ramai peminat dan pengikut iPhone di seluruh dunia, mahupun di Malaysia sendiri. Apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan review ringkas yang berfakta yang terkandung dalam video di bawah. Anda boleh tonton sehingga habis jika mahu.

SuperSaf TV -Saluran tech UK paling meluas berkaitan info teknologi, preview serta review, tanpa bias, perbandingan secara side-by-side dan tips terbaik untuk membantu memilih produk dengan fakta yang tak boleh disangkal.

Tabik Untuk Pengguna iPhone

Apapun, saya masih lagi tabik pada mereka yang menggunakan telefon pintar jenama iPhone sebab ia dikategorikan sebagai telefon pintar eksklusif, hanya untuk mereka yang hebat dan mahu kelihatan hebat. Hanya mereka yang tahu erti sebenar inovatif Apple akan memahami, dan terus memberikan sokongan kepada produk ini, walaupun iPhone SE cuma sebuah telefon yang diletakkan SE untuk meraih perhatian.
7 Reasons Not To Buy iPhone SE 2016
Harganya memang tidak mampu saya milik, seperti saya katakan tadi .. ia hanya untuk mereka yang hebat dan faham konsep inovatif dalam Apple. Anda rasa anda seorang yang hebat, mahu nampak hebat, tahu apa itu inovasi dan inovatif dalam Apple, maka saya tidak akan melarang anda untuk membeli dan mendapatkan produk terbaru 2016 ini daripada Apple iPhone.

Dengan sebab itulah, yang memungkinkan saya untuk terus setia pada jenama telefon pintar yang lain yang harganya jauh lebih murah, yang sesuai dengan bajet saya. Apatah lagi jika telefon pintar itu mempunyai spesifikasi yang hampir kurang sama dengan iPhone. Pilihan ada.

[Baca] Kenapa saya memilih 2 produk Apple untuk tersenarai dalam - 10 Produk Terbaik Lazada untuk Hadiah Harijadi

2016 - Usia Apple Kini 40 Tahun

Apple akan menjangkau usia 40 tahun pada 1 April 2016. Apakah sebenarnya yang ingin dicapai oleh Apple? Adakah apa yang ada di sebalik iPhone SE ini sesuatu yang sebenarnya melangkau batas inovasi yang semua kita fahami? Produk yang dikitar semula .. dan djenamakan ... adalah produk terbaik dari Apple?

Nantikan episod kisah Apple terutama berkaitan iPhone SE ini di post akan datang. Langgan blog ini untuk tidak terlepas peluang mengetahuinya, atau follow saya menerusi Google+ Profile Hasrul Hassan.


p.s: Saya menyokong penuh ketetapan dan pendirian Apple dalam isu data dan privasi pengguna Apple, serta usaha dlm menggunakan tenaga boleh diperbaharui (renewable) untuk kehidupan dan industri, serta pemuliharaan alam sekitar.



{ 21 comments.. read them below or add one }

yang baik yang baik March 30, 2016
belum mampu lagi nak beli iphone... huhuhu
cikpinz cikpinz March 30, 2016
Bagus gak HH tulis entri ni. CP ingat nak tukar kembali ke iphone. Kena kekal jenama sekarang la jawabnya.
Wanz Mejuez Wanz Mejuez March 30, 2016
Tapi jujur cakap, design iphone serupa j.. Bosan.. Kalau samsung tu ada lag sedikit demi sedikit dia berinovatif baru la nampak perubahan sikit.
husna zahidi husna zahidi March 30, 2016
kalau dah gitu gayanya apa lah motip diorang ni ye.. haishh~ nasib baik bukan jenis apple hunter.. hehehe..
Sobri Mansor Sobri Mansor March 30, 2016
Masih setia dengan Android phone. hehehe
Sobri Mansor Sobri Mansor March 30, 2016
Masih setia dengan Android phone. hehehe
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 30, 2016
Tapi ada cerita di sebalik iphine se ni
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 30, 2016
Sebenarnya ada keistimewaan dari sudut yang jauh lebih besar
Nur aFiQaH Nur aFiQaH March 30, 2016
mmg dari dulu x berminat dengan iphone..huhu...
Shark Kay Shark Kay March 30, 2016
rugi rugi..
dgn harga tu boleh dpt android yg up to date.
xtau ler apa game yg dimainkan apple.
Adi Azudin Adi Azudin March 30, 2016
Tiada inovasi baru sebabnya "some people love smaller phones". Pengguna iPhone ada 3 pilihan sekarang untuk beli mengikut selera masing-masing. Pilih nak skrin mana - 4 inci (iPhone SE), 4.7 inci (iPhone 6) atau 5.5 inci (iPhone 6 Plus).

Kapasiti 32GB tiada sebab strategi pemasaran, hendak paksa pembeli lompat ke 64GB dan Apple untung di situ.
Syireen Halim Syireen Halim March 30, 2016
Wah. Hh penerangan yang padat dan tuntas. Sy pun rasa ralat la nk beli mahal2 kalau spek nya.seperti yg Hh ceritakan. Baik guna samsung shj dah ok. Tp kalau ada org nk hadiahkan sy amik jer. Hihi.
timm bill timm bill March 31, 2016
timm android je..xterasa pulk nk pkai ipong..hehe..
kucha lana kucha lana March 31, 2016
hahahaa..memang la bro ni taktik iphone je sebelum mereka release iPhone 7 nanti...iPhone SE ni bagi aku hanya jelmaan semula iPhone 5c pada tahun 2013 dulu...lagipun memang apple target nak jual iPhone pada harga lebih murah melalui model 'recyle' ni
Eellee Nana Eellee Nana March 31, 2016
Apple mencatatkan jualan sebanyak 30juta unit iphone bersaiz 4 inci (iphone 5 & 5s) pada tahun 2015.

Tak sukar untuk mengagak kenapa mereka membuat produksi baru untuk iphone bersaiz 4 inci.

Customer demand.

Dengan memasukkan spesifikasi iphone 6s ke dalam iphone bersaiz 4 inci dengan harga yang beza nya sampai RM1K, ianya memang mensasarkan negara yang dikuasai oleh android dan menjadikan iphone sebagai lebih mampu milik.
Kunci Dunia Kunci Dunia April 02, 2016
Harga Iphone 5SE mahal :v
Hasrul Hassan Hasrul Hassan April 03, 2016
Hoho... org ada ada ke pakai iphonee ni
Hasrul Hassan Hasrul Hassan April 03, 2016
Ia sebenarnya lebih kpd enviromental friendly ... using recycle part from previous iphone utk kurang pencemaran
Lokman Hakim Lokman Hakim July 01, 2016
iphone ne sebenarnya bnyak kelemahannya..harap harga ja mahal
Unknown Unknown July 21, 2016
aku pengguna tegar android, isteri aku beli iphone se.aku tgok mmg ada gaya, harga phm2 je la, mmg smooth, xde lag, camera depan wlupun 1.2mp quality hampir sama 8mp android. klu 1.2mp android mmg hancur dah. so aku rasa iphone ada quality.that all

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.